Ibu ibu sekalian ada tak yang selalu masuk angin . Cara nak atasi macam mana ye

Saya kerap Kali makan sebab mudah lapar. Tetapi selalu juga masuk angin. Ada yang nak share pengalaman. Sy pregnant anak first.

6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Saya bila pregnant, angin bertambah teruk, setiap masa nak sendawa, then paling teruk, makan muntah sebab angin tolak. Tapi saya banyakkan minum jus buah, before makan, setiap gap 1 jam mesti kena ambil buah or kismis dalam 7-8 biji macam tu. Lepas ambil buah, ambil biskut or roti ke. Alhamdulillah better, Susu pun better jangan minum time perut kosong, sebab angin akan react dengan susu tu, lagi teruk jadinya. Ais memang kena skip, sebab ais buat badan lagi berangin. Sayur pun kena pantang, macam taugeh, kangkong, cendawan, brokoli takboleh makan sebab angin tinggi walaupun sedap. Ni so far yang saya pernah try lah.

Đọc thêm

Saya pun baru experience benda yg sama, 1st pregnancy, awal2 tu mmg tak boleh control, lama2 dah bljar sendiri, mkn kerap, mkn sebelum perut lapar semula, means selepas 2 jam lpas mkn, boleh isi perut lg mkn benda lain. Atau boleh jmpa Dr, minta ubat buang angin, yg safe for pregnancy, boleh cuba tanya Dr. Lepas minum ubat tu, biasa sy akan keluar angin melalui sendawa, baru ringan sikit badan rasa.

Đọc thêm

sama macam saya .selalu jugak masuk angin ..tak selesa betul rasaa huhu risau .tapi saya tak lalu nak makan sangat ..kalau makan pun terpaksa sumbat2 jugak ..kalau tak makan pun takboleh jugak 🥺

Samalah sy setiap masa asyik sendawa awal pregnant nih. Tapi makan semua lalu, makan sikit pun perut dah rasa penuh perut. kembung perut. Tak selesa betul rasa dgn perut kembung plus kerap sendawa 🥺

Sama dengan saya, misi saya advice makan sikit-sikit tapi kerap and banyakkan minum Air suam/panas. Stop minuman ber-Caffeine 😁

sama macam sy. punn tak jumpa lagi macamanaa cara nak atasi 🥲 preg week12. sejak preg ni makin kerap nak minum coffee, tea 🥲