Toxic relationship
Hi, saya dalam dilemma sekarang ni. Saya ada anak kecil umur 6 bulan. Saya dengan suami selalu bergaduh. Suami kadang2 gaduh sampai maki saya. Harini kami gaduh and ni first time dia naik tangan tampar saya. Sebelum ni time saya pregnant, suami kantoi ada contact perempuan lain. Saya dah lama fikir nk mintak cerai tapi saya kesian fikir nasib anak saya.
Jangan libatkan anak dalam perselisihan suami - isteri. Puan sebagai isteri ada hak untuk tidak dizalimi secara fizikal dan mental. Buat report polis kerana dia mengasari puan. Report ni boleh jadi bukti di mahkamah yg suami telah mengasari puan. Puan juga boleh hadir ke kaunseling samada secara berkala atau sekali sahaja utk puan tahu kekuatan, peluang, kekurangan dan ancaman pada diri puan dlm menghadapi perhubungan toksik tu. Jika boleh baiki, baiki perhibungan tu . Jika tidak, puan kena bersedia fizikal, mental, ekonomi dlm mengharungi cabaran kehidupan. Jika puan sudah yakin dan tak lagi rasa dlm dilema, puan boleh buat keputusan dgn tenang samada nak teruskan perhubungan atau tidak. Doa juga sbg suatu usaha.
Đọc thêmhmmm saya paling pantang laki angkat tangan... nanti angkat kaki... 😒... hmmm mcm ni la puan... bagitau keluarga puan apa dah husband puan buat... itu dah dikira abusive... tapi puan kene simpan bukti... sekarang ni bukti takde apa pun x jalan.... kalau nak kaunseling kat pejabat agama pun puan ceritakan pada mereka dan simpan bukti... kalau nak buat laporan polis pun kene ade bukti... kalau ade kesan lebam tamparan snap gambar utk bukti... kalau saya jadi puan... saya xde dilema dah... anak lagi penting... kalau gaduh angkat tangan bagai tu dah melampau.. apa pun puan... bersabar dan tenang membuat keputusan ya.. berdoa.
Đọc thêmAllahuakbar, sy harap sis dapat jumpa penyelesaiannya. Tak mampu nak komen banyak takut makin rumit. Bertabah ye sis, sy doakan kebahagiaan sis
cuba awak discuss dgn family mcm mana, kot ada jalan pyelesaian ke. lagipun da start naik tangan, takut nnt lagi teruk ,tambah ada anak kecik.