Nak pulih dari sakit semasa berak
Saya dah habis pantang, tapi semasa nak berak rasa perit dekat lubang dubur( sebelah kanan lebih terasa) macam ada luka sebelah dalam tapi takde darah pula bila lap. apa saya nak buat untuk sembuh sepenuhnya? Ibu2 yang ada pengalaman atau tahu boleh bantu saya? Nak sangat berak macam biasa dulu2 🥺tolong saya buntu #seriusnanya #pleasehelp #firstmom
Macam saya bersalin haritu. Sekali buasir keluar keluar sbb tk pandai nk meneran. Ambik masa jgk utk hilang rasa perit tu . Mcm sy dekat 2 mggu bru hilang . Yg penting masa nk buang air besar tu puan jgn teran . Mintak ubat dkt kk utk lembutkan najis kalau sembelit and banyakkan minum air kosong.
sy pn camtu dlu..ambil mase jgk nk ilang ambik masa berbulan..awk ade buasir ke..sy ade buasir lps besalin..ade kuar siket..lpas tu baik n kecut..cume perit tu ambik mse nk ilang
saya tak pasti tapi lepas tu doktor/nurse takde cakap asa buasir.. saya rasa sebab saya tak makan pelembut najis sewaktu pantang, saya ada sembelit teruk time pantang sampai berdarah 😫 puan ada makan supplemen apa2 tak untuk sembuh? perlu ke saaya consisten makan pelembut najis? brand apa ya?
buasir kot..? makan makanan tinggi serat, lawas, minum air secukupnya, kerap buat senaman kegel. Sy buat kegel, dah tak rasa mcm awak rasa tu dan buasir masuk balik
sy kena buasir sbb sembelit masa hujung2 nak bersalin, sambung ke slps bersalin. Memang kena lagi kerap buat kegel. insya Allah ok. Sy minum yakult , buah pisang dgn betik yg dah masak nak lembik tu. Tu sesuai utk sy klu sembelit
saya pun macam tu, macam rasa sakit nak buang air dgn takut nak teran tau. 2/3 bulan juga rasa takut2 tu nak hilang 😅
nona roguy tu kalau makan dia sakit perut nak cirit birit atau macam rasa sakit perut normal nak membuang je puan? sekali gus je ya ke toilet?
awak buasir x masa berak dlm pntang ?
haah sembelit dalam pantang.. lepastu terus rasa pedih bila nak membuang.. sekarang nak sembuhkan pedih2 tu lah. memang kena makan pelembut najis tu ya? berapa minggu agaknya baru elok ye?
makan jamu kalau baby dah x Kuning.
jamu apa ya? saya lebih nak fokuskan luka tu sebenanrnya. buah oren makan dah tp rasa sakit juga. saya tak tahu jamu atau supplemen yg sesuai untuk sakit ni. puan boleh cadangkan? 🥺
buasir kot tu
yeke puan.. ada petua/tips tak apa saya kena buat untuk elokkan luka/pedih2 tu? air banyak dah juga saya minum..