Panggilan kurang sesuai

Salam semua. Sekadar nak luahkan yang sy tak berapa gemar keluarga in law sy iaitu adik beradik suami, biras & ibu mertua sy bahasakan diri mereka mummy, ibu, mama kepada anak sy. Habis sy ni apa? Sy anggap panggilan ibu, mama, umi, mummy & sebagainya ni sbg amat berharga dan tak suka sewenang-wenangnya digunakan utk yang bukan hak. Mak kita hanya seorang & panggilan tu cuma reserved serta istimewa untuk beliau seorang sahaja. Tiada org lain dpt ganti tempat atau panggilan tu melainkan kalau hati kita betul² boleh terima org lain selain perempuan yg melahirkan. Sy memang agak sensitif sbb mak sy sendiri adalah dunia akhirat sy & sy tak pernah panggil org lain selain beliau sebagai mak. Masa sy gugur, semua sibuk kata sy sakit mcm². Bila tak lekat lg lepas gugur, mengata sy mandul. Bila dah mengandung sibuk bandingkan dgn ipar & biras lain kenapa itu kenapa ini. Bila dah beranak sibuk tanya kenapa beranak perempuan lg bukan lelaki. Ada je serba serbi tak kena. Tiba² semua nak dipanggil mama, mummy dan sebagainya. Sy lebih prefer kalau panggil mengikut pangkat dlm keluarga, kalau nenek tu bahasakan lah juga diri sbg nenek, opah, tokwan or yg berkaitan. Utk pakcik/makcik pula, gunalah maklong, maktam, maksu & sebagainya. Mungkin bagi org lain mcm nampak remeh atau sy ni over tapi biarlah panggilan istimewa tu khas utk seorang wanita sahaja. Lagipun tak ke menimbulkan kekeliruan atau salah faham kalau semua nak dipanggil dgn mama, ibu dan sebagainya. Perkara yg mudah boleh jadi susah. Mungkin sy over & tak semua akan setuju dgn sentiment sy ni.

7 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

I feel u dear. Sy pun kena mcm awk juga. Awal2 sibuk bahsakan diri as mama, pdhl tu panggilan sy pd anak. Siap panggil anak sy 'adik' pdhl tu cucu dia. Sy senang saja. Bila dia bahsakan diri dia mcmtu, sy terus cakap direct xde lapik2 😅. Dia bahasakan diri dia mama, sy terus cakap, tu cucu la, bukan adik. Smpai skrg xde dh dgr menyebut adik. Klu ada tersasul sy terus pandang tajam. Bukan nk kurang ajar, tp kena tahu adab, xkisah berapa pun umur. Once sy kata itu, itu lah dia. Sbb tu anak sy, my right utk tegur.

Đọc thêm
2y trước

saya rasa bab panggilan mama tu pelik. tapi yg dia panggil anak awak 'adik' tu normal kot. macam saya pun mostly duk panggil anak saya adik. org lain pun ada panggil adik. saya tak bagi org duk panggil dia baby, takut lekat sampai besar. sekarang saya biasakan panggil nama betul anak je. orang lain pun saya dah tegur suruh panggil nama sebenar. risau lekat panggilan adik tu, kang dpt anak second and third duk melekat panggil si sulung adik.

maybe kalau anak awak tu cucu sulung dalam keluarga it is normal sbb belum ada panggilan lagi makcik/pakcik dia. tapi kalau anak² sedara yg lain duk panggil kakak ipar tu maklong/makngah, tiba² dengan anak awak diorang bahasakan diri as mama, mummy, ibu then pelik lah. macam saya tak kisah pun sebab bila dia dah besar automatic dia akan tmbh nama makcik dia kat blkg tu for example Mama Su, Acik Na, Mummy Za. Family saya macam tu lah.

Đọc thêm

mcm abang sy la. adik sy bru je beranak ank sulong. dia bahasakan diri dia abi. marah kitorang adik beradik sebab suka² hati je bahasakan diri mcm tu. sbb suami adik sy pun bahasakan abi. last setiap kali dia ambik pgg baby dan bahasakan diri dia abi, kitorang terus betulkan jadi b*bi hahahahah last dia bahasakan diri dia ayah long.

Đọc thêm

Saya n siblings panggil nenek saya as mak, mama pulak utk mama daripada kecik lagi. Still 2 2 special insan tu special utk kami. Rasa manja n rapat je. Takda confuse ke rasa lack apapa. Skg mak n mama pun dah tua kami adik beradik la ganti2 bawak gi klinik.

2y trước

Kena look on the bright side kot. Bukan semua orang especially mentua n ipar yang boleh kasihkan anak kita. Bila diorang letak panggilan mcmtu maksudnya they love your baby dearly. Saya n siblings pun kadang kt anak buah aunty, kadang mama. Sbb rasa mcm anak sendiri juga, layan mcm anak sendiri juga. Tapi takda la sampai nak pi susukan anak tu. Tu melampau pulak. Tapi apapun masing punya preference kan. Ni just saya kongsi bersama.

stiap kali dorg panggil mcm tu,awk btol kan je trus.. tu bkn mummy la,tu nenek..biar nenek tu sedar diri sket

Sy setuju dgn awak. Your feelings is valid ye. Semoga dimidahkan segala urusan awak

Direct tegur je klu x suka. X pyh nk jaga hati bagai. Lg pnjg dramanya nnti