Baby kurang berat 😭

Salam semua. Tolong saya😭 Saya nak minta tips/cara mcm mna nak naikkan berat badan baby. Baby sy lahir 2.5kg, mula2 tu ada la turun naik skit berat dia, tpi skg dah sbulan berat dia 2.9kg je 🥺 tadi petang bru hbs jumpa nurse & nurse cakap berat baby tak cantik. Sy jadi risau sgt sbb berat bdn baby naik sikit je😭 sy first mom & sy dbf baby saya. Byk suggest bg je susu formula tp sy klau blh nak fully bfeed🥺 sy buntu & risau sy xtau mcm mna cara lgi . Sy sedih jg bila ada yg suruh sy bg je susu formula, sy mcm down sikit, susu saya kurang ke atau tak bagus ke.. bukan sy mnentang susu formula tpi sbb niat sy mmg nak bg fully bf utk baby.. tp sy kesian sgt tgk my baby, sy jadi overthking, risau, takut & kesian sgt 😭😭 Ada tak ssiapa yg boleh bg tips/ suggest apa2 ke nak naikkan berat bdn baby dgn cara dbf? Nanti 8/4 ni nak repeat lagi timbang berat. Sy skg brusaha utk ikhtiar nak naikkan berat bdn baby😢 TQ🙏 #bantujawab #firstmom

29 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Makan makanan tinggi protein dan fiber. Bayam, kekacang semua tu blh salurkan banyak nutrien pada baby. Awak tgh pantang kan? Makan makanan berkhasiat, ada stgh org takut nak makan sayur lah ayam lah daging. Tapi semua tu bagi kualiti pada susu badan awak. Kerapkan menyusu 1-2 jam sekali. Monitor berat kencing juga.

Đọc thêm