Rumah atas nama siapa? Even atas nama sis pun suami kena bayar jugak ye sbb dia yg wajib sediakan nafkah tempat tinggal. Kalau sis tak berkira, bayarlah semampunya. Ni kalau homeowner la, kalau menyewa auto suami yg kena bayar. Kalau husb mmg dah luar kemampuan & sampai sis kena half2, soalkan dia balik. Masing2 kerja, masing2 keluar duit for household, so for houseworks nape nk serah kt sis sorang je? Kena la buat masing2 je. Mcm saya, saya bgtau siap2 kt husb. Saya kerja, saya bayar utiliti rumah to help him so saya expect dia akan tlg urus rumah & anak juga. Saya highlight siap2 bab buang sampah, basuh2 botol & bpump, basuh toilet, sapu outside rumah, tu keje husb. Saya sapu dlm rumah, masak, basuh & sidai baju, prepare meals anak. Husb lipat or g dry kt dobi. Pagi2 nk g kerja totally husb tukar pampers anak, saya hantar & ambik anak kt pengasuh. Kalau ada masa2nya tak sempat sbb work commitment baru communicate nk swap kerja. Benda kita boleh discuss. Actually before this rule, saya pernah mintak cerai 2x dgn husb. 1st dia ignore, second saya download borang cerai bg kt dia & left group family dia. Sampai his siblings contact saya tanya what happened. Terus dia tobat nasuha. Bkn nk ugut, tp saya ada career & income sendiri. Dprd sakit hati, saya undur diri. Tp husb berubah secara drastik & Alhamdulillah bila dia biasa buat semua tu, dah jadi habit. And yknow what, his mom pulak panas bontot bila tgk anak laki dia buat mcm2 siap tanya kita why. Tp im not only the garang wife, im also a strict menantu. Saya ckp bagusla kalau org tgk nanti dorang puji pandai mak besarkan anak laki yg rajin. Nape mak tak suka ke? Sbb adik beradik saya yg lelaki semua rajin2 hasil didikan mak saya. Terus tak pernah soal dah 😘
Dia mcm ni sis, bila sis byr pelbagai bil tu, sis sebenarnya auto jd xikhlas bila gaduh sbb tu semua asalnya tanggungjawab husband. sbb tu kt post ni awal lg sis sebut benda tu.. mmg sis terasa dah tu. bab mendiamkn diri/pendam sbb xnk jd derhaka tu salah. diam wktu awak tgh marah. dah cool down bru slow talk dgn husband, kata kt dia awak terasa ini ini, awak sedih, awak marah. tp ckp dlm keadaan yg cool, suara xleh tggi. org dewasa ni, baik laki ke perempuan bila kna tengking mmg xsuka, esp suami. laki ni plg xsuka perempuan menjerit/tggi suara pd dia. sy xpernah tggi suara pd suami tp sy mmg jenis suara kuat pon bila sembang selalu kna tegur dgn dia, bila dia tegur sy terima, cuba perbaiki diri. lps tu perempuan bila pendam mmg makan diri. tu la smpai rasa nk cerai tu. kna let out yg marah tu, tp dgn cara betul. biar suami tau apa yg awak terasa tu.. penat tu.. sila inform suami. mmg tenaga kita lps beranak xsama mcm dulu. bgtau suami awak penat. 'minta tlg suami', bukan arah.. lps dia tlg, jgn lupa kata, thank you syg.. mcm tu.. xkira penat mcm mne pon, language lps marriage ni penting tau. org laki suka dihargai, so 'thank you' bila dia tlg buat apa pon.. walaupon awak rasa tu tanggungjawab dia. Lihat kebaikan suami.. awak kata suami baik kn.. dan muhasabah diri.. kita xperfect kn.. klu kita sedar kekurangan kita, xda la kita asyik cari silap org lain. 2tahun kahwin tu awal lg... anak pon kecil lg kn. cabaran hidup ni bukan setakat kawen je, byk lg.. stay strong and jgn give up.
Ikhlas ke tak saya tetap buat. Ikhlas tu macam semut hitam atas batu hitam pada waktu malam. Takde sesiapa yang tahu melainkan Allah. Kalau nak tunggu ikhlas tu datang, tertunggak la bil. Saya tak pernah minta tolong dia. Saya serabut kalau minta tolong dia. Suka bertangguh kerja. Bila tak dibuat, dia salahkan saya semula sebab suruh dia. Macam buat saya rasa bersalah sebab minta tolong dia. Contohnya masa saya minta tolong dia jemur baju. Masa tu dia main game pada lewat malam. Lepas main game dia jemur baju. Keesokan pagi dia bangun lewat dan asyik mengadu mengantuk. Alasan tidur lewat. Saya yang normal ni akan rasa bersalah bila dia kata macam tu. Saya pun nekad memang takkan minta tolong dah. Lagi serabut saya. Mujur dia bukan jenis bebel. Tapi tu lah sepatah terima kasih takde. Malah saya ni dilayan macam takde perasaan. Siap complain saya banyak berbelanja beli barang saya sendiri. Saya beli guna duit saya dan saya masih boleh bayar apa yang wajib. Apa hak dia nak complain pas
Komen pun.... tt pun tahu dia tak sepatutnya masuk campur or ambik alih tanggungjawab suami.. tapi dia dah redha dan dia tak kisah pun cuma dia nak suami faham dia penat so jangan tambah penat dia (tt mohon betulkan kalau aku salah noh).. macam laki aku gaji kecik gaji aku besar sikit aku suka rela bayar rumah 🤣 sebab aku sendiri yang nak duk rumah besar kalau ikut gaji dia rumah kecik sikit la haha... taktau la tt macam mana.. masalah sini aku tengok suami tak reti pujuk isteri.. tt ada masalah emosi lepas beranak kot? patut jadi suami ni kena extra faham arr bukan menambah bara sampai tengking.. member tengah panas..tunggu sejuk pi sembang la.. tanya leklok kenapa marah sekian sekian.. ni pi salahkan bini lak adui.. bini tu takde hak nak rasa marah ke.. sebelum kawen lelaki mmg romantik sis haha dah dapat dia romantik time nak bayar bil air je bahaha masalah dunia betul.. pastu petik tanggungjawab isteri.. meluat! Sabar eah sis luah la nak luah camna pun janji hati lega... bagus la nak stay strong demi anak sebab perit kalau anak tu membesar dalam keadaan broken family..kesian dia.. kita mak mak ni memang suka berkorban huhuh saya doakan sis tenang hadapi semua ni..sis doa suami sis lembut hati dan terang minda haha mana tahu dia akan dapat fikir secara rasional
saya di awal perkahwinan pun mcm ni. tapi sy ckp dengan suami banyak kali apa yg sy harap dr dia. . kena ckp deep dgn suami awk tu antara Bahasa yg sy guna -x ckp terima kasih pun? -knp x pujuk sy , dah tak sayang sy ke....? -bang, nanti tolong sayang boleh? -maaf bang, tapi boleh tak?... abang..(mandi ank tiap tiap hari..., urus pakaian basuh lipat simpan hari hari, buang sampah) . sy pulak tolong buat ( benda2 ringan sy pilih.haha) kalau dia balik/pergi keje mesti cium dulu.(kalau sy keluar keje sy cium dia Dulu). ni wajib buat tiap2 Hari walau gaduh.ceh.haha -kalau dia lupa, sy ckp,lupa cium ke? paling penting jgn tinggikan suara... semua ni berbulan2 ke tahun jgk untuk ubah tabiat suami.
tersalah post tempat lain pulak
Kisah kita lebih kurang sma. Sy pun mengalami benda yg hampir sama walaupun baru 3 bulan bersalin. Part mentua pun hampir sama. Sampai saya balik rumah mak dengan izin suami atas alasan xlama lagi masuk kerja nak bagi mak jumpa cucu dia. 5 hari berjauhan. The day kena balik rumah mentua, suami bawa jalan2 makan luar bersama baby. And pujuk cakap lembut2. Walaupun apa yg sebelum ni kita kena buat utk dia still sama xkan berubah by the time suami ckp lembut2 and pujuk tuu saya start maafkan balik apa yg dia dah buat sebelum ni.
Tu lah kalau suami pujuk isteri boleh lembut hati semula tau
cerita awak lebih kurang dengan saya , dan dan time nak bersama baru lah nak bermesra . memang ada terfikir juga , menyesal . tapi bila fikir balik , pasal anak pasal kebaikan dia walaupun sedikit . alhamdulillah perasaan menyesal tu hilang . pesanan saya , pergi la berjumpa kaunseling . tenangkan diri , perbaiki diri . mungkin silapnya ada dekat kita jugak sikit . semoga dipermudahkan urusan awak ya , awak ibu yang kuat . jangan putus semangat yaa 🤍🤍
Setuju!
maaf saya mencelah, bagi saya tanggungjawab suami tu dari awal isteri jangan masuk campur walau susah mcm mana pun. ibu saya lebih teruk kena dari sis, terpaksa ambil alih tugas ayah sepenuhnya 100%. ayah mcm orang asing bagi kami adik beradik. kadang tertanya kenapa ibu masih stay dgn ayah lagi. mungkin ibu dah terlalu penat untuk tegur dan memilih redha dan kuat demi anak2. and now saya belajar dr apa yg saya lihat, Alhamdulillah saya bergantung sepenuhnya pd suami saya, dia seorang yg sgt bertanggungjawab.
apapun sis jangan give up ye! InsyaAllah ganjaran besar sis dpt di Akhirat nanti. percaya pada janji Allah, Dunia tempat diuji, Akhirat tempat diadili. semoga dipermudahkan segala urusan sis sekeluarga dan kita semua 🤲🤍
kes u ni terlalu NORMAL dah di mana2. termasuklah di oversea. muslim or non muslim. sama. nasihat saya (based on counselling session yg saya pergi bawah kementerian) 1. baiki ibadat. solat berimamkn suami sentiasa. doa jngan tinggal 2. cari kebaikan dalam segala keburukan. Doa jangan tinggal. 2. kalau tak mampu, berpisah seketika. ini perlu izin dari suami untuk jauhkan dari sebumbung. untuk elakkan derhaka. 3. jika tak mampu, failkn perceraian.
Communication is number one. Tak suka atau suka, tak puas hati or anything , bincang elok2. InsyaAllah dipermudahkan. Sy pun prnh minta cerai tp pdhal bnda remeh je gaduh. Bila pikir2 semula, kene letak dlm diri apa2 buat kerana Allah. Ikhlaskan diri. Klu x suka bgthu. Terima kekurangan masing tpi tidaklah kata xperlu improve. Yg mna kurang, kita improve klu boleh improve. InsyaAllah. Keep berdoa. Klu penat, ambil cuti rehat healing. Ajak suami
I tried to communicate but he turned it into a fight. Saya kalau marah saya cuma perlu tenangkan diri. Bukannya saya terus meletup. Saya tak suka. Saya sendiri pun takut tengok diri saya ketika saya marah. Sebab tu saya ambil langkah berdiam sahaja kalau marah. Tu pun saya kena marah. Imagine kalau saya bercakap ketika marah?
1 je isu saya nampak dlm share puan: lack of communication between husband & wife. Kena belajar cara berkomunikasi ni. Puan dapatkan bimbingan dgn kaunselor dlm hal ni. Saya percaya Hubungan puan dan suami masih boleh diselamatkan jika kena cara betul. Insya Allah.
Ini yang sebetulnya. Communication. Tapi bukan isteri yang kena kaunseling. Suami yang kena diberi guidance macam mana nak handle orang tengah marah. Instead of provoke lebih baik tunggu isteri tenang baru slow talk. Yang saya faham suami dia provoke dia sampai dia mohon berpisah.
Anonymous