Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Nuraziema Ari, Pakar Pemakanan dan Kaunselor Laktasi, Klinik Siti
Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Mana satu yang terbaik untuk bayi, susu formula atau susu ibu? Bagi ibu pertama kali, ada yang mungkin sukar untuk mengeluarkan susu badan sendiri namun sering mendapat kecaman kerana ingin menggunakan susu formula. Sebenarnya tidak salah pun mana-mana pilihan anda asalkan anak membesar dengan baik dan sihat. Jika anda persoalan mengenai perbezaan antara susu formula dan susu ibu dari pelbagai aspek, anda boleh bertanyakan kepada Pakar kami. Tanya soalan anda tentang penyusuan bayi, susu formula VS susu badan bersama Puan Nuraziema Ari, Pakar Pemakanan dan Kaunselor Laktasi, Klinik Siti pada 20 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. #SesiTanyaPakar #KlinikSiti #PuanNuraziemahAri #PakarPemakanan #KaunselorLaktasi
Đọc thêmSesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti
Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Beberapa hari selepas melahirkan, ia mungkin menjadi masa yang paling mencabar bagi ibu-ibu. Tempoh ini boleh menjadi lebih mencabar bagi mereka yang bersalin secara Caesarean atau pembedahan. Walau apa pun kaedah kelahiran yang anda lalui, seorang ibu perlulah mendapatkan rehat secukupnya. Untuk anda yang bakal melahirkan, pastinya anda menginginkan persalinan secara normal. Namun jika terpaksa melalui pembedahan, apa yang perlu anda persiapkan? Bagaimana pula dengan penjagaan selepas melahirkan? Tentunya berbeza dengan bersalin secara normal. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk Sesi Tanya Pakar kali ini. Tanya soalan anda tentang persiapan dan penjagaan selepas bersalin Caesarean bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti pada 23 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. #SesiTanyaPakar #KlinikSiti #DrNurIzzati #ChiefResidentKlinikSiti
Đọc thêm