27 Các câu trả lời
Saya mula leaking 4am, tak sakit pun. Pukul 8am saya pegi hospital lepas makan. Pukul 12pm masuk ward. Masuk antibiotik sebab air ketuban leaking maksudnya baby dah ada contact dgn dunia luar dan mungkin kena infection. Nurse juga perlu check warna air ketuban. Kalau warna hijau dan tak jernih, mungkin baby terberak dan termakan tahi sendiri. Setiap beberapa jam juga perlu check heartbeat baby. Doktor suruh tunggu contraction tapi tak de jugak. Keesokkan hari 9am induce kali pertama, tak de contraction. Induce kali kedua pukul 4pm, contraction mula, anak keluar pukul 11pm. Sis pack bag dan pegi hospital ya.
Saya leaking 35 minggu, kena tahan wad seminggu. 36 minggu saya patut nya induce, tpi saya sakit contraction dulu, so tak boleh induce. menahan sakit contraction 12 jam, tpi takda bukaan, air ketuban dah makin banyak keluar, dan saya demam panas 38 degree celcius, air ketuban pon dah tukar warna, Dr cakap baby dah start berak. Terus emergency czer, pukul 1 lebih tengahhari, alhamdulillah baby dah kluar, tak dapat tengok baby, terus diorg bawak ke nhdu. Baby kena tahan 4 hari untuk on antibiotik. Alhamdulillah sekarang baby sihat, lahir 2.36kg, 1 bulan berat naik sampai 4kg.
air ketuban leaking ni bahaya. better pergi hospital. jgn tunggu husband balik. sebab banyak risiko yg kita xtahu ya. call ambulans ya. ada je air ketuban leaking dh ada bukaan. doctor je yg boleh check awak jadi please jangan ambik risiko yg awak sendiri tak pasti depend. macam sy start dgn sakit contraction. pergi hospital doctor check dh 4cm. masa tengah nk tggu masok labour room air ketuban pecah terus. mmg dengar bunyi plop pecah. terus banjir.
hurm saya air ketuban leaking kelam kabut g hospital jam 2 pagi.bila sampai hospital,saya diseluk,dimasukkan mulut itik sbb doktor nk cek bukaan,tp tkde.doktor induce ubat 3 Kali saya tkde rasa apapn,dgn bukaan Masih sama.last sekali saya minta czer sbb risaukan baby saya
Pergi dlm ms 24jam. Leaking ke pecah? Saya tak pernah lagi ketuban pecah. Sy kalau pecah mmg dh 10cm dh. 😅 Naik grab boleh? Tak boleh biar lama sbb baby hidup dlm air ketuban tu. Tak berani nk cakap okay ke tak kalau lama sgt biar.
better pergi hospital cepat.masa saya 38minggu air ketuban leaking. sama tak rasa sakit. sy pergi hospital terus kena tahan & kena warded dan doktor nasihatkan onn antibiotics takut kuman masuk.Alhamdulillah sekarang tgah pantang day 10. doakan sy
Terus pergi hospital sis... sy leaking pun sebab doc tarik kantung.. Sy overdue 😅 Lepas je doc tarik kantung mse cek bukaan tu sy terus leaking sikit.. Doc suruh masuk bilik bersalin terus walaupun tak rasa sakit apa² pun
Pegi pac terus sis, takut baby lemas jgn tungu lama2 lgi. Pengalaman sy sendiri leaking air ketuban, due sy 15/8 tapi dh leaking masa 12/8 pagi dtg hospital ptg nya dh selamat bersalin walaupn emergency czer, dr ckp feteal distress.
Saya ketuban pecah/leaking jam 4.00 pagi terus g hspital..mse tu 37+ weeks.. Mmg tk sakit & tk ada bukaan lgsg.. tp sbb doc check bacaan bby tk cntik terus kne induce bersalin.. pkul 9.30 mlm slmt bersalin..
Saya hari tu pon air ketuban pecah week 36, terus pergi hospital. Mmg bocor macam air paip, tp contraction masih tak rasa selepas ada bukaan 2cm pon, dan jugak masa tu dah 9/10jam selepas air pecah..
nina