KELAS IBU MENGANDUNG / BERSALIN

Saya ada tengok kawan² pergi kelas² kursus² ibu mengandung/bersalin. Kursus tu biasanya untuk apa? Berapa kosnya? Kat mana nak cari iklannya? Macam mana nak sertai? Bagus ke untuk sertai? Atau sekadar ilmu tambahan dan persediaan untuk bersalin? #ingintahu #seriusnanya

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Tu kelas disebut kelas antenatal. 1. Pengalaman saya ke kelas tu, untuk tahu dan faham tentang apa yg perlu kita ambil dan hadap semasa hamil, persediaan bersalin, semasa bersalin, selepas bersalin, penjagaan newborn, penyusuan, dan kaedah perancang, pemakanan. 2. Kos, iklan & macamana nak sertai? Saya cari yg free. Tentunya di hospital tempat saya bersalin. Masa tu pandemic lagi, 2022. Penyertaan terhad. Saya search di internet dan medsos, saya jumpa post kelas antenatal oleh sorang doktor. Terus saya dail no. tertera (hospital bersalin). Ada juga hospital swasta yg buat (berbayar), tak ingat berapa. Sebab hospital tu bukan tempat saya nak bersalin, saya tak nak lah. Ambil yg free dan sesuai dgn kita. 3. Bagus untuk sertai bagi kali pertama sebagai ibu bapa dan ibu bapa yg dah kekok nak terima anak lagi (jarak beranak dgn anak sebelum ni, jauh). Sebab: kita belajar tentang perubahan badan kita semasa hamil, tumbesaran kandungan, ubatan yg perlu diambil semasa hamil, senaman dan postur yg betul semasa dan selepas bersalin, prosedur dan peraturan di hospital mulai pendaftaran hingga discharged, cara penyusuan dgn betul, keperluan penyusuan susu ibu untuk anak ikut tumbesarannya (sebab hospital tu hospital rakan bayi, kita tak dibenarkan bawa susu formula utk bayi). Suasana di labour room, keperluan bius, jika nak bius bagi tau awal pada pihak wad, jadi ada rekod yg kita benarkan diri untuk bius (epidural), tak buang masa nak dibcaakan dokumen kebenaran dan sign jika kecesmasan, penerangan kaedah perancang selepas bersalin, tu je la saya ingat. Oh ya, pemakanan juga. Dalam banyak2 perkara yg disampaikan dlm kelas tu, hal penyusuan lah yg paling saya rasa tak cukup. Dah sampai rumah selepas discharge, nak hadapi bengkak susu tu penuh pelbagai emosi. Support drpd keluarga kena ada. Biar mereka faham yg kita nak susukan anak dgn susu ibu hingga 2 tahun. Saya tetap dgn pendirian nak susukan anak walaupun ada yg minta sediakan susu formula. Saya dah niat kan.. Dah lah banyak pakai duit pada perkara yg lagi utama, syukur saya dan suami juga anak dpt hadapinya & still happy breastfeeding dan masih follow medsos tentang breastfeeding. Luas ilmu breastfeeding ni rupanya. Kelas ni kelas formal yg disampaikan oleh mereka yg mahir dan pakar. Jadi saya dan suami rasa berbaloi menghadirinya. Selama ni membaca, menonton, mendengar radio je kan. Bila ke kelas, kita boleh soal itu ini, buat senaman. Sebab masa tu pandemic, tiada sesi lawatan wad bersalin dan labour room.

Đọc thêm

antenatal klas.. bgus utk join sbb Dr pakar sendri yg explain ikut slot masg2.. mcm sye dlu Dr explain ape nak expect utk bersalin czer & normal, pnyusuan baby, exercise waktu bsalin& teknik pernafasan yg btol.. yg best sbb hsband pun join skali kira ilmu utk hsband jgak.. tyme nk bsalin, hsband la yg ingtkn utk tarik nafas sume tu.. Awak boleh check kt website/ig/facebook hospital swasta yg bdekatan ngan awak.. hospital swasta yg slalu buat.. normally cost dlm rm100..

Đọc thêm