15 Các câu trả lời
Sis.. Bersabarlah.. Jika suami awak kini adalah lelaki yang mengandungkan awak.. Terimalah kekurangan dia.. Cuba mengenali dia yang sebenar.. Masa awak kenali dia.. Dia hamba allah yang cukup sempurna kerana dia menutupi diri dia dengan janji dan keindahan.. Tetapi bila awak dh jadi orang yang akan kekal bersama dia hingga ke liang lahad.. itulah diri dia yang sebenar.. Kekurangan dia dari segi kawalan emosi, ego, baran dan sebagainya.. Berbincang baik².. Jangan melawan kata² dia walaupun awk dimaki hamun oleh dia.. Diam diri itu lebih baik dari melawan sebab kita orang perempuan kata² yang keluar dari mulut kita lebih pada emosi berbanding akal sihat kita.. Jika anak yang dia pertikaikan diamkan saja.. bawa diri amik wuduk.. Ye geram dan strees itu perkara biasa bila kita mendirikan rumah tangga dalam keadaan tidak bersedia.. Anggap saja ini ujian untuk menguatkan diri awak sebab lepas baby lahir lain pulak ujian dia.. Saya beritahu sebab saya juga lalui perkara yang sama.. Positifkan diri awak.. kosongkan fikiran awak.. jangan terus menghina diri atau menghukum diri.. ini untuk kesihatan awk dan kandungan... Fikirkan baby dalam rahim.. kesiankan dia.. Kalau suami awak xboleh jadi seorang yang rasional atas kesalahan sendiri.. just forget about him untuk seketika.. fokus pada kandungan.. tanggungjawab jgn xbuat pula.. jika suami awak kini bukan lelaki yang mengandungkan awak.. saya minta maaf.. sy xthu nak advice awak cara yang mana tapi kawal lah emosi awk sebaiknya.. Jgn melawan.. Istigfar banyak² .. syukuri kerana ada hamba allah yang rela menutupi aib awk dari dipandang hina..
Saudari, anggap ini sebagai ujian bukan balasan. Memang tak lari dr rasa bersalah, tp kena yakin dengan rahmat Allah swt. Berbincang dgn ikhlas dgn suami sis, kena jujur dr hati dan mintak maaf atas silap yg lalu dan mnta tolong dia jgn ungkit yg lepas dah. Doa dan solat taubat,solat sunat hajat sungguh2 sis utk jernihkan rumahtangga dan lembutkan hati suami. Semoga dipermudahkan semuanya
Klau sis ni muslim, elok lah laki bini buat solat sunat taubat bersama-sama..dosa zina tak terhapus hanya dgn kahwin. kahwin atas sbab apa? Sbb dah terlanjur? Klau hanya semata-mata sbab tu memang masalah besar tu. Selesaikan dengan matang, dah nak jadi seorang ibu & bapa sepatutnya fikiran makin matang.
Cbe time berbaik tu bincang elok2...ajak suami berubah sama2...dan time tu berjanji untuk tidak ungkit kisah silam...yang penting masa depan dgn anak...semua org buat silap,semua org ada kisah gelap masing2...dan sebagai isteri kalau suami belum bersedia lg untuk berubah...doa bnyk2 untuk die bukak hati...insyaallah...
untuk teruskan apa sis? think positive anak tu anugerah dr allah, ramai org nak anak tp belum d kurniakan.. lepas ni suka hati dia la nak. pertikaikan ke ape. sis fikir nama anak, lepas tu letak ikut suka sis. nnt anak da kuar, confirm dia yg terhegeh hegeh ngaku tu anak dia.
Sy pregnant 6 bulan sblum kawin tp alhamdulilah smpai skrg kami bhagia ,, dan kami tgh xcited sgt nk tggu bby kluar .. tu bkn balasan untuk kite tp tu atas diri kite sdiri klau kite buang ego kite sbgai suami isteri insyallah kite hidup bhagia ..
Mungkin berkahwin atas sebab terlanjur..mungkin terlanjur disebabkan hawa nafsu. Tiada rahmah didalam perkahwinan. Sis solat taubat dan istikharah mintak pertolongan dariNya..inshaAllah akan diberi petunjuk.
Banyakkan mengadu pada Allah sis, minta pertolongan dari Allah. Allah suka hamba nya mengadu. Nak2 lagi doa ibu mengandung. Inshallah, doa dimakbulkan. Yang penting sis kena banyak bersabar. Ingat anak dalam kandungan & ingat Allah.
Byk2 berdoa mohon diberikn ketenangan. Juga byk buat solat taubat & solat hajat. Bkn awak je tp suami pun kena buat
Byk kn mmbaca ayat quran dan sedekah kan jgk phla mmbaca quran tu pada si suami .. insyaallah x lgi brgdh ..