Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Menjadi suri rumah sepenuh masa kini menjadi ramai pilihan Ibu baru. Ini kerana mereka rasa susah untuk berpisah bersama anak dan lebih yakin menjaga anak sendiri dari hantar kepada pengasuh atau taska. Walaubagaimana pun, ini boleh menyebabkan ibu yang menjadi rumah merasa tertekan dan kurang keyakinan diri. Tahukah anda cara tingkatkan keyakinan diri? Adakah keyakinan diri ini penting untuk suri rumah? Bagaimana cara untuk kurangkan tekanan sebagai suri rumah sepenuh masa? Apakah faktor yang menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan dan hilang kayakinan diri? Di sini saya, Kristy Yong (BS (PSYCH)), M.Coun, Internationally Licensed Counsellor with Australian Counselling Association di Oasis Counselling Services ingin berkongsikan sedikit soalan dan jawapan dari sesi kita haritu. Semoga dapat membantu anda semua!

Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)
21 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hi Puan Kristy Yong, soalan saya, bagaimana seseorang ibu itu nak mendapatkan permikiran yang positif atau mindset ketika kekurangan keyakinan diri terutama suri rumah yang berkerja keras menguruskan hal rumah dan keluarga. Apakah cara untuk stay positive mindset dari terganggu dengan permikiran yang negatif dan akan effect kepada diri sendiri. terima kasih

Đọc thêm
12mo trước

Hi @Hanim Jefri positif dan negatif mempunyai banyak kaitan dengan minda anda dan cara anda mentafsir perkara di sekeliling anda. Pada pendapat saya, saya rasa anda memerlukan bantuan kaunseling untuk mencari punca pemikiran negatif dan dalam kaunseling anda akan dapat mencari cara untuk mengatasi pemikiran negatif itu. Saya harap ini membantu anda.