Minta tips
Hai semua, kat sini siapa yg tak ada masalah dgn family mertua? Boleh bagi tips tak mcm mana nak bukak hati terima baik buruk keluarga mertua? Keluarga mertua bukanlah tak baik tapi mungkin cara mereka beza dgn family sendiri sbbtu mcm susah sikit nak ngam.. kdg ada jgk rasa nak rapat dgn diorg mcm family sendiri tapi bila dah berdepan mcm terbantut niat tu sbb kdg apa yg diorg buat boleh timbulkan rasa kurg senang dlm diri ni.. sy pun bukanlah jenis yg byk ckp.. ckp bila perlu je dan family mertua bukan jgk jenis yg ramah.. nk kena approach baru jgk berborak tapi klau tiap kli nak bonding sy kena approach, tanya mcm mcm nanti takut sy dilabel penyibuk pulak asyik tanya tanya.. sy nak tanya adik ipar psal kerja pun mcm tak sesuai sbb sy sendiri tak bekerja.. setakat tanya kerja mana, kerja apa tu biasalah lepastu zip mulut masing masing huhu.. beza dgn family sy sendiri yg mmg ramah, suami tak byk ckp pun ada jgk diajak borak.. sesiapa ada tips tak bgi hubungan sy dgn keluarga mertua agak ok? Bukan gaduh pun cuma tulah, mcm tak boleh nak ngam.. diorg pulak adik beradik perempuan ramai, bila dah berkumpul mcm jdi geng.. sy takde kakak, tkde adik perempuan.. mestilah lain rasanya tetiba ada adik beradik perempuan pulak.. sbbtu tak byk ckp kot, sbb ade abg je.. masa kecik abg dah masuk hostel, sy tggl lah sorg kt rumah takde sape yg boleh dibuat kwn selain mak ayah.. sy taknak lah perasaan sy ni boleh buat sy tak suka atau benci family mertua sbb cara kami berbeza.. contohnya, klau dlm family sy, klau cuti sekolah ke kitorg plan nk jln sama.. ajaklah abg, sy, mak ayah kan.. tpi family mertua klau nak berjalan, diorg ajak yg perempuan je.. lepastu bila kena hntr adik ipar yg bongsu balik hostel, barulah mintak suami sy yg hntrkan guna kereta sy.. mcm masa seronok lupa, dah turn nak balik semua bru ingat.. ha mcm tu..