Berpantang

Saya bercadang nak berpantang sorang tanpa bantuan sesiapa selepas bersalin. Tapi keluarga sebelah husband melarang kerana alasan mereka sepanjang ibu berpantang tidak boleh sentuh air langsung , anak berak pun tak boleh sentuh air , mandi pun tidak boleh. Saya dah cuba bagitahu mereka yang saya tetap dengan keputusan saya tapi mereka tetap berdegil. Apa patut saya buat? 😣

10 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Mmg pantang tradisional byk pantang larang sbb badan semua x sama, ada yg kena side effect sakit urat senggal lepas beberapa bulan atau bila dah jd agy. Blh berpantang sendiri pada permulaan lap lap dulu guna air suam tp tempat luka itu perlu basuh dan ken jaga hugiene penting utk menyusu. Mk sure air suam selang sehari ke atau mmg x blh sewaktu tgh hari panas terik itu mandi air suam sekadar nak segar dan bersih jgn lama sangat. Mk sure hangatkan badan itu penting. Suami perlu bekerjasama jika berpantang sendiri. Jika berkemampuan order aje makanan org berpantang..ada itu service gitu..mk sure jgn basuh kain suruh suami uruskan, dan mandikan baby jika dia blh. Bersihkan rumah semua biar suami uruskan utk sebulak sehingga sis pulih sebenar benarnye. Suamilah perlu coperate jika ada yg blh tolong singgah ke rumah aje utk hulurkan bantuan mgkn sis lbh berselesa berpantang dirumah sendiri. Sentiasa hangatkan badan dgn pakaian pantang dan makanan minuman pantang.! Sis hanya perlu bergerak pelahan, berdiri dan duduk jgn terlalu lama. Sehingga luka pulih. Insha allah blh pantang sendiri. Jika sis rasa cuaca sejuk pertikaikan waktu selamat mandi air suam.! Hygiene perlu di tempat sulit utk jahitan sembuh dan tempat menyusu .. even lepas sebulan itu jgn terus bermain dlm air sejuk utk basuh pinggan apa semue sbb nanti tapak tanggan ada yg sakit dgn urat, jg lama lama dah ok dah itu.! blh mcm biasa.. yg penting badan sis blh dgn mandi proceed

Đọc thêm

pakai je lesen "dah tanya nurse dia cakap boleh", cakap je puan nak pantang cara moden. kalau family kata pantang cara traditional elok utk jaga badan cakap je puan bukan nak jaga badan tapi nak jaga kesihatan. iyakan sajalah cakap mereka tu tapi puan buat la cara puan asal x memudaratkan diri. family kita tetap hormat tapi macam manapun kita ada pilihan kita sendiri. yakin je dgn pilihan puan. air zaman dulu2 kan sejuk mcm air gunung belum byk pembangunan lagi x sama mcm zaman skrg. boleh je nk bersihkan diri guna air tapi cakap la mandi guna air suam2 kuku xkn jadi meroyan pun. dah tu nk cuci luka bersalin mcm mana? guna dry clean? spray dgn dettol? melampau la x boleh kena air langsung. newborn kalau xde kulit sensitif boleh la nak lap guna wet tissue tp ramai je yg guna kain basah celup AIR cuci najis. jgn stress2 masa pantang sbb stress boleh buatkan susu badan kurang & boleh jadi jgk meroyan. jgn salahkan air mandian punca meroyan. sebelum bsalin lebih baik puan educate husband puan biar dia lebih faham, support system sgt penting jgn ambik ringan je. nk mudah puan kumpul jawapan byk2 dlm post ni & share dgn husband. ni semua pengalaman sebenar ibu berpantang yg x ada apa2 masalah pun kena air

Đọc thêm

hahaha sy wktu berpantang ank 1st pun mula2 mak sy brkeras ckp NO MAIN AIR/MANDI..sbb urat2 rongga kita terbuka..nti sengal2 msuk angin and etc la..pnjg explanation dia..sy xdgr pun..sy mndi..tp mndi air pns suam..dan lps tuu sy pkai la sweater apa sume mcm biasa... sy ckp ..kalau xmndi cmni ..lagi laa laki lari sbb tgk pun geli mcm pngotor xmndi..pstuu ade bekas2 sisa minyak urut yg bidan urut kita 1 bdn tu...pstu nk brstfeed anak lg dlm keadaan tu..jgn kqta laki lari..sy pun lari tgk diri sndri.hahahaha dan mak sy xkuasa da nk gduh ngn sy

Đọc thêm

😄..klau lps bersalin kne la mndi..kne bersihkan ape2 y patut..mnd dgn air suam..klau sejuk nnt menggigil plak.nnt badan x kena air jd x segar.sehari xmandi pn sakit kepala ni kn sampai abs pantang..adoii.bgtau suami ape2 pn dieorg kna hormat keputusan awk..itu lbh baik.ckp ibu bersalin kalau blh xnk tekanan lbh selesa pantang tnp gangguan

Đọc thêm

takde masalah pun nak pantang sendiri sis. geli laa kalau tak mandi. kalau ada duit lebih boleh ambil CL untuk bantu kita pantang sendiri. plg penting kena dpt support suami. kalau dia ok, minta suami explain kat keluarga mertua. emosi ibu kena jaga. jangan sampai kita stress nak ikutkan cara pantang yg kita tak suka

Đọc thêm

aiyo. boleh je nk pantang sendiri dgn suami. nnti suami jaga 1st week. lpas tu blh da bt² sndri. masak apa semua suami sediakan siap2. baju apa bagai,jgn la basuh lg. tunggu husb balik,dia la setelkan. normal or czer sama je sakit. mmg kena pantang,jaga badan ya

Influencer của TAP

Boleh bincang dulu dengan suami dan yakinkan suami puan boleh berpantang sendiri. Minta suami wakilkan untuk bersuara. Ataupun bagi option family still boleh datang tengok baby n mummy kt rumah mummy. Semoga dipermudahkan!

eh sy pun berpantang sendiri mandi tetap mandi klu x mandi mcm mana nk jaga kebersihan diri kita tmbh² lg luka bersalin tu paling penting nk kena jaga tu kena bersih 🙂

aik habis tu takkan tak bagi mandi sampai bila? cakap je lah u dah amik pakej penjagaan pantang…

3y trước

merepek sangat tu… boleh je mandi, tapi guna air hangat… and tak bagus klau tak mandi, sebab kena jaga hygiene… takut ada jangkitan kuman pada jahitan… some more nak jaga baby kena sentiasa jaga hygiene. so better tak perlu ikut kata keluarga mertua nanti kalau jadi apa2 awak juga kena tanggung sendiri…

Kenape tak boleh sentuh air. Melekit la mcm tu 😅

3y trước

Mereka cakap takut meroyan kalau tersentuh air 😅