Nipple confuse
Sekadar ingin meluah. Ank sy dh alami nipple confuse,xmau minum direct bf lagi. Dia lebih suka minum dlm botol. Masalahnya kes macam ni,bila dh panaskan susu hanya bertahan 1 jam. Ank tertido,xjadi minum, susu terbiar & terbazir begitu shja.. Hmm..Rindunya nk anak direct bf.
Cara Atasi Nipple Confuse #1 : Hentikan penggunaan botol susu. bayi perlu bekerja keras dan menggunakan semua otot mulut untuk menghisap susu pada payudara. Oleh sebab itu, bayi lebih mahu botol susu kerana hisapan botol susu lebih mudah. Ada cara lain untuk memberikan bayi susu perahan sementara menunggu bayi mahu menghisap payudara semula seperti sudu , syringe , cawan , sudu puri baby. #2: Skin to Skin. Skin to skin adalah keadaan di mana ibu memeluk bayi di dada tanpa memakai baju dan pakaian dalam. Bayi juga tidak dipakaikan baju. Jadi kulit bayi bersentuh dengan kulit ibu. Kaedah ini bertujuan untuk: - Membantu bayi mengenali payudara ibu adalah tempat yang selamat dan tenang. - Membiasakan bayi dengan bau susu pada payudara ibu #3: Pujuk Bayi Semasa skin to skin, ibu-ibu boleh bercakap dengan bayi. dan memujuk bayi untuk menghisap susu pada payudara. Usap kepala bayi sambil bercakap dengan bayi. Pujuk bayi untuk hisap susu pada payudara. Elakkan memaksa bayi untuk menghisap payudara. Semasa mencuba untuk latch kan bayi pada payudara, jika bayi mula meraung dan menolak, hentikan dahulu usaha tersebut. Jauhkan bayi daripada payudara seketika dan tenangkan bayi. Berikan bayi susu dengan cara lain sementara waktu, tetapi elakkan penggunaan botol susu. Langkah tersebut penting, kerana jika dibiarkan bayi menangis pada payudara terlalu kerap, bayi berkemungkinan akan declare kawasan payudara sebagai ‘war zone’ yang tidak disukainya. #4 : Beri Payudara Apabila Bayi Menunjukkan Tanda Awal Mahu Menyusu Pastikan ibu mula cuba beri payudara dan dapatkan lekapan yang baik semasa bayi menunjukkan tanda-tanda awal mahukan susu. Pada waktu ini, bayi masih tenang dan ibu juga lebih tenang untuk memposisikan bayi dengan baik pada payudara supaya dapat lekapan yang baik. #5 : Beri Bayi Susu Apabila Susu Mula Keluar. Untuk bayi yang nipple confuse, adalah baik jika ibu marmet (teknik perahan susu dengan tangan) sehingga susu mula menitis keluar. Titiskan susu ini sedikit pada bibir bayi. Ini bertujuan untuk menarik perhatian bayi supaya menghisap pada payudara. Seterusnya, ibu boleh mula posisikan bayi dengan betul dan mula lekapkan bayi pada payudara. #6 : Buat Urutan Pada Mulut Bayi (Oral Stimulation) Caranya: 1) Gosok pada bahagian dalam pipi bayi. Usap dalam urutan membulat. 2) Gosok pada lelangit bayi. Bayi akan mula menghisap. Ini akan membantu bayi 3) Gosok atas lidah bayi dalam urutan membulat. 4) Urut secara membulat di sekitar luar mulut bayi. Ulang langkah 1-4 sebanyak 3 kali. Cuba lakukan selepas ibu nampak tanda awal bayi ingin menyusu. Ambil sedikit masa untuk buat oral stimulation ini dan kemudian cuba untuk berikan bayi payudara.
Đọc thêmsaya phm perasaan sis..ank 1st dulu pn nipple confuse..mula2 brsalin air susu meriah sgt..smpi baby tersedak susu so sy trpksa pump n bgi susu dlm botol.. bila dh merasa botol trs xnk bf sbb nipple sy jns pendek.. anak ke3 ni baru sebulan 15 hari pn hampir2 confuse nipple..sama kes mcm anak 1st..apa yg sy buat, kurangkan bagi minum susu dlm botol..bagi susu sblm baby lapar sgt..kdg tu sejam sekali sy gerak dia dr tdo utk df..bila dia mamai tu sis cuba picit nipple utk kuarkn ais susu then bgi kena kt bibir baby utk dia rasa..in shaa Allah lbh mudah utk baby buka mulut n df.. yg pntg sis kena sabar n jgn give up ye..sy doakan baby sis blh df semula 🤲🏻😊
Đọc thêmSusu kalau suhu bilik boleh tahan 2-4 jam sis.kalau dia tertido msk blk dlm peti ais blk. Anak sy pun kdg tertido saya sua kat mulut dia hisap wlpn mata pejam. Alhamdulillah dia ok botol n df. Cuba pujuk dia.
Ye betul tak mnm langsung boleh simpn blk. Sbb ti dh 2 1/2 bln ni bg susu ikut demand dia jd xdela bazir susu
Paksa jugak dia untuk df walaupun dia tolak or nangis. Baby i camtu jugak, tapi i paksa sampai dia okay walaupun dia melalak i sumbat jugak dalam mulut dia sebab kalau dia lapar mau takmau dia hisap jugak
usia baby awak? boleh je nk bagi baby directfeeding semula. cuma awak xboleh putus asa dlm memujuk baby utk directfeeding. awak panas kn masa baby nak susu. jgn pnskn awal2 awak
sama2 awak❤️
saya bila dia xnak susu tu saya letak je dlm peti sejuk..pastu bila dia nak saya bgi balik..nak buang sayang..asalkan dia x rosak lagi xpa..
urut mulut dia puan. ada urutan untuk nipple confused baby. ambil masa untuk pulih. anak saya ambik masa seminggu untuk terima df semula
Dreaming of becoming a parent