sesiapa tolong nasihat 🙃

selamat malam semua . ada benda nak story abt me yg tengah mengandung 27minggu1hari . sepanjang tempoh saya pregnant , srsly im depression sangat2 sampai tak boleh nak kawal diri nak buat pekara yg bukan . saya belom kahwin tpi telanjur buat sampai lh mengandung . masa awal dapat tau saya pregnant , saya try cari masa slowtalk dgn my mom bgitau yg saya pregnant and dia tak boleh nak accept sampai dia bgi pilihan kt saya suroh gugurkan anak ni . tapi saya ttp dgn keras hati nk jugak jaga kandungan ni walau apapun yg jadi . anak ni tak salah ,yg salah saya sendiri so biar lah saya tanggung sndiri. saya tahu semua keluarga nak yg terbaik utk anak2 diorang, tipulah kalau tak sedih buat family kecewa dgn keadaan mcmni. and now, saya stay dgn partner saya yg dh mengandungkan saya. saya nak dia bertanggungjawab. tpi saya silap langkah . setiap hri dia bgi tekanan dkt saya :') sampai saya jumpa knk refer jumpa doc pakar psikiatri , sampai kena bgi ubat utk kwal emosi saya ,sampai dia ckp saya gila hahaha. saya tak minta pun jadi mcmni . i'm depressive disorder 🙃 saya perlukan sgt2 suppport dari orang sekeliling lagi2 tgh pregnant, bukan dgn cara push saya itu ini. family saya pun tak fhm keadaan saya , dgn partner saya lagi. kdg saya nangis taktau nak buat apa sampai fikiran pun rasa dh penat nak teruskan hidup . ada masa 3 bulan lgi nak bersalin, tpi brg utk prepare semua takda . tambah lagi skrang mmg saya tak kerja sbb betul2 tak larat . pernah push diri cri kerja tpi paling betahan pun 1 minggu sbb saya mmg dri dulu ada hb low . lgi2 time pregnant sampai skrang hb saya low teruk . my partner langsung tak membantu saya dgn keadaan mcmni, tipu la kalau tak sedih hadap bnda mcmni sorang diri . fikir mana nak dpt duit nak prepare brg baby apa semua . tgk orang lain mengandung dh bnyk yg excited beli awal2 brg baby 🥲 saya mengidam mknan pun tetelan air liur ja sbb bnyk kli ckp mengidam itu ini tpi tak dpt . saya tak minta simpati dgn orang , cuma saya nak luahkan apa yg saya rasa . saya tak tau apa yg akan jadi esok lusa tulat yang akn dtg , saya harap sgt ada keajaiban yg akan dtg . fikir mcm mana saya nak cri duit utk kos tmbang flight mak saya pegi ke sini , utk jamin anak saya dpt keluar nnti kalau dh hbis bersalin , sbb partner saya tak nk saya bgi anak ni dgn family saya . saya tersepit sgt2 skrang . dia tak tunjok effort pun kalau dia betul2 nak jaga anak ni dgn saya , tunjok lah effort . ni tak . saya bukan nak buka aib dia , bila ada ja duit dia , dia lebih pentingkan kawan dia , dia lebih pentingkan baiki motor dia tpi tah la tak fikir saya ke yg tengah pregnant kn anak dia . tak tefikir pun nk bli brg baby . penat sangat dah ni🥲 emosi pun mcm apa . mcm mana nak kahwin kalau dgn mcm ni pun semua huru hara . masih lagi fikir nak enjoy pdahal tunggu nk bersalin ja lagi . #pleasehelp

sesiapa tolong nasihat 🙃
47 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

pertama sekali , bagus tindakan awak tidak mengugurkan kandungan .. pasal bf awak tuh maybe dia pun tertekan juga manalah tau dia pun hadap situasi yang sama macam awak .. apa yang saya nak cakap selagi bf awak tuh dia nak bertanggungjawab takda masalah , awak kena belajar kawal emosi saya yang dah berkahwin ni pun ada je problem kan cuma kat diri kita juga nak layankan situasi yang negatif tu macam mana , bagi saya awak banyakkan dengar zikir dan selawat atau alquran inshaallah hati akan tenang , bila hati dan fikiran tenang baru kita akan berfikir secara rasional kan .. bila kita duduk dalam situasi yang serabut dan banyak benda negatif2 kita fikir yang bukan2 pastu sasaranya adalah diri sendiri dan baby pun akan terkena tempias yang sama , saya pun pernah berada ditahap awak sampai sikit lagi rumahtangga saya nak porak peranda dan nak cederakan diri sendiri .. tapi saya selalu ngadu dengan rakan2 terdekat saya atau kakak saya sendiri dorang bagi kata2 semangat dan nasihat lama2 saya sendiri yang menyesal sebab terlalu taksub dengan marah saya stress saya sampai saya lupa yang anak dalam perut saya pun akan terkena tempiasnya , saya taknak ulang kesilapan yang sama dimana dulu saya pregnant anak pertama saya terlalu layan stress sampai hb low bp low hadui banyaklah hampir2 saya kehilangan anak sulung saya sebab degupan jantung dia lemah gara2 saya selalu stress .. kalau boleh puan cuba tenangkan diri dulu benda yang negatif2 ni buang jauh2 dulu , jangan lupa selalu berdoa ,ngadu dan minta pada Allah , fokuskan diri puan dan baby dulu .. pasal barang baby tu puan beli lah kalau ada duit mana yang mampu sikit2 beli ikut bajet atau ada kawan2 ka saudara mara ka adik beradik minta lah dari dorang yang baju baby lama2 tak pakai dah , anggaplah ini sebuah ujian untuk puan dan baby dalam menempuh kehidupan diatas melakukan satu kesilapan dan belajar redha , saya bukan cakap sesaja tapi saya pun pernah lalui semoga puan dan baby berada dalam keadaan sihat dan selamat hendaknya .. maafler terpanjang pulak 🤭

Đọc thêm

Cik, pertama skali sy nk ucap thniah sbb bt keputusan berani utk keep baby dan jujur. Cik snggup tnggung any consequences utk tindakan sendri, itu bermakna msih adatgjwb dlm diri cuma cik manusia yg pernah lakukakan kesilapan. However cik bangkit utk overcome, itu sy salute. Bkn mudah utk serah diri crk solution, jd u are doing so great now cuma kita sbg manusia kena stiap hari betulkan diri kita utk jd lbh baik, lain manusia lain silap2 kita. Lg2 bakal mnjd ibu nnt, lg byk yg kita perlu improve diri kita. Naluri utk keep baby pn dh tunjukkan cik syg pd anak, jd gunakanlah hak mutlak cik sbg ibu yg mengandung sbelum perkahwinan utk membela bayi tersebut krn dlm situasi yg cik ceritakan ni, tiada siapa yg lbh menyayangi bayi cik lbh dr cik sndr. Bila dia dh lahir nnt, sy yakin naluri tu akn lbh membuak. Cuba dptkan moral support dr ngo2 sprt orphancare dan sbgnya, mgkn dgn cara itu cik akn mnjd lbh kuat utk mnjd seorang ibu. Byakkan berdoa, agar lembut hati ibu cik dan selitkan jgk doa supaya pasangan cik berubah mnjd lbh bertgjwb dan bole sama2 betulkan dgn perkahwinan sah. Percayalah, byk pintu rezeki yg akn terbuka melalui kehadiran zuriat kita. Banyakkan bersabar, cik perlu kuat krn yg menanggung cik,kami hanya mampu berkata.

Đọc thêm

Sis sebagai adik kita nasihat, bertaubatlah segera ke jln allah atas dukaan dan cabaran sis, mk akan buka pintu rezeki, pintu menuju ke hadapan. Taubat itu taubat yg benar benar bukan marah pada pihak ketiga tp keputusan diri sendiri sblm berkahwin.! Alhamdulillah sgt sis tak mengugurkan malah mengambil pemberian allah hakikatnye sis sdg menjadi ibu. Jagalah pemberian amanat Allah dan bertanggungjawab sbg ibu penyayang. Sis dah bersabar smp detik terakhir ni tunggu baby keluar je nanti. Tp sis harus beri perihatian utk redakan emosi sis demi keselamatan anak sis dan bershukur pada tuhan dgn kesukaran yg sis alami baby dan sis dh pun ke tahap ni lbh lg dah terbuka mata yg sis dah buat silap dan menguatkan diri tak mahu silap lagi pada pemberian tuhan. Insha allah waktu ni perit sukar, tp masa ni pun akan berlalu satu detik nanti dan masa yg baik akan diberi semula dlm hidup sis dan baby sis. Kuatlah semangat dgn yakin rezeki itu datang dari Allah dan bukan yg lain. Cuba mintak bantuan pada NGO mcm mcm persatuan yg ada. Semoga dipermudahkan bg sis 🤲 semoga tabah dan semoga ke arah kebaikkan tanpa mengeluh atas ujian kini dan bakal. Semoga allah sentiasa mempermudahkan bg perjalanan ni.

Đọc thêm

Hi sis, satu saya nak cakap. Awak memang kuat. Sangat lah kuat. Situation awak sama dengan saya . Hubungan kami tak direstui family akhirnya saya terlanjur. Saya rahsiakan dari family saya sebab family saya sangatlah benci kan boyf saya atas sebab tertentu. Boyf saya nak bertanggungjawab tanpa saya suruh, sanggup belikan apa yang saya nak dan untuk kandungan saya. Tapi sekarang saya sedar, Cinta itu buta. Tanpa restu ibu bapa tak kemana juga. Saya pun hadap stress yang melampau, akhirnya saya keguguran pada 11weeks. Saya nak pesan, walau apa pun terjadi, awak kena ada family untuk support awak. Awak sangat berani untuk jujur dengan family awak. Saya puji awak. Jika pasangan awak perangai sebegitu rupa, please cuba jauhkan diri awak dari orang macamtu. Baby awak dah nak lahir, ketepikan orang yang buat awak tekanan. Berdoa banyak banyak dengan Allah dan bertaubat, inshaallah awak kuat untuk hadap as single mom. Saya doakan baik baik untuk awak, amin.

Đọc thêm

Sis i dont know who you are but semua orang lakukan kesilapan sama ada kecik atau besar. Tapi untungnya awak, awak masih dibagi kesempatan untuk ubah diri awak n anak yg bakal lahir tu. Its up to you. But dari pandangan sis, if partner yg skarang pun buat donno n tak de effort about you and anak yg bakal lahir, its mean dia mmg x nak bertanggungjawab. Its up to you nak tentukan masa depan you ngan anak2 nanti kedepan macam mana. Just nak bagi tahu, kat dalam dunia ni ibu memainkan peranan yg penting. Bertapa ramai single mom yg kat luar sana berkorban demi anak2 n diri dia. Mungkin masa saat ni your parents macam x terima so on. Tapi if you show them your effort nak jaga diri you ,anak yg bakal lahir n tunjukkan effort yg you btul2 menyesal dengan apa yg berlaku…If you muslim too, banyak2 lah berdoa. Yang skarang you kena fikir tentang you n anak. Kalau partner you just push you to deperession situation, macam mana dia nak handle nanti bila anak you lahir? Keputusan ada kat tangan you. I just doakan you n anak you kuat untuk harungi this situation. Semua org ujian lain2.

Đọc thêm

Semoga sis terus kuat sis. Nasihat sy cuba sis dapatkan contact rumah perlindungan, sbb kalau sis terus dduk dalam persekitaran yg menekan takut selepas bersalin nnt kondisi sis akan lebih teruk yg akan mungkin boleh membahayakan anak sis tanpa sis sedar. kalau sis x mampu nak bekerja masa mengandung ni sis cuba buat bisnes online, cuba nasib. inshallah ada rezeki baby. Nasihat kedua sy, kalau sis nampak xde masa depan dgn bf sis, move on je lepas bersalin, jgn paksakan takdir, dan belajar dari kesilapan. Sis bangkit, cari kerja, mulakan kerjaya utk masa depan sis dan anak sis. Jgn fikirkn sgt anak nnt membesar tanpa ayah, sebab anak tu berhak mendapat father figure yg bertanggungjawab. Skiranya bf sis dah berubah n bersedia utk jdi ayah dan suami yg bertanggungjawab, mungkin ada jodoh sis satu hari nnt. Tapi berazamlah utk bangkit dan untuk berikan masa depan yg jauh lagi baik utk anak sis. benda dah jdi x boleh nak ubah. tapi masa depan kita, kita boleh ubah. sy doakan sis temui jalan penyelesaian masalah .

Đọc thêm

sis.. I understand u n ur situation, trust me, u will b better being a single mom.. don't force him to "bertanggungjawab", org yg berakal akn brtanggungjawab secara automatic.. sis, ur mental peace lebih penting, kita buat silap besar klu kita rasa kita perlukan boyfriend tu dgn kita utk go through semuanya, u only need someone, they can also b a friend, someone who wish good things for u, someone who understands u, klu xde xpe, lps baby lahir, u jadikn the baby as ur motivation to move forward, believe me, klu u sihat, u berkerja, u can raise the baby better.. do not even think yg u nak hidup bawah ihsan si dia yg tak berguna tu.. please la move on before it's too late.. klu skrg pun dia da mcm sial, lps baby lahir lagi byk bnda nk sediakn, lgila dia lebih sial.. jgn simpan org sial mcm ni dlm hidup kita.. serabut..

Đọc thêm
2y trước

i agree with ur komen ..please hargai diri sendiri...xpyh nak bergantung harap dgn jantan gitu. terang2 laki tu xleh diharap..nanti mmg akn ade probs mase nk discharge kalau waris xdtg ..i pun da lupa la ..laki tu xnk awk bgi ank kat family awk,dah kenape??dy sendiri pun lepas tgn xjaga kebajikan awk ..annoying la perangai dy ..be a single mother lagi bagus ..jgn bela "masalah" .. please handle ur emosi syg ..semoga sentiasa dilindungi Allah ..lepas melahirkan anak,,tu la permulaan struggle nanti ..jgn segan mintak bantuan sesiape kalau sgt memerlukan bantuan. . insyaAllah,,rakyat malaysia ramai yg baik hati n prihatin ..

awak kena kuat. Fikir anak. Anything untuk dia. Tambah ini first baby. Baby boy lagi. Pasal nasab wali semua nanti dia dah nak kahwin tak perlu dah risau. Nanti dia boleh jaga awak. Kalau tak salah, kalau mak ada depression, anak lambat boleh keluar wad sebab nak tunggu mak stabil in case kena post partum depression dan cederakan baby. Worst case, baby kena tahan kat hospital sampai mak stabil. Bukan senang. Kesian baby. Awak kena tunjuk awak kuat. Kekuatan awak ialah anak awak. Buktinya awak tetap berkeras nak teruskan mengandung dan jaga kandungan. Jadi jaga betul-betul. Saya cuma boleh cakap tapi awak yang hadap. Dari segi kewangan, cari rumah perlindungan. Kena Google, cari yang bersesuaian dengan perancangan masa depan awak. Ingat, anak awak cuma ada awak. Kalau awak plan nak jaga dia, awak kena kuat sangat-sangat. Kalau tak, anak awak akan diserahkan pada JKM. Mesti awak tak nak kan?

Đọc thêm

awak kena rancang trs masa dpn skng ni..demi diri dan anak awak..cari ngo berkaitan untuk persediaan awak dan bayi...nak harapkan bf awak bertanggjwb pun tak ada tindakan nk bertanggjwb dgn cara yg betul..tkt nanti lepas beranak makin teruk..nanti tetap anak yg akan jd mangsa..mintak ampun maaf sebanyak2 nya dgn mak ayah awak..insyaallah terbuka hati mereka nanti..keras2 pun hati mereka insyaallah lembut kalau kita ada effort nak bertaubat dan insaf..kdg2 bila anak dah lahir mereka lh yg syg sgt kt anak tu..sambil2 tu cari lh ngo berkaitan untuk persediaan..kena ada plan b kalau plan a xjdi..apa pun semoga awk terus kuat dan bersemangat demi anak awak..jgn lupa berdoa dgn allah..minta diampunkan sgla dosa2 dan permudahkan sgla ujian utk awak..insyaallah..

Đọc thêm

assalamualaikum sis... prtama skali sy syt bangga dgn keputusan awak sis... betul salah tu Kita tggung lah baby tu x bersalah pun... untuk kes mcm ni Sy rsa boleh contact pihak kebajikan masyarakat ataupun Baitus Solehah untuk kebaikkn baby awak nnti... biar deorg urus tuk jaga & carikkn family angkat... InsyaAllah nasib baby awak akan terbela... Dan nasihat sy better lah awak jauhkn dri dari pasangan awak tu... bgtahu jugak pihak jabatan kebajikan masyarakat yang awak ada masalah dgn family, xde org nk jaga lps bersalin nanti.... sy Rasa deorg boleh terima tuk jaga awak Dan baby selepas bersalin sementara baby nak dapat keluarga angkat baru... moga hidup awak lebih baik lepas ni... InsyaAllah ada hikmah semua ni terjadi... be strong ya 💪

Đọc thêm