Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Menjadi suri rumah sepenuh masa kini menjadi ramai pilihan Ibu baru. Ini kerana mereka rasa susah untuk berpisah bersama anak dan lebih yakin menjaga anak sendiri dari hantar kepada pengasuh atau taska. Walaubagaimana pun, ini boleh menyebabkan ibu yang menjadi rumah merasa tertekan dan kurang keyakinan diri. Tahukah anda cara tingkatkan keyakinan diri? Adakah keyakinan diri ini penting untuk suri rumah? Bagaimana cara untuk kurangkan tekanan sebagai suri rumah sepenuh masa? Apakah faktor yang menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan dan hilang kayakinan diri? Di sini saya, Kristy Yong (BS (PSYCH)), M.Coun, Internationally Licensed Counsellor with Australian Counselling Association di Oasis Counselling Services ingin berkongsikan sedikit soalan dan jawapan dari sesi kita haritu. Semoga dapat membantu anda semua!

Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)
21 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Hai puan Kristy, saya seorang suri rumah,mempunyai 3 orang anak berumur 7 tahun, 3 tahun & 2 tahun. bagaimana cara untuk saya 'release' tension & burnt out yang saya hadapi?

Đọc thêm
12mo trước

Hi @Farhana Pada pendapat saya, pelepasan tension dan burnt out boleh dikendalikan dengan menjalankan aktiviti penjagaan diri tetapi dalam pendapat saya apa yang lebih penting ialah anda perlu mengenal pasti punca burnt out atau tension. Sebabnya anda boleh merawat burn out dan tension tetapi jika punca tension dan burn out masih berterusan tidak kira bagaimana anda merawat tension atau burn out, lambat laun anda akan tetap mengalami tension dan burn out semula. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk mengenal pasti punca burnt out dan tension. Jikalau puan ada kawalan untuk mengawal punca tension dan burnt out, apakah yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya? Harap ini membantu anda =)