Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Menjadi suri rumah sepenuh masa kini menjadi ramai pilihan Ibu baru. Ini kerana mereka rasa susah untuk berpisah bersama anak dan lebih yakin menjaga anak sendiri dari hantar kepada pengasuh atau taska. Walaubagaimana pun, ini boleh menyebabkan ibu yang menjadi rumah merasa tertekan dan kurang keyakinan diri. Tahukah anda cara tingkatkan keyakinan diri? Adakah keyakinan diri ini penting untuk suri rumah? Bagaimana cara untuk kurangkan tekanan sebagai suri rumah sepenuh masa? Apakah faktor yang menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan dan hilang kayakinan diri? Di sini saya, Kristy Yong (BS (PSYCH)), M.Coun, Internationally Licensed Counsellor with Australian Counselling Association di Oasis Counselling Services ingin berkongsikan sedikit soalan dan jawapan dari sesi kita haritu. Semoga dapat membantu anda semua!

Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)
21 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

hi, anak saya 7bulan++ , dan makin ramai org sekeliling suruh kerja, padahal saya da plan dengan husband, da ada anak ,sendiri ygnak jaga, taknak hantar pengasuh/taska , mmg plan nak kerja ,tapi just nak kerja sendiri (berniaga) je. tapi org tak faham sbb konon dah belajar tinggi2x, tapi tak guna. emm, stress juga bab ni. asal jumpa org je, mesti cakap benda sama. 2. saya selalu fikir negatif, rasa ada je tak kena dgn diri sendiri. tambah bila org sekeliling suka nasihat itu ini, judge apa yg saya buat konon itu salah, padahal saya tengah belajar jadi ibu lagi. sampai saya sakit kepala n kena makan ubat fikir benda ni. 3. saya tinggal dgn family, bila anak menangis, meragam, jadi takut n auto stress, sbb diorang akan salahkan saya. bila diorg buat mcm tuh , jadi tak bole nak handle situation. 4. boleh tak bagi tips mcm mana jadi org yg positif, ignore org sekeliling cakap & boleh kawal diri dari kurang sabar, marah even hal kecil?, terima kasih doktor.

Đọc thêm
12mo trước

Hi Saya benar sedih mendengar bahawa anda akan melalui ini sebagai ibu kali pertama dan menyebabkan anda berasa begitu tertekan dengan situasi yang anda pilih. Bersikap positif adalah satu pilihan, orang sekeliling kita akan berkata dan memberi komen berdasarkan apa yang mereka tahu dan mereka amati. Untuk berasa positif anda perlu keluar dari persekitaran negatif yang membuat anda mempersoalkan keputusan anda yang telah anda putuskan bersama suami anda. Saya rasa anda memerlukan kumpulan sokongan ibu yang baik dan lebih baik jikalau mereka juga mempunyai keputusan yang sama seperti anda. Also, saya percaya sesi kaunseling untuk membantu anda mengembangkan sempadan tentang perkara yang orang lain katakan tentang anda akan membantu anda menjadi lebih yakin dan gembira dengan keputusan yang telah anda dan suami anda buat. Saya harap ini dapat membantu anda.