Luahan hati ibu anxiety (maaf pos panjang)

Salam, sy nak buat luahan perasaan. Sy skarang tgh 22 weeks dan sy ibu hamil yg mmg menghidap anxiety yg kena refer psikiatri sejak sebelum mengandung. Sy start sedar kena anxiety tahun 2022. Dan benda yg triggered sy anxiety ialah mak mertua sy yg narsistik. Sejak awal kahwin mak mertua sy suka kawal semua dan semua benda kena ikut ckp dia. Dan dia aje kena betul. Kalau sy tak ikut ckp dia, dia akan memberontak, sampai cari gaduh dgn sy pulaukan sy dgn husband, hempas brg sana sini, ada masa naik suara kat org lain nak tunjuk dia protes, perli2. Dan sy pernah sampai kena cium kaki dia minta maaf hanya gara2 tak cuci baju suami sy sehelai sbb time tu kami pjj, suami yg insist kata sehelai takpa je, balik nnt cuci sbb tak sempat, dia tegur sy dan gaduh sampai nak jumpa family sy segala. Padahal mak ayah sy pun sy tak pernah cium kaki. Kemuncaknya, bila tahun 2022 suami kena outstation waktu tu kami dah duduk sekali, sy balik uma ibu ayah sy sbb dr sana tak jauh dgn uma sy dan boleh sy ulang alik pegi keje sementara suami sy kat outstation. Dia punya mengamuk bila tahu ya Allah, dia marah suami sy, dia kacau mak saya, call hari2 sampai mak saya stress konon nak luah kata sy degil la apalah, lepastu dia kacau juga kakak2 saya, call2 nak jumpa n stalk kakak2 saya nak tahu saya kat mana n buat apa sbb kakak saya rajin update. Sy kesian kat family sy sampai sy kena panik attack gara2 dia, tak boleh nak buat kerja seminggu kemurungan sampai kena makan ubat. Semenjak diagnos anxiety, sy belajar keraskan diri, buat taktau. Tapi faktor dia masih triggered tu ada sbb sy pendam dr 2018, sampai sy penah ada cubaan nak membunuh diri dulu. Bila saya buat keras sikit dan suami pun mmg buat keras sikit, mmg kami buat taktau je lama2 dia diam kejap walaupun masih ada perangai lamanya tak boleh tengok kami bercuti family kecik kami saja, kena report kat dia n bawa dia lagi, bila kami tak bawa, merajuk marah taknak ckp dgn kami. Dan sekarang bila sy hamil, sy lagi mudah stress bila nak jumpa dia. Bila dia call pun saya rasa malas sangat nak angkat sbb nnt sy anxiety lagi sbb dia jenis call ulang2, pastu bising dlm group family kata mana kami hilang. Sekarang ni dia mcm slow2 nak kawal kami lagi, dan sibuk asyik nak dtg uma siap tido berhari2 kdg2 lagi menambah sy stress. Dtg uma sy komplen itu ini, siap tlg kemaskan rumah, alih sana sini, siap suh sy beli itu inilah apa. Sy tak berapa gemar. Jadi bila dia nak dtg, nak jumpa dia je sy terus rasa anxiety sy dtg lagi. Macam mana saya nak handle ya. Saya pun taktau. Sy penat kadang2, penat mental, penat fizikal. Bila bagi alasan tak kasi dia dtg mulalah buat perangai. Malas sungguh nak hadap. Entahlah. Kdg2 rasa penat nak hadap, bila mengandung ni lagi cepat triggered emosi dgn anxiety tu. 🥲

6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

kalau sy sis. sy letk kn boundaries antara fmly kecil kami dgn mak mertua. mindset sy, even mak mertua tu mak kepada suami. dia tetap org luar bgi sy n dia tk de apa2 hak atas fmly kami. kalau dia nk kecoh, nak marah2 nak hasut anak dia. kita as isteri kuasa kita lgi power. kita yg ade 24jam dgn suami kita, kita yg tidur tiap malam dgn dia. mmg nmpk mcm queen control. tpi sy tk suka org luar ikut campur hal fmly sy. as long as husbnd sis sokong sis, pun dh ok dh. nk jauh kn ank lelaki dri mak mmg susah. tpi if dia jadikan sis priority instead of his mom pon dh syukur sgt. cuma kene beringt, jgn jdi batu api antara 2 beranak tu. org lelaki biasa pantang kalau maknya disentuh. cuma jauhkan diri je drp mertua mcm tu. set dlm kepala, mak mertua bukan spe2 dlm life kita. dia ade ke tk de ke fmly kita is fmly kita. apa2 jdi kt fmly kita, kita ni suami isteri yg lgi tau. bukan org luar. hope sis kuat. jgn fikirkn sgt sis, jaga fmly sendiri n hati sendiri lgi bgus. moga sis terus kuat💪

Đọc thêm
5mo trước

Tu la sis. Sy buat taktahu je, sebab suami sy mmg priority ke saya. Apa2 kalau regarding maknya ada apa2 nak keluar ke nak dtg ke dia tanya saya dulu, sy okay ke tak ke apa. Mmg nampak mcm saya queen control sekarang ni 😂 sbb suami sy dua beradik je, dua2 lelaki dan selalu kena compare. Cuma kdg2 kesian kat suami je. Tu yg terkorbankan perasaan sendiri sbb fikir baik buruk pun tetap mak dia. Terima kasih sis. Aminn. 😊

semoga akk terus kuat & husband akak kene terus bagi akak semangat dekat akak. kes mcm ni bkn mudah nak handle. mertua yang psycho , terasa dia perfect sedangkan sebaliknya bkn mudah nak handle. kita mmg kene keluar dri cycle dia. akak n husband kene discuss elok2. bukan utk jauhkan diri dari mak , tapi ni untuk mental kita dan keluarga. orang nampak remeh , tapi keadaan kita boleh lagi teruk dan teruk. apa akak buat dh betul , kene keras dan sekeras kerasnya. mertua akak xde hak dalam rumah tangga anak2. sekadar melawat tanya khabar dh memadai. saya doakan akak dan keluarga serta suami terus kuat, kuat , dan tabah dalam hal macam ni. suami ister kene sentiasa support each other. semoga mertua akak dibuka kan pintu hati dan fikiran untuk berubah jadi lebih baik dan hilangkan sifat lama. aamiin. akak dan suami terus kuat ya. dugaan allah bagi sebab allah sayang.

Đọc thêm
5mo trước

In shaa Allah. Sejuk hati baca kata2 sis juga. Aminnn. Terima kasih sis. 😊

Rasanya suami kena bawa mak mertua awak pergi jumpa psychiatrist. Macam ada mental illness. Saya yg baca je ni pun anxious dah, melampau mak mertua awak. Bincang dgn suami supaya mak mertua awak jauh dari awak. Minta mak & kakak2 awak block nombor dia. Bagitahu mak awak dah tak guna hp. Tunjuk laporan medikal dari psychiatrist kat dia, berterus terang yg dia dah buat awak jadi macam tu. Saya doa semoga urusan awak dipermudahkan ❤️

Đọc thêm
5mo trước

Terima kasih sis. In shaa Allah. Aminn. 🌹

Influencer của TAP

Kalau ikutkan. Awk kena cut terus dia dari hidup awk sis. Kalau awk tanya psychiatrist awk pun sy rasa dia akan cakap benda yg sama. Jgn associate dgn sesuatu yg trigger awk. Awk nak sihat kan? Demi anak awk yg bakal lahir tu. Sy faham susah sbb benda yg trigger awk tu mak mentua awk. Jd bincang dgn husband baik2 pasal ni. Kalau dia nak teruskan berhubungan dgn mak dia, takpe tapi jgn sebut pun nama dia depan awk

Đọc thêm
5mo trước

Sy memang jarang nak amek tahu sangat. Kalau dia call pun memang sy tak angkat. Sy biar suami je deal dgn dia. Cuma kalau terpaksa tu, berbasa basi ajelah sbb tanda hormat. Memang semenjak anxiety sy try buat keras je tu yg sampai gaduh2 dgn dia. Nak mengelak takleh sbb duduk dalam satu negeri. Fikir ihsan je ni tapi memang suami faham. Dia cuba elak selagi boleh. Doakan saya kuat ya sis. 😊

kesian nya , hurmm dah lah hati ibu mengandung cepat tersentuh , saya dgr pun geram , tapi saya harap awak kuat ya untuk anak dalam kandungan awak , semoga awak cepat sembuh dan jadi kuat untuk tempuh dugaan , amin

5mo trước

Tu la. Sekarang ni memang selalu emosi dan makin selalu anxiety dtg. Hadap jela sendiri guna teknik pernafasan pakar ajar selagi boleh tak makan ubat. Kdg2 bila sy emosi, adalah penghibur hati, baby dlm perut tendang2. Tu la penguat juga. Aminn. Terima kasih sis. 😊

Influencer của TAP

saya yang baca pun boleh terasa anxiety sebab saya pun patient psy, teruk betul ye perangai mak mertua, suami awak cakap apa bila mak dia perangai cenggitu?