Fikir negatif
Hi mummy2, ada x mcm saya. Lepas anak lahir terus berhenti kerja. Ini first time saya rasa tak bekerja lepas habis belajar. Anak 6 bulan. Saya tahu tanggungjawab sy jaga anak and saya pun tak mengeluh. Cuma bila dah jd suri rumah ni self confidence merudum teruk, asyik fikir negatif je. Rasa tak cantik la, rasa menyusahkan suami, rasa suami dah taknak kat saya sbb duk rumah selekeh yelah x sempat nak bersiap cantik2 utk suami baby sy high demand. Officemate husb pulak ramai perempuan, saya jadi jeles, terfikir mcm suami aku ni ada tak terdetik dlm fikiran dia kan bagus kalau isteri aku ni bersiap cantik2 mcm officemate2 perempuan dia. Hari2 fikir mcm ni tgh husband pun mcm dah taknak layan sy punya insecurity ni kalau sy cerita