47 Các câu trả lời
saya 2 kali scan dekat swasta, baby taknak bagi kerjasama. first waktu buat detail scan dlm 22w , dia kepit. sono goyangkan perut pun dia taknak bgi kerjasama. lepastu dia tutup muka dia nasib la tak buat 5D. lepastu waktu 34w saya buat gender scan, pun dia taknak bagi kerjasama. tertutup dgn uri dia pulak. saya mmg tak puas hati sangat sangat waktu tuh. tapi nak buat mcmana baby taknak bagi kerjasama. lepastu waktu 36w scan dekat kerajaan, eh dia tadah gitu jee. doktor terus ckp “baby girl ni” kita tengok pun mmg nampak 3 line, burger sign tu adui la anak, dia nak scan dgn kerajaan jugak😌 tapi saya tak tahu la betul atau tak gegel sb kerajaan tak jelas tp ada yg ckp doktor yg scan saya ni mmg pandai scan, so kita tunggu jela baby keluar nanti😂 harap dia tak scam lah
Kn nurse tu bgtau baby yg kepit so x boleh nk nampak gender baby. Bukannye awak x boleh tahu, tp baby yg x nk bg kerjasama. Nk x nk kena buat next scan lah nk tahu gender baby tu. Sepatutnye dah boleh tahu gender baby, sbb dah 23 weeks genital baby dah terbentuk, tp itulah baby awak x nk tunjuk, bersabar je lah ibu. Baby nie kan dalam rahim kita bergerak2, ada yg jenis tunjuk scan terus nampak. Baby sy masa nk scan sebelum nie, die siap tido dlm posisi rukuk lagi. Bila tanya sonographer, jantina baby apa, sonographer tu bgtau baby tgh tido dlm keadaan rukuk, kejut2 die x nk bgn, mmg x boleh nk tgk genital part die. So, nk x nk kami suami isteri buat scan lain hari. Normal je situasi nie.
saya scan baby masa 27w kat swasta.. baby memang tak nak bagi tengok ye.. tapi doktor kata kemungkinana gegirl.. sebab gegirl je nie selalu malu2 nak tayang dia punya tu.. then sekali tu je saya scan.. saya tak scan dah sampai saya melahirkan then memang keluar gegirl ye.. btw lepas scan tu saya memang beli semua baju gegirl.. hahah saya tawakal je la kalau bukan gegirl time keluar tu sebab dah beli pakaian gegirl.. tapi enta la.. saya yakin gegirl that y saya beli baju gegirl then memang lahir je gegirl ye.. 🫢
awak tak perlu tunggu 2@3bulan pon dear. boleh je pergi scan private clinic dear. sebelom scan cuba makan benda2 sweet. dan sambil2 tu pujuk baby utk reveal gender. dn bukan awak xboleh tahu gender, tapi baby awak yg nk sorok. xnk tunjuk jantina. mmg xboleh buat apa. ada je mommy yg smpi dia bersalin xtahu jantina baby. sbb baby sendiri xmau tunjuk dah buat detail scan belom? if belom boleh terus buat detail scan. utk lihat head to toe baby awak. dn ketepatan jantina baby tu pon lagi tinggi.
Cuba try klinik swasta lain lepastu try makan makanan yang kalau awak makan baby terus respond bergerak. Saya 16 minggu dah dapat tau jantina. Sebijik dia tunjuk 🤭 pastu buat details scan & 5D pun sama. Terus dia tunjuk takda berahsia ke apa huhu. Masa 5D jelah dia tidur. Tak nampak sangat muka tapi still nampak la. Makan apa pun tak function seronok tidur tutup muka 🥰
bestnye awakkk
Bukan awak tak boleh tau gender tp baby awak tak nak bg kerjasama😂kena pandai pujuk baby untuk dia bagi kerjasama..mcm sy scan 19 weeks dia kepit.. Buat details scan masa 22 weeks dia tunjuk..mlm sblm tu sy dh pujuk awal kt dia suruh bg kerjasama senang nk beli baju comel2🤭kdg baby bila kita bnyk bbual dgn dia, dia akn sntsa ikut ckp kita..sblm scan pg tu sy minum air sejuk and makan aiskrim dulu..
Pengalaman sy pregnant anak sulung,jenuh doc usik2 masa scan nak tgk gander,baby x nak jugak tunjuk,g kk,pergi spital,pergi klinik swasta semua la nk gender,x nak jugak tunjuk. sy excited nak tau,cz anak sulung & tunggu 9 tahun,betul surprise dia buat,last2 beli je baju warna putih semua. keluar2 lelaki. hehehe. yg ni skrg tengah pregnant anak num 2. sekali je doc scan terus tunjuk 😂
It's okay sis. Buat gender scan atau detail scan kat private pulak. Awak ada masa sampai 28 weeks. Sebab itu week yang terbaik untuk gender scan atau detail scan. Like what then nurse said, kenapa awak tak boleh tahu gender sebab baby awak tak beri kerjasama😅Awak buat la private scan. Usually kalau baby tak beri kerjasama, sonographer will try his/her best untuk comforting baby.
Sonographer saya selalu pesan kalau nak baby aktif skit time scan, sejam sebelum pegi scan tu makan benda manis macam pisang ke, epal ke. Lepas tu minum air sejuk. Teori ni kami test masa scan lepas2 tu, Alhamdulillah mmg nampak lah baby byk gerak on screen. Tapi tak menjanjikan baby bagi kerjasama ke tak utk tunjuk gender 😊
sy dulu anak 1st pun xtau jantina baby kepit. scan kat hospital kerajaan je. xde duit nak scan swasta. pun berhrp lelaki juga. Redha je. Alhamdulillah mmg dpt boy. Now 2nd pregnancy dpt scan kat swasta dan Alhamdulillah terus dpt tau. but still boy jugak. haha xpalah memana pun. Boy ramai gagah skit 🤭
Hafa