Tips bersalin normal

Saya lahirkan anak sulung 39w 5d. Baby boy berat 3.52kg. Teran teran baby tak boleh keluar lepastu doc vacuum. Koyak pun besar dan senget ke tepi. Mungkin sebab tak pandai teran. Skrg pregnant baby kedua, EDD Ogos 2022. Saya risau kalau kali ni koyak besar lagi. Trauma sebenarnya 🥲 Mommies boleh bagi tips tak?

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

saya share yang saya ingat ya. 1) banyak jalan masa dah term(baby cukup bulan untuk dilahirkan) tu. buat squad, makan nenas yang manis tu(saya buat ni, alhamdulillah dipermudahkan), minum air kelapa muda, boleh juga try amalkan minyak kelapa Dara. banyak selawat dengan niat nak mudahkan bersalin. 2) belajar DBE (deep breathing exercise= tarik nafas dalam2, hembus as slow as u can) ataupun purse lips (buat macam DBE tu tapi time hembus buat mulut muncung sikit). make sure time hembus nafas tu time tengah push baby. slowly and relax sahaja. ni apa saya buat la. ajar kita kumpul tenaga Dan buat kita relax walau sakittttttt. 3) jangan angkat punggung masa teran. ni kalau buat, auto koyak besar terus, allahu. kalau risau minta suami/staff yang ada hold badan ibu agar tak gerak2 banyak sangat. 4) masa teran dinasihatkan jangan jerit. sebab depa nak kita salurkan tenaga semua untuk proses teran bayi tu. tapi ada certain mum akan jerit juga as cope mechanism. so depends pada ibu juga. mana selesa. 5)bila dah ada bukaan 1cm baru ke, make sure ibu makan. paling tidak pun kurma Dan air Milo or air kosong untuk bagi tenaga pada ibu. sebab salah satu faktor vacuum ni sebab ibu terlampau letih untuk push dah. tiada tenaga. saya ingat tu ja. yang lain tak ingat sangat dah. hahaha. moga dipermudahkan ya. ❤️

Đọc thêm
3y trước

Terima kasih sudi share banyak tips dgn saya 🥰 harap dipermudahkan urusan saya bersalin kali ni