Tempat jahit pedih²

Saya dah bersalin hari ke 5 mmg akan rasa tempat jahit tu mengigit + pedih ke ? Tempat jahit takde nanah takde merah . Nak duduk pun kena slow² n sengetkan badan dulu sikit² duduk betul² . Saya tanya kawan n family mereka kata normal sebab isi dengan benang tu nak membaik . Biasa ibu² hari ke berapa pulih tempat jahit tu ? #seriusnanya #firstmom

28 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Boleh cuba tips ni 1) masa mandi pastikan awak cuci kawasan jahitan awak. celup cotton ball dan dap2 kan dkt kwsn jahitan. memadai dgn air bersih sahaja 2) lepas mandi lap kering2 kawasan luka awak. jgn biarkan lembab. kalau rasa xcukup kering boleh tala dkt kipas. Pastikan juga setiap kali leas membuang awak lap kering2 3) pastikan tukar pad dgn kerap. jgn tunggu pad penuh baru tukar. atleast 2jam sekali. 4) makan makanan yg mengandungi protein (ayam/dgg/telur) supaya sel2 baru dpt tumbuh dgn baik. dn dpt mempercepatkan luka jahitan baik 5) boleh makan buah yg mengandungi vitamin c tak semestinya buah oren. 6) minum air secukupnya. jangan catu minum air

Đọc thêm
Post reply image
3y trước

betul. zaman sekarang masih ada yg mil or mom yg sekat kita minum air byk. sebenar kita perlu minum air secukup nya.