18 Các câu trả lời
Hi mommy, bulan puasa dh nak dekat kan? Mesti ramai yg tertanya2. Bolehkah ibu hamil berpuasa atau puasa ganti? Mommy boleh refer penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g. Semoga bermanfaat utk semua mommy ya❤️. Bulan Ramadan dah nak dekat. Ramai ibu hamil yang datang ke klinik saya tanya, “Doktor Imelda, saya boleh berpuasa ke tidak?” Saya jawab boleh tetapi kena ada 6 syarat-syarat ini: 1) Jangan tinggal sahur. Bukak puasa on time. Kajian perubatan luar negara telah menunjukkan bila tempoh puasa itu berpanjangan, sebagai contoh pada musim panas di negara berdekatan dengan kutub utara di mana waktu siang sangat panjang dan waktu malam sangat pendek, mereka mula lihat masalah pembesaran janin di dalam kandungan. 2) Bila buka puasa, pastikan anda minum secukupnya 8 gelas air di antara buka puasa dan sahur. Jangan benarkan badan ibu hamil mendapat dehydration. Sebagai contoh: 2 gelas bila berbuka puasa 1 gelas selepas solat maghrib 1 gelas selepas solat Isyak 1 gelas selepas solat Terawikh 1 gelas sebelum tidur 1 gelas bila bangun pagi 1 gelas sebelum tamat Sahur 3) Bila berpuasa, berikan perhatian kepada kemampuan diri sendiri, dan jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Wanita yang hamil, walaupun tak makan, akan terus menyalurkan khasiat dan tenaga kepada janin di dalam kandungan dari darah ibu hamil melalui uri placenta. Maka semasa berpuasa, kandungan glukosa di dalam darah ibu yang hamil akan jatuh lebih rendah dari kandungan glukosa di dalam darah wanita yang tidak hamil. Maka, jika ibu hamil berpuasa rasa loya, hendak pitam, muntah, terlalu letih, maka tak payahlah teruskan berpuasa, boleh buka puasa. Berpuasa pada bulan Ramadan untuk ibu hamil itu wajib kecuali jika ibu hamil bimbang tentang kesihatan dirinya sendiri atau bimbang tentang kesihatan janin di dalam kandungan. Dibolehkan buka puasa, tetapi kena ganti balik puasa pada hari lain. Ada ulama kata kena bayar fidyah, ada ulama kata tak perlu bayar fidyah bergantung kepada buka puasa sebab bimbangkan kesihatan ibu atau buka puasa sebab bimbangkan kesihatan anak. Kebanyakan ibu bimbang kesihatan kedua-dua sekali sebab kesihatan janin di dalam kandungan bergantung kepada kesihatan ibu. Kalau tak pasti, tanya ulama, atau buat kedua-dua fidyah dan ganti puasa. Yang tu saya tak bincang di sini, saya hanya bagi nasihat perubatan. 4) Jika anda berada dalam trimester ketiga, iaitu 28 minggu ke atas, jangan lupa memberi perhatian kepada pergerakan janin di dalam kandungan bila berpuasa. Jika ada perubahan yang membimbangkan dari segi pergerakan janin di dalam kandungan atau reduced fetal movements, maka bukalah puasa. Jika pergerakan janin masih juga tidak aktif selepas buka puasa, sila pergi ke hospital. 5) Jika anda ibu yang ada GDM on diet control yang tak perlu rawatan insulin, cabarannya ialah memastikan bahawa bacaan glucose BSP anda 2 jam selepas sahur dan 2 jam selepas berbuka puasa tidak melebihi 6.7. Kita tak perlu check bacaan pada waktu siang bila berpuasa untuk ibu yang tidak perlu rawatan insulin tetapi kita bimbang adakah anda boleh kawal nafsu nak makan berbagai makanan manis bila berbuka puasa dan adakah anda boleh kawal nafsu makan berlebihan. Anda mesti check sendiri Self-Monitoring of Blood Glucose dan jangan abaikan. Jika tak boleh kawal nafsu makan terlalu banyak masa berbuka puasa sehingga bacaan gula naik tinggi mendadak sampai memerlukan rawatan suntikan insulin, maka lebih baik tidak berpuasa. Kenaikan gula dalam darah yang tiba-tiba tinggi selepas berbuka puasa boleh memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan. Lebih baik tidak berpuasa jika anda lebih berjaya kawal pemakanan yang tidak berlebihan sekaligus dan kawal glukosa di dalam darah dari berpuasa tetapi tidak boleh mengawal makan bila berbuka puasa. Ibu hamil yang ada GDM mesti berdisiplin dengan pemakanan sihat dan seimbang dan tidak berlebihan semasa berbuka puasa dan mesti memastikan bacaan glukos SMBG 2 jam selepas makan tidak melebihi 6.7. 6) Paling penting sekali, anda sudah tanya doktor anda sendiri jika anda patut berpuasa. Saya sudah pun memeriksa dan menilai kesihatan ibu dan kesihatan janin di dalam kandungan dulu sebelum saya beri nasihat 1-5 diatas untuk pesakit saya. Maka semua ibu lain mesti dapatkan penilaian kesihatan dari doktor anda dulu dan jangan bertanya anda boleh puasa ke tidak dari saya di media sosial atau dari doktor yang tidak pernah melihat anda. Siapakah ibu-ibu hamil yang saya bagi nasihat JANGAN berpuasa? A) Diabetes yang tidak terkawal dan memerlukan rawatan insulin B)Ibu-ibu yang ada Risiko Tinggi untuk mendapat masalah darah beku dalam saluran darah (venous thromboembolism). Sebagai contoh morbid Obesiti. C) Ibu hamil yang pernah dapat venous thromboembolism, perlukan suntikan ubat mencairkan darah setiap hari semasa hamil. D) Ibu hamil yang ada ovarian hyperstimulation syndrome E) Ibu hamil yang ada pre-eclampsia F) Ibu hamil yang ada penyakit buah pinggang dan proteinuria, G) Ibu hamil yang lumpuh tidak boleh berjalan yang ada lebih Risiko masalah pengaliran darah. Ini ialah kerana darah yang pekat akibat dehydrasi boleh meningkatkan risiko venous thromboembolism kepada ibu-ibu hamil ini. H) Ibu hamil yang muntah-muntah I) Ibu hamil yang ada pendarahan J) Ibu hamil yang demam K) Ibu hamil yang ada masalah pembesaran janin di dalam kandungan atau ‘fetal growth restriction’ L) Ibu hamil yang ada kehamilan kembar dua, tiga atau lebih. Semoga ilmu ini bermanfaat. Jangan tanya saya di media sosial meminta pendapat peribadi untuk anda boleh berpuasa atau tidak, sebab saya tak pernah memeriksa anda dan tak pernah menilai kesihatan janin anda di dalam kandungan. Jumpalah doktor anda dan tanyalah doktor anda. #ApaApaPunJumpaDoktorNaaaaa Terimakasih, Dr Imelda Balchin.
part 2: Semalam saya bagi nasihat kepada patients saya berbuka puasa sebab mereka ada masalah kehamilan dan saya nasihatkan mereka berbuka puasa untuk kesihatan diri sendiri dan kesihatan bayi di dalam kandungan, walaupun mereka kata mereka masih ada daya kekuatan untuk terus berpuasa. Tetapi ada beberapa netizen buat komen memberi pendapat sendiri. Saya mohon anda semua JANGAN memberi pendapat diri sendiri di laman saya tanpa merujuk kepada Fatwa, dan saya terpaksa delete anda yang membuat komen yang memberi nasihat yang tidak betul. Wanita hamil pun WAJIB berpuasa tetapi diharuskan membuka puasa jika bimbang kesihatan diri sendiri dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan. Jika berbuka puasa sebab bimbang tentang kesihatan anaknya sahaja maka diharuskan buka puasa tetapi Wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan dan kena bayar fidyah. Siapa yang memandai-mandai kata semua wanita hamil tak payah puasa , saya delete komen anda. Bacalah balik keterangan mufti. Wajib berpuasa kecuali jika bimbang tentang kesihatan diri sendiri atau kesihatan anak. Saya tak pernah pun memberi nasihat yang am kata semua wanita hamil tak payah berpuasa. Untuk semua patients ibu hamil saya, saya akan membuat pemeriksaan dan penilaian kesihatan INDIVIDU sebelum saya beri nasihat boleh berpuasa atau tidak. Ada ibu hamil patients saya yang boleh berpuasa dan ada ibu hamil patients saya yang saya nasihatkan jangan berpuasa. Siapa yang memandai-mandai kata tak payah menggantikan puasa, boleh memilih-milih nak bayar fidyah saja, maka saya juga delete komen anda. Rujuklah kepada mufti, jangan beri pendapat sendiri. Jika Fatwa setiap negeri berlainan, anda ikutlah negeri masing-masing tetapi janganlah jadi makcik bawang yang suka buat palatau memberi pendapat sendiri di laman saya. Saya sertakan rujukan mufti Wilayah Persekutuan di sini. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1868-al-kafi-434-hukum-perempuan-hamil-berpuasa Untuk ilmu pengetahuan anda semua, wanita hamil yang ada GDM on diet atau ubat metformin yang tidak boleh mengawal bacaan gula di dalam darah selepas berbuka puasa, apa akan jadi bila berbuka puasa ialah bacaan gula yang mencanak naik terlalu tinggi dan ini membahayakan kesihatan anak di dalam kandungan walaupun anda rasa anda tiada masalah berpuasa dan diri anda rasa OK. Kalau boleh control bacaan gula selepas berbuka puasa maka saya membenarkan patient saya berpuasa. Kalau bacaan gula di dalam darah naik terlalu tinggi, saya nasihatkan jangan berpuasa, ganti puasa pada hari yang lain DAN bayar fidyah. Untuk patients saya yang terpaksa ambil ubat insulin, saya bukan hanya bimbang bila buka puasa gula mereka juga naik terlalu tinggi dan perlukan dos insulin yang lebih tinggi supaya tidak memudaratkan anak di dalam kandungan, saya juga bimbang ibu boleh dapat hypo bila berpuasa dengan suntikan insulin dan gula di dalam darah ibu menjadi terlalu rendah yang boleh membahayakan ibu. Bacaan gula di dalam darah mereka boleh naik-turun-naik-turun macam YOYO dan ini boleh memudaratkan kehamilan. Ini semua perlukan perbincangan dengan doktor anda sendiri jika anda boleh berpuasa. Jangan tanya saya sebab saya bukan doktor anda. Pi jumpa doktor anda sendiri untuk penilaian kesihatan anda dan anak di dalam kandungan. Jika anda nak baca ulasan saya tentang berpuasa semasa hamil, boleh baca di sini: https://www.facebook.com/679746658/posts/10154619862696659/?d=n Kalau hangpa takmau ikut nasihat untuk diri sendiri itu atas diri masing-masing, tetapi jangan beri nasihat yang salah kepada orang lain di laman saya. Apa yang anda nak ikut untuk diri sendiri, itu terpulang kepada anda, tetapi jangan beri nasihat yang tidak betul di laman saya. Saya pantang penyebaran auta di laman saya. Bila followers dah 586K, jadi saya ada tanggungjawab membetulkan apa yang tidak betul atau saya terpaksa tutup public komen. Kadang-kadang saya terpaksa tutup public komen dan membenarkan hanya sahabat FB awesome memberi komen. Platform saya tidak boleh dipergunakan untuk penyebaran mitos, auta atau khurafat. Gunakanlah media sosial dengan tanggungjawab, untuk kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Jangan gunakan media sosial untuk memudaratkan orang lain. Terimakasih. Dr Imelda Balchin
sama2 awak☺️
Waalaikumussalam wbt.. kena byk membaca bab hukum puasa masa mengandung lg sis.. tp apa yg sy tahu dan pernah dgr ceramah, kita kena cuba puasa dulu.. kalau x daya dan boleh membahayakan kandungan dalam rahim, wajib berbuka puasa.. tp apa pun kena cuba dulu puasa..
utk awal2 bulan ni boleh sis..tp mengikut keadaan sis...klw sis larat..oke x de mslah..boleh je sis....masok 4 bulan ke atas...susah dh nk puasa...baby dh besar...kesian baby kelaparan...menangis dia dlm kandungan...mmg mom x rasa lapar tp baby lapar...
Baik tmakasih
Wanita hamil WAJIB puasa. Dibolehkan berbuka jika bimbang kesihatan diri dan kandungan. Bangun sahur dan cuba berpuasa. Bukannya mmg niat dari awal tak nak puasa, itu salah ye. Kecuali dah dinasihatkan oleh doktor utk tidak berpuasa.
Sebabnya saya bkerja. Jadi tktau badan tahan ke tak
islam itu mudah. cuba utk berpuasa dahulu puan. kalau ada tanda2 seperti nak pitam, muntah teruk, pening dan sebagai nya boleh berbuka. nnt boleh ganti dan bayar fidyah☺️
betol tu👍
ikut pada badan awak jugak sis.. Sye baru 3 bulan pun X berani nak puase.. sbb cepat lapar .. kalau X mkn mengigil dengan pedih perut.. walaupun sekrang mkn still keluar balik..
same la saye pun bekerja
puasa tahun lepas kandungan saya mcm puan jugak dlm 4-7week. saya bgun sahur mcm biasa tp bila pkl8pg da x tahan saya buka puasa sbb risau baby dlm perut.
Cuba puasa dulu sis. Kalau okay, teruskan puasa. Saya dulu cuba puasa then ada 1 hari tu spotting. Start dari hari spotting tu, saya stop puasa.
betul... cuba dulu utk puasa. sekiranya rasa lapar xboleh bendung, pening, sakit perut gastrik atau apa2 rasa kurg selesa buka shj
Baik
fatin nadyra