Samalah sis. Saya pun due date 13/12/2020. Mendoakan agar baby keluar dalam minggu ni atau minggu depan. Harap minggu depan la minggu 38. Hari hari cakap dekat baby keluar la awal sikit mama dah tak larat ni. Bukan tak larat sebab bawa baby. Tp tak larat tiap malam bile nak tukar posisi tu kena kejut suami suruh tampung nak bangun pusing. Tambah kalau nak gi toilet pun kena kejut suami suruh tampung. Kalau tak rasa mcm nak jatuh je. Hehe. Semalam checkup doktor cakap berat baby 2.7kg. Tak besar tak kecik. Lepastu bile set appointment dgn nurse KK. Nurse cakap “saya rasa next week dah tak jumpa dah awak ni. Dari check tadi baby awak mmg dah dkt hujung2 dah” happy je dengar maksudnya baby akan keluar minggu 38 yahuuuu tapi nervous juga ni. Doakan saya dan baby selamat dan dipermudahkan. Saya doakan juga untuk semua yang bakal bersalin dipermudahkan segala urusan sebelum semasa dan selepas bersalin. Amin
#firstpregnancy
Đọc thêm