Working mum

Sapa kat sini bekerja? Sy sekarang dah 32w. Bekerja agak jauh jugak dengan jarak perjalanan dlm 70-90 minit dari rumah. Sy bercadang utk berhenti kerja kerana jarak perjalanan yg agak jauh dan risau jika terjadi apa2 kpd sy dalam perjalanan. Tapi dlm masa yg sama risau sebab akan tiada kerja lepas ni. Kontrak sy akan tamat pada oct ini tapi saya bercadang utk berhenti dlm bulan depan. Apa pandangan ibu2 sekalian? Kerana sy penat berulang alik dan rasa tiada keikhlasan nak bekerja kerana kerap cuti dan mc atas masalah yg tak dapat dielakkan. Terima kasih atas cadangan dan pandangan jika ada.

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Kalau boss awak sambung contract untuk beberapa tahun, awak nk x keje? Isu2 mcm nie sebenarnye hanya awak yg boleh jawab. Kalau tanya sy, better jgn berhenti keje. Sayang Sgt dah dpt keje, x kisah la contract ke x contract ke, lpastu berhenti keje semata2 sbb pregnant. Awak x tahu perjalanan hidup masa dpn mcm mana. Perlu kn byk duit nk membesarkan anak nie. Betul, duit boleh dicari lpas tu, ada rezeki di mana2, tp awak tgk sekeliling, berapa ramai working mom yg terpaksa melepaskan career mereka masa pregnant rasa Sgt2 menyesal... Sbb hidup skarang mmg perlukan duit sgt2. Bila2 masa awak free, duduk n fikir. Ambik kertas, tulis komitmen suami isteri awak. Dalam masa 1 tahun, life awak dan suami mcm mana. Tulis Pro n cons bekerja dan x bekerja.. Lpas 1 tahun, 3 tahun akan dtg life mcm mana, n 5 tahun akan dtg life awak dan keluarga kecil pula mcm mana... Emergency? Tiba2 jadi benda x disangka, apa nk buat.. Fikir betul2 n tulis atas kertas tu. Bila awak buat mcm nie, awak akan nmpk masa dpn awak mcm mn. Dr situ awak boleh buat keputusan.. I wish u all the best.

Đọc thêm
1y trước

Sy dah fikir mengenai resignation ni sejak dari awal pregnant lagi sebab sy mengalami alahan yg agak teruk. Cuti dan mc sampai melebihi sebab status kontrak sy ni. Actually, sy dah bekerja dgn status kontrak ni dah 8 tahun. Increment sy sepanjang ni hanya rm100 saja. Modal minyak sebulan pun dalam rm400-500. Serius meletihkan. Syg mmg syg sebab keja susah nak dapat tp memikirkan kesihatan mental dan fizikal sy, sy decide utk resign jgk. Komitment mmg banyak tp sy dah setelkan sikit2 sebelum sy decide nak resign ni. Tambahan lg, jika anak sy dah lahir dan sy bekerja sejauh ni, jika jd apa2 dkt anak sy, jarak perjalanan yg agak jauh amat sukar bg sy. Suami pon bekerja jauh dgn jarak perjalanan dalam 2 jam mcm tu. Terima kasih atas pandangan puan. Tp sy cuma ingin meluahkan apa yg sy rasa.

Bg saya jgn berhenti. U rasa mcm ni sbb u sorg yg responsible person n rasa ralat bila xdpt bg 100% masa keje. Tp itu lah org pregnant. So your boss need to understand la. Pregnant ni 9 bln je bukan 9 thn. Dpt boss yg faham ok lah. Kalau rasa letih, perlu rehat apply je. Itu hak staff. Kontraj ke permanent ke semua ade hak cuti. Kalau sy, sy deal dgn office yg sy balik awal. Pg mmg dtg awal bwk kereta relaks2 je..ptg je mintak balik awal supaya x stuck jem. Klu x ckop hours sy siap keje kt rumah. Tu company sy la. Sbb kami clock in out guna apps je. Utk u maybe boleh tgk mana boleh ..discuss ngn boss. Tp klu nmpk bos x boleh nk timbang tara tahu dh laa nk stay ke nk resign. Ssh kalau bos jenis xboleh nk consider.

Đọc thêm
1y trước

Bos sy payah nak consider. Sometimes weekend pun kena keluar keja sebab ofis tak ckup org. Cuma start this month dgn next month sy minta excuse utk tak pegi mana2 sbb risau dah sarat sangat. Plus, ada isu2 lain di ofis yg sy rasa tak perlu nyatakan di sini. Saya nak bekerja tp bukan di sini. Cukup la 8 tahun kerja dgn kenaikan gaji hanya rm100. Penat memang penat dan tiada siapa faham. Yg bos kisahkan, kpi kpi kpi.

emm saya pun pernah terfikir nk resign tapi saya lagi fikir apa nak jadi lepasni🥺 saya takut lepas resign nanti lagi susah nk dapat kerja sbb dh ada anak n komitmen mesti betambah bila dh ada anak . pastu bila pikir balik anak sapa nk jaga pulak kalau saya berkerja. suami pun suggest resign sbb kesiankan saya ulang alik jauh n takut jadi apa2 . saya pikir dalam2 masa tu , saya tak jadi resign . sbb mmbe saya alah teruk , kadang sbulan dua mmg takdatang krja tpi majikan paham even org tak ckup nk cover . dia yg ada alah teruk pun tak resign kenapa saya yg tak ada alah ni nak resign🥲

Đọc thêm
1y trước

Sy ni awal pregnant mmg alah teruk. Dah mula fikir nak berhenti tp teruskan juga sbb nak kumpul duit bg beli barang anak. Tp dah 3rd trimester ni, terus rasa tak cukup rehat dgn penat keluar awal pagi. Suasana kerja yg memenatkan. Entah laa. Serabut fikiran saya.

Kalau tempat kerja awak jenis bertimbang rasa. And paham keadaan awak. Jangan la berhenti. Mcm saya berhenti week 8 dulu sbb boss saya tak paham. Kerja saya kerja berat. Berdiri lama dan banyak pergerakan. Saya alahan terus sampai asyik cuti. Boss bising. Jadi saya benti. Selagi tmpt awak okay je, teruskan kerja. Kerja susah nak cari lagi lagi tgh pregnant and after. Semoga awak terus kuat ya. Saya tak mau awak mcm saya. Asyik serba salah sian suami penat kerja. Pastu org sekeliling ada yg negative. Lain org lain kuat smgt dia. Saya pun tgh cuba positive je demi baby

Đọc thêm
1y trước

Masalahnya timbang rasa tu mcm ada 50% ja. Sy kerap ambik cuti dan mc sampai dah habis AL dan MC saya. Terasa menyusahkan pula rakan sekerja.

Saya pun 32w bekerja jauh pjj dari keluarga & suami. Tinggal di felda yg juga jauh dari hospital & klinik swasta. Jarak saya ke tempat kerja kurang 10 minit. Tapi jarak saya ke suami - 2 jam perjalanan. Kalau hal saya ni, memang kerja hakiki dan tk boleh resign. Sabor jelerrr pjj ni. Kalau sis sanggup lagi kerja, teruskan. Kalau dah tak sanggup kerja, resign & fokus anak. InshaAllah ada rezeki anak & rezeki lain lepas dah beranak nanti mana tau dpt kerja dekat sikit dgn rumah. Moga dipermudah sis.

Đọc thêm
1y trước

Tq sis atas sokongan. Sy dah tak pjj dgn suami sbb baru dok sekali tak sampai setahun tp jarak tempat keja suami dgn rumah dalam 2 jam juga la. Harap ada rezeki yg lebih baik utk kita semua. Aminn

Saya juga 32w, rumah ke office 1jam lbh kekadang 2jam klu jem. Mula2 penat juga.. tp keep positive Ikot hati nk bhnti suami pun suggest bhnti sbb kesian tgk saya. Tp bila saya pikir pnjg Saya tak boleh bhnti sbb saya perlukn duit sndiri & emosi saya lagi tak stabil jika duduk menjadi suri rumah. Saya suka lagi keje dari jd suri rumah. Planning saya lps bsalin akn cari kerja dekt dri rumah. Doa kn saya juga kuat

Đọc thêm
1y trước

Ya sama mcm sy. Lepas berhenti ni nak kerja dari rumah je. Tp masalahnya, sukar nak cari kerja yg sesuai di daerah sy ni. Sy mmg nak bekerja sbb dah biasa pegang duit sendiri even dari bujang lg. Nak harapkan suami, mmg tak cukup la. So harap keputusan yg dibuat ni adalah keputusan yg tepat la. Risau juga dgn ekonomi sekarang ni.

bg sy bhenti je sis.. baca kenaikan gaji u cuma 100.. mcm x berbaloi.. minyak u tiap2 bulan pun 400 ke 500.. maybe u boleh try bisnes dr rumah.. ape2 yg u reti buat.. mcm sy sblm ni belajar buat cheesetart, n run bisnes sendiri.. ada2 lah rezeki tu.. Plus sy uruskan anak sendiri time tu.. insyaallah ada rezeki u.. jgn cpt mengalah, jgn cpt ttekan.. pikir positif okey sis..

Đọc thêm
1y trước

Yaa betul. Sebulan minyak sy dalam 400-500. Mmg sangat tak berbaloi. Redah jem lagi. Penat saya jadi double.

Kalau dh tak ikhlas berenti je le..nnt adalah tu rezeki utk anak. Risau nnt puan ada masalah nk tinggalkan anak pula sbb selalunya mcm tu la mak2 baru. Sy pn pernah takde kerja n sy interview ms pregnant…sy xdpt kerja tu tp lps bersalin sy dipanggil bekerja..rezeki anak alhamdulillah

1y trước

Sy pun harap ada rezeki utk sy lepas ni. Sy mmg nak bekerja tp dgn jarak yg lg dekat sbb risau jd apa2 dekat anak, sy bole terus balik. Doakan sy ya. Mental fizikal sy rasa rapuh sgt ni.

bincang dengan suami puan macam mana.. saya bincang dengan suami dan kami sepakat tuk pindah rumah dekat sikit dengan tempat kerja saya...

1y trước

Suami memang minta sy berhenti. Tambahan, kami baru saja beli rumah di centre di mana sy bekerja di daerah lain dan suami di negeri lain. Kedua kami berulang kerja setiap hari.