Ubat Panadol boleh ke makan?

saya dah 6week++ tapi sy takde alahan . Saya skg dah 3 atau 4 hari ni just demam je . Saya tak larat sebab demam , sakit kepala , selesema & batuk . Sesiapa boleh bagitau tak . Ubat panadol boleh ke makan ? Sebab sy ada baca yg ubat panadol tak boleh makan . Tapi sy mmg betul2 tak larat . Helppp sesiapa yg boleh jawabb 😞🤒#pleasehelp #firstmom #bantusharing #firstbaby

17 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

1. Saya tak makan ubat kalau bukan doctor yang prescribe, demi keselamatan kamu dan baby 2. Check Covid dahulu, kalau negatif boleh pergi klinik atau Klink Kesihatan jumpa doctor 3. Tapi kalau positif duduk di rumah sahaja, jangan pergi mana-mana, dan update mySejahtera, suruh husband tolong pergi klinik ambil ubat untuk mummy mengandung

Đọc thêm

Doktor pernah bagitahu saya tak ada masalah utk makan panadol yg biasa tu. Sbb masa checkup pregnant saya inform doktor sy sakit kepala tp tak berani nak makan panadol. Doktor maklumkan boleh je makan panadol biasa, ikut dos yg disarankan. Biasanya KK ada jenis paracetamol mereka sendiri yg selamat utk pregnant lady.

Đọc thêm

sy tgh alami skrg ni. preggy 13w. demam panas, batuk dan selesema. sy pergi klinik smlm sbb bimbangkan keadaan baby. x berani ambil ubat pape. dr bg sy paracetamol, ubat selesema, ubat batuk dan antibiotik sbb tekak sy merah kesan sy kerap batuk. better cek klinik. takut makin melarat

Thành viên VIP

sepanjang I pregnant dulu Ada demam, batuk pastu I Ada jumpa Dr and Dr sendiri cakap kalau boleh elakkan dulu makan ubat biarpun cuma paracetamol. amalkan minum lemon kosong atau tambah madu untuk kuatkan imun.

sy pun demam jga masa 4minggu sy tak berani mkn apa2 ubat...sy biarkan jer sembuh sndiri tpi tu la badan mmg tak larat...baring jer...nasib masa demam tu dkt kg ada la jga jaga anak sy 2org...

ibu mngandung kne sakit kne g jumpa doktor ..hanya doktor je yg tau blh bagi ubat dos panadol yg mcm mna utk ibu mngndung..jgn d biar n suka hati makan ubat panandol biasa tu

Influencer của TAP

kalau sakit pegi klinik dulu. sy batuk pun pegi klinik amik ubat padahal boleh je beli kat farmasi. doktor kata paracetamol selamat utk ibu hamil. jgn amik ubat tahan sakit.

Waktu saya 7week saya demam teruk seminggu mmg taklarat, rasa lemah, makan pun tak lalu. Pegi klinik Dr bagi antibiotik & paracetamol

Setiap kali saya tak sihat, saya akan pergi ke klinik. Dos ubat dan ubat yang doktor prescribed berbeza untuk ibu mengandung.

2y trước

betul sis. g klinik dulu. sy masa 5w hari tu demam menggigil. dokter kate xelok utk baby kt dalam perut sbb die pon panas dalam tu. so better g klinik nanti dokter akan bg dose paracetamol yg bole makan. selama pregnant sy xberani jugak nak beli ubat panadol kat luar selain berjumpa dgn dokter.

paracetamol biasa takda masalah ibu mengandung makan. mmg itu je ubat tahan sakit dr bagi pun kalau mengandung