Stress susu badan tak banyak
Saya banyak tgk sharing ibu2 cara nak meriah kan susu badan. Saya sebagai epmum susah betul nak meriahkan. Anak dah sebulan lebih tapi susu masih tak meriah lagi. Asyik guna fm je. Saya cuba pump ikut jadual pun setiap pump tu sikit. Penat pump 20-30 minit tapi 1oz je untuk dua2 belah. Kalau saya lambat pump nampak la sedap 3oz. Dgn cara mcm tu boleh tambahkan susu ke. Ada yg ckp kena 2-3 jam. Saya penat pump dlm 2-3 jam tapi dpt sikit sgt.
awak jangan stress .. nanti berdampak pulak.. cuba minum milo panas. makan nangka .. kurma atau kacang almond panggang untuk tambah susu.. semua menjadi kalau kat saya masa pantang . sekarang anak dh sebulan lebih.. nak dua bulan.. susu saya pun x meriah lagi macam masa pantang . tapi cukup untuk keseharian baby . sekali pumping dapat lh 2 oz sebelah sebelah. kadang tak dpat juga.. sambil pumping tu.. doa dalam hati.. happy happy.. makan pati ayam kalau boleh.. jenama brands tu pun okay juga. (ikut badan juga ye!.. jgn berharap sgat kat tips saya.. sekurang-kurangnya awak dah berusaha.. )
Đọc thêmawak try cari bidan yg pandai mengurut sis. ckp dgn dia nk urut bg banyak susu. Nti bidan cuba cari urat tu. Dlm masa yg sama awak boleh mkn sayur utk tambah susu (sawi & lobak putih/peria). Boleh juga beli yg ramuan milk booster dlm pek (kurma merah/kismis/halba/goji beri) yg ada jual di shopee/tiktok tu. Minum air suam selalu 2L sehari. Mind set juga kena jaga tak boleh stress² ia akan ganggu penghasilan susu
Đọc thêmMinta maaf sis, tp jd ep mum mmg penat. Kena banyak sokongan dari suami untuk menjayakan penyusuan ep. Kalau normal feeding pun, direct bf kita kena 2-3jam skli dlm sehari ada 6-8kali penyusuan jd bila pam pun kena sama sis. Ni utk create demand supaya badan kita hasilkan susu. Susu tak banyak melimpah2 mcm yg kita tgk kat ig/fb/YouTube/tiktok, masa awal kelahiran tu normal, jgn stress. Stress lg susu drop.
Đọc thêmSis yg utama kna ada mindset nk bgi anak susu ibu & tolong check saiz corong pam susu sis sesuai xdgn saiz nipple. Selalu org ingat corong sama saiz tpi dorg silap. Xbetul saiz corong pun boleh kurang pengeluaran susu. Check lpas pam masih rsa breast berat lgi x? Klu berat kemungkinan saiz corong xsesuai 😊.
Đọc thêmsaya pun pump kadang2 tak ikut masa.. tp kalau rajin after baby menyusu badan dan dah tido saya akan terus pump walaupun keluar sikit je.. kalau malam baby saya tidur lama sikit so time tu saya pump dpt la jugak 3oz-4oz dua belah
Faham, saya pun mengalami. Siap kena perli lagi dgn family. Sbb saya lebihkan susu fm daripada breast milk. Bukan saya tak cuba, tapi saya dah pump sampai kering pun banyak tu juga yg keluar.
Kena massage sama sis Kalau pam saja kurang membantu Kena bagi anak direct bf sama
Sy pun tgh mngalami