Perlukan kata-kata semangat

Saya post sebab nak dapatkan kata-kata semangat. Ada tak sesiapa dekat sini yang pernah melalui benda yang sama macam saya? Suami saya seorang doktor. Biasanya kita fikir doktor lebih faham keadaan wanita ketika mengandung, selepas bersalin, dan semasa berpantang. Mereka tahu proses pemulihan, perubahan hormon, dan betapa sensitifnya emosi seorang ibu. Tapi pengalaman saya sebaliknya. Sejak anak pertama lagi, banyak perkara yang saya lalui. Yang paling menyakitkan hati ialah suami sendiri selalu mengejek saya. Dia kata saya gemuk, muka gelap, tak cantik, dan macam-macam lagi. Lepas anak kedua lahir pula, baru 2–3 hari selepas C-section, perut saya masih besar sebab rahim belum mengecut sepenuhnya. Tapi dia masih boleh cakap, “Kenapa perut besar?”, “Gemuknya,” dan macam-macam lagi. Benda-benda macam ni memang sangat mengguris hati. Yang paling sedih, dia selalu bandingkan saya dengan mak dia. Katanya mak dia cantik, kurus, pandai jaga badan dan kulit walaupun ada dua orang anak. Tapi situasi kami tak sama. Mak dia ada pembantu rumah yang boleh tolong jaga anak-anak, jadi dia ada masa untuk menjaga diri. Saya pula uruskan semuanya sendiri. Tiada pembantu. Masa saya hampir habis untuk anak-anak, jadi memang sukar untuk fokus pada diri sendiri. Kadang-kadang saya rasa suami langsung tak faham apa yang saya lalui sebagai seorang ibu. Kata-kata dia lebih banyak menyakitkan hati daripada memberi semangat. Kadang-kadang saya terfikir, kenapalah saya berkahwin. Dulu masa bujang, rasa nak sangat ada pasangan sebab tak nak hidup seorang diri. Tapi sekarang, walaupun suami seorang doktor, saya tetap rasa sunyi dan tidak dihargai. Ada tak sesiapa yang pernah melalui situasi macam ni? Macam mana anda kuatkan diri?

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Cakap kat suami, bagi la maid jugak macam mana mak dia ada maid 🤣 even profesion suami doktor, tapi tak macam doktor pon haihhh..jangan stres2 sis! Amik masa pelan2 besarkan dulu anak…badan dah kuat sikit slow2 cantikkan diri, abaikan je sindiran suami. Jangan bagi baby no3 selagi si suami masih perangai macam tu. Fokus dulu besarkan second baby ni, dah lawa dah letup balik cari suami lain je hahahahahah

Đọc thêm
3mo trước

Hahaha betul jugak. Emak dia lagi la tak tau cakap apa. Tiap kali datang jumpa kita mesti nak sentuh nak rasa lengan saya besar tak ..hahaha mak dia tak nak I kurus cantik.. Boleh jugak ya 61 tahun nak compete dengan aku yang baru berumur 30 tahun ahhahahah