Susu Tak Banyak
Saya baru bersalin 18hari. Tapi susu badan tak banyak. Bila urut, tukang urut cakap breast saya kosong tak macam orang bersalin. Kalau pam, dapat 1oz je. Ade sesiapa yang ade experience macam saya tak?
Seorang ibu bertanya di satu group media sosial, bagaimana nak membanyakkan susunya untuk bayi yang baru dilahirkan? Ibu ini bimbang sebab susunya hanya sedikit. Kemudian, muncul pula penjual produk overclaim menjawab soalan ibu ini. Dia kata, dia amalkan Jus xx, susu dia jadi meriah banyak, boleh fully breastfeed, tak tinggal puasa 30 hari pun banyak susu dan xpenat pun. Diikuti dengan nombor whatsapp. Siapa yang berpuasa 30 hari di bulan Ramadan dan tak rasa penat? Toksah laaa menipu ibu yang keletihan. Siapakah di kalangan ibu yang baru bersalin, walaupun tak berpuasa, yang tak rasa penat? Toksah laaa menipu ibu yang keletihan. Kita baca testimoni macam ini pun kita tahu penjual ini mengambil kesempatan dan tak ada rasa empati. Tak berdosa kah anda menipu ibu yang baru bersalin? Tak rasa bersalahkah anda memberi nasihat kepada orang yang terdesak meminta pertolongan dengan cadangan yang hanya menguntungkan diri anda sendiri, dan tidak memanfaatkan mereka yang meminta pertolongan? Jika kita beri nasihat, sepatutnya, nasihat itu membantu orang yang meminta pertolongan, bukan mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri. Tak malukah anda? Semalam, seorang ibu yang baru bersalin bertanya saya soalan yang sama. Ibu ini tanya apa yang ibu patut beli untuk milkbooster sebab bimbang susunya terlalu sedikit. Nasihat saya kepada ibu-ibu, tak payah beli produk-produk overclaim. Nasihat yang kita semua patut berikan kepada ibu ini ialah menggalakkan bayi menghisap puting payudara ibu dengan kerap, sebab pengeluaran susu badan pada peringkat permulaannya memerlukan stimulasi dari bayi dengan kerap untuk meransangkan payudara ibu membuat susu, bukan minum Jus overclaim. Inilah yang dinamakan ‘The let-down reflex’ atau ‘milk-ejection reflex’. Pada hari yang pertama, kebanyakan bayi belum lagi kelaparan dan boleh tidur berjam-jam. Jangan benarkan bayi tidur lama-lama. Gerak bayi dan galakkan bayi menghisap puting ibu, walaupun badan rasa penat selepas bersalin. Bila bayi menghisap, bayi akan merangsangkan banyak urat saraf yang berada di dalam puting payudara ibu. Urat-urat saraf ini berhubung dengan kelenjar pituitari di dalam otak yang kemudiannya akan melepaskan DUA jenis hormon ke dalam darah ibu. Hormon yang pertama ialah Prolactin. Bila prolactin yang dilepaskan dari kelenjar pituitari otak ibu ke dalam darah ibu sampai ke payudara, ia bertindak ke atas sel-sel alveoli dalam tisu glandular payudara ibu untuk MEMBUAT SUSU. Hormon yang kedua ialah Oxytocin. Oxytocin ini menyebabkan susu yang baru dibuat ditolak keluar dari sel-sel alveoli ke dalam banyak salur-salur kecil yang dinamakan ‘ducts’ ke arah puting ibu. Hormon oxytocin ini menyebabkan sel-sel alveoli menguncup dan salur-salur ducts mengembang untuk membantu pengaliran susu ke arah puting, kadang-kadang sampai basah badan dan baju ibu keluar susu dari sebelah kiri jika bayi sedang menyusu di sebelah kanan. Lebih kerap bayi menghisap, lebih hormon-hormon ini dilepaskan. Bila bayi berhenti menghisap dan penyusuan bayi dihentikan, kilang membuat susu menjadi kurang aktif dan susu berkurangan sehingga tiada lagi susu, tidak kira apa yang ibu makan. Jadi nasihat utama untuk ibu-ibu ialah rajinkan menggalakkan bayi menghisap dan kerap menyusu bayi sebelum memberi ibu nasihat apa nak makan. Nasihatkan ibu supaya bertenang dan bersabar, sebab stress boleh mengurangkan pengeluaran hormon-hormon ini. Berikan ibu keyakinan diri dan ketenangan hati, bahawa susu yang sedikit pada hari pertama pun mencukupi sebab kualiti colostrum yang sangat tinggi walaupun hanya sedikit pada hari yang pertama. Jangan paksa ibu pantang makanan berkhasiat lepas tu suruh ibu beli produk overclaim. Ini hanya menambahkan stress kepada ibu-ibu. Galakkan ibu minum air secukupnya, 8 hingga 12 gelas air sehari, makan protein yang berkualiti seperti susu telur ayam dan ikan tanpa manakut-nakutkan ibu-ibu tentang mitos, dan makanlah berbagai sayur-sayuran dan buah-buahan berkhasiat. Pantang macam-macam boleh menyebabkan ibu stress, dan stress boleh mengganggu hormon ibu yang membuat dan melepaskan susu ibu. Kemudian, tambahkan usaha dan kerapkan menyusu. Tanpa usaha ini, makan apa pun, tak cukup susu juga. Inilah dinamakan supply by demand. Berikan ibu semangat bahawa kerap menyusukan bayi ini juga menggunakan kalori yang menurunkan lemak badan ibu yang berlebihan, mengurangkan risiko kanser payudara, kanser dinding rahim dan kanser ovari, mengurangkan risiko ibu mendapat diabetes, mengurangkan risiko kepada bayi jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kerongkong, mengurangkan risiko bayi mendapat asthma, mengurangkan risiko bayi mendapat kematian mengejut atau sudden infant death syndrome, mengurangkan risiko bayi mendapat leukaemia dan diabetes di masa depan mereka. Jangan lupa nasihat utama ini, dan berikanlah ibu semangat dan keyakinan diri sendiri, bukan suruh beli produk overclaim. You can do this mummies. Nasihat ini percuma saja, for all the wonderful mummies. P/S. Sila lihat gambar di bawah. Apa yang penting ialah tisu glandular yang mengandungi sel-sel alveoli, bukan lemak yang mengelilingi payudara. Jangan membuat andaian ibu yang mempunyai saiz payudara kecil tak boleh buat banyak susu, sebab apa yang membuat saiz payudara itu besar hanyalah lemak yang berkumpul di sekeliling tisu glandular. Lemak tu tak buat susu pun. Kredit to: Dr Imelda Balchin
Đọc thêmSaya baru bersalin 9 hari..anak kat nicu sbb baby prem..dari day 1 saya cuba perah susu sbb nak bg kat anak..mula2 memang stress sbb susu x nak keluar..selalu anak hisap susu dulu baru keluar..ni kena perah sendiri..anak pun x sempat nak pegang..lg la nak bg direct susu..memang x boleh..saya perah ngan tangan..guna brest pump..memang sgt2 mencabar..kadang2 down jgk sbb tgk susu sikit je..x sampai 1 oz jgk..tp saya continue jgk perah..saya memang x de nak diet2 time pantang ni..saya mkn je bila saya lapar..minum air..air susu..buah..sayur..sbb nak bg susu byk..tp susu kejap byk..kejap sikit..tiap2 3 jam sekali saya perah susu..harap2 anak saya cepat la boleh balik..boleh saya bg direct susu..
Đọc thêmAamiin semoga anak sis cepat sihat dan pulih dari kuning...
hi sis , sy pon sama mcm awk , drpd hr 1st baby lahir sy da bg fm sbb susu bdn blm kua , hr ke 4 baby kena warded sbb jaundice tggi , dlm wad hanya dibenarkan susu ibu sy bg jgk baby sy sucking walaupun txde susu smpai nangis2 sbb stress kesian baby lapar n air susu sikit , sy pon tukang urut ckp mcm tu jgk mula2 , sy mkn sup ayam , banyakkan minum air kosong , rajin bg baby direct n pam susu alhamdulillah skrg kalau pam dpt 3oz plg sikit , kdg2 plg byk smpai 6oz , sis cuba buat power pumping ya , yg penting jgn give up n stress , mind set tu penting sis , jgn pk txde susu , pk je susu sis cukup utk kenyangkan baby , In Shaa Allah❤
Đọc thêmsy pun sama..sy letak daun kobis kat dada sampai separuh layu..lepas tu bagi anak isap..susu ada banyak sikit..lepastu hari2 menu dalam pantang sy, sy makan peria goreng..beli kat shopee..peria ni la yg buatkan susu sy bertambah meriah..setiap malam setiap 3 jam bagi anak menyusu dan banyak2 minum air kosong..mana nak dtg susu kalau air tak cukup dalam badan..insyaAllah susu banyak..moga menjadi pada puan & bermanfaat
Đọc thêmDulu saya pun macam akak. Tp sya x patah semangat. Sya cuba amalkan air kurma, sya buat sendiri, 1 hari boleh habiskan 1500 ml air kurma . Lepastu saya amalkan makan sayur banyak2, x mau makan yg ada minyak. Minum susu. InsyaAllah susu badan banyak.
Hye .awk 1st kn mindset..kn happy...mood kn sntiasa on.awk kn minum byk air kn mkn 2x gnda mcm Ms prgy.try la mkn sup sawi kn kailan...insyallah Ada jg produk y blh tmbhkn susu
Saya dulu pon masa baru bersalin diorang cakap breast kosong, susu pon sikit je... Lepas seminggu haa banyak dah susu.. tapi xpernah jadi bengkak susu
Hi Puan. Macam mana keadaan puan dan bayi puan sekarang ni ya? Puan dah cuba amalkan air herba untuk banyak kan susu? Ada makan apa apa supplements tak ya?
maaf kalau tersalah..masa bayi baru lahir sebulan, mak tak boleh makan herba2 nnt anak kena kuning
Sama la dgn saya me mula dulu. Lepas tu hari hari pam dan selalu nyusukan baby skang ni da macam normal da.
Buat sup betik yg x msak sis ...cz sya pnah alami jgk air susu x bnyk ...
mama to saif zafran