35wks, kerap membuang
Saya skrg 35wks, kerap rasa nak buang air besar berbanding air kecil, kadang rasa sakit nk buang air besar tu mcm nk terberanak 🥲 normal ke? kalau rasa mcm tu mean baby dh turun ke?
Sama la dengan saya sis. Tapi saya baru 33 minggu nak masuk 34 minggu. Selalu rasa macam tu jugak. Kadang tu perit mengeras je tapi kejap-kejap pastu kerap nau nak terkencing. Bila jalan berdiri perut rasa berat sangat. Haritu scan doc cakap kepala baby dah kat bawah. 🥲 Sis pun gi check tau nanti. InshAllah semoga sis selamat melahirkan nanti. 🥰😘
Đọc thêmApa maksud dia belum kritikal tu? Tak menjawab persoalan. Kita nak tahu ada berapa cm bukaan @ tiada langsung. Takpe, jika ada tanda-tanda seperti nurse pesan mcm keluar darah, air ketuban pecah, baby kurang gerak dlm sehari pergi hospital terus. Masa sy haritu baby nk keluar dh mmg najis auto keluar so masa bersalin tu rasa mcm nk berak tp tak pun.
Đọc thêmSaya pun tak berapa faham sebab saya pergi hospital hritu just check bukaan je, lepastu dia suruh balik katanya belum kritikal baru tanda2 awal je, padahal nurse kk ckp kalau rasa perut mengeras ke atau sakit atau apa2 yg membahaya terus pergi ke bahagian pac tp bila pergi lain pulk nurse hospital ckp 🫠 keliru saya
saya haritu ank 1st 37minggu. Asyik nak membuang je . last2 ceri beri sampai takada apa dh nk keluar. Perut pun memulas je . g hospital cek bukaan dah 2cm. Doktor terus suruh admit wad. ingatkan boleh balik semula 😅
Betul sis itu tanda2 dh tu, tp sakit tu kalau perut dh start memulas, nk buang pun teragak agak takut baby yg keluar 🤭, sbb sis dh sampai masa mungkin sbb tu doc suruh admit wad
Takpelah sis, sekurangnya kita tahu bayi ok. Bukaan ambil masa. Yg pasti bayi sis dh dkt laluan bwh. Pantau diri sis & pergerakan bayi ye.
aminn in shaa Allah sis, mmg baby dh dekat laluan bawah kadang rasa sakit sgt dkt bahagian pundi kencing sbb baby tekan, baik sis 😊
Rasa nk berak Tu dah tanda2 bersalin sis. hati2 k. jgn teran. takut baby Pula yg keluar
Sama la sis... bergendang dlm perut sampai 4 pagi ni.... bila ibu terjaga bangun, dia pun terjaga😂😂😂😂😂 nak jln tak larat dah
sya pun dah kurang buang air kecil skrng kerap buang air besar sya tkut teran terkluar kepala baby
kan sis rasa takut pulak nak membuang tp tk dapat tahan sakit tu, last2 membuang jugk harap baik2 je, semoga dipermudahkan urusan dan selamat melahirkan ya sis ❤️
sma sis cuma sya prg anak kedua ni 26w asyik nk mmbuang jee
betul memang dh dekat dh tu, kena jaga2 amalkan kurma sis, saya makan kurma dari trimester 2 alhamdulillah khasiat dan hasilnya bagus, membantu juga utk bersalin nanti 😊
Better pergi klinik/hospital cek bukaan.
Saya dh pergi untuk check bukaan hritu then nurse tu suruh balik katanya belum kritikal lagi, dia ckp tu bru tanda2 je
pergi klinik utk cek jalan
boleh ke? risau nanti pergi nurse sana suruh balik pulk, sbb hritu pernah dh pergi nk check then nurse tu suruh balik dia ckp tkde apa2 mungkin tanda2 je tu
Excited to become a mum