sedikit luahan

saya dah lama pendam ni, tak tahu nak luah kat siapa. maafkan saya kalau saya menganggu. sebelum ni saya bunting pelamin, tapi tak ada rezeki 16 weeks baby tak ada heartbeat. jadi, kena induce untuk baby keluar. sedih sangat² tapi disebabkan dah biasa sorok rasa sedih tu, bila depan orang kita akan senyum and buat macam biasa. nak luah kat suami pun rasa tak terluah sebab faham dia pun sedih jugak atas kehilangan tu. saya pantang kat kampung, rumah family. 3 bulan, berjauhan dengan suami. semuanya okay cuma sunyi la sebab suami tak ada kan sepanjang pantang dan akan nangis bila teringat kat anak, rasa macam diri ni tak guna bila ada yang cakap kenapa tak jaga elok². kita tak nak ingat pun apa yang orang cakap tu tapi bila duk sorang diri, dia akan tergiang² di telinga. macam kita taknak anak tu pulak cara dia cakap tu, emmm takde orang nikah taknak ada anak. selepas pantang 3 bulan, suami datang ambil balik umah sendiri. alhamdulillah rezeki pregnant seminggu selepas tu, masa tu tak tahu pun pregnant, lagipun trauma kehilangan tu masih ada lagi. perit ye pantang tanpa anak ni. saya terdetik nak check upt tu sebab saya tengok perut saya macam buncit sikit. sebelum terdetik tu, saya siap pakai bengkung ye tapi jadi sesak nafas dan terus bukak. selepas check, menggigil teruk sebab rasa mcm tak percaya Allah hadirkan buat kedua kalinya. ada juga yang cakap, ni mesti tak pantang elok² sebab tu pregnant lagi. ayat tu pun tergiang² jugak sampai ke harini, mohon sangat Allah tenangkan hati dan jiwa ni dari manusia mcm ni. emmm. sekarang dah 27 weeks, berharap sangat Allah jaga anak sepanjang dia berada dalam kandungan. ujian pregnant kalini, rahim tak kuat tapi doctor bagi ubat kuatkan rahim dan alhamdulillah okay dah. selepas makan ubat kuat rahim, saya jatuh motor dengan suami disebabkan kecuaian manusia lain, terus gi check kat swasta dan alhamdulillah baby okay. setiap bulan saya akan ajak suami gi scan kat swasta. kalau boleh, hari² nak gi scan. emmm. tambah² saya kerja macam ni, mampu doa yang baik², fikir yang baik², ckp yg baik² je. mohon doakan saya dan baby ni sentiasa dalam keadaan yang baik sehingga la selamat melahirkan. terima kasih sudi baca luahan hati yang tak seberapa ni.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

sis sama dgn sy..bulan 1 aritu sy gugur anak 16minggu..skrg tgh prgnant 28minggu..sy monitor baby dgn fetal heartbeat sbb takut...🥰

11mo trước

aminnnn...sama2 menjaga kandungan sampai slamat melahirkan