Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Menjadi suri rumah sepenuh masa kini menjadi ramai pilihan Ibu baru. Ini kerana mereka rasa susah untuk berpisah bersama anak dan lebih yakin menjaga anak sendiri dari hantar kepada pengasuh atau taska. Walaubagaimana pun, ini boleh menyebabkan ibu yang menjadi rumah merasa tertekan dan kurang keyakinan diri. Tahukah anda cara tingkatkan keyakinan diri? Adakah keyakinan diri ini penting untuk suri rumah? Bagaimana cara untuk kurangkan tekanan sebagai suri rumah sepenuh masa? Apakah faktor yang menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan dan hilang kayakinan diri? Di sini saya, Kristy Yong (BS (PSYCH)), M.Coun, Internationally Licensed Counsellor with Australian Counselling Association di Oasis Counselling Services ingin berkongsikan sedikit soalan dan jawapan dari sesi kita haritu. Semoga dapat membantu anda semua!

Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)
21 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya baru setahun menjadi suri rumah sepenuh masa. Setakat ni saya saya lebih tenang menjadi suri rumah walaupun ada cabarannya tersendiri. Cuma, bila saya berjumpa orang, ramai tak tahu saya dah berhenti kerja. Dan sebahagian mereka ada yg kata sayangnya berhenti kerja. Sedangkan mereka tak tahu kenapa saya berhenti kerja. Ada orang yg saya terangkan kenapa dan ada orang yg saya tak beritahu kenapa saya berhenti kerja. Saya sudah tak alami sakit tengkuk stress setelah berhenti kerja. Dah tak rasa penat. Kerjaya saya sebelum ini kena cekal dan menghadap beberapa pihak luar. Semasa dlm kerjaya, 9 tahun yg lalu, selepas 4 bulan kematian ayah saya, saya alami kemurungan. Dan saya telah menjalani sesi kaunseling berkala sehingga kaunselor discaj saya bila saya dah boleh terima cabaran / sesuatu yg kehidupan dgn baik. Saya yg dulunya extrovert telah menjadi introvert dengan memilih circle yg saya selesa. Sehingga kini saya masih mengelak beberapa kawan dan saudara mara daripada berjumpa kerana saya rasa tak selesa. Adakah ini petanda saya kurang yakin dgn diri sendiri dan bagaimana saya mahu mengatasinya?

Đọc thêm
12mo trước

Hi, Terutamanya saya ingin memuji anda kerana mengambil keberanian untuk mendapatkan bantuan yang sesuai untuk diri sendiri apabila anda tahu anda mengalami kemurungan. Pada pendapat saya, apabila anda bersedih atas kematian ayah anda, banyak perkara telah berubah dalam diri anda. Example, persepsi anda, nilai anda berubah selepas detik penting berlaku dalam hidup anda. Seperti yang anda katakan, selepas discaj kaunseling anda memilih kumpulan rakan yang anda lebih selesa. Saya rasa anda juga memilih siapa yang anda lebih selesa untuk membuka diri dan itulah normal kita tidak akan membukakan hati kita kepada sesiapa sahaja. Oleh itu saya tidak rasa ia adalah kekurangan keyakinan. Saya rasa anda hanya perlu kembali ke sesi kaunseling anda untuk mengetahui apakah punca yang menyebabkan anda tidak selesa berjumpa dengan saudara mara dan kawan anda. Ia mungkin trauma atau mungkin persepsi mereka yang anda ingin menjauhi diri tetapi kaunselor anda akan dapat mengenal pasti perkara ini denga