Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Menjadi suri rumah sepenuh masa kini menjadi ramai pilihan Ibu baru. Ini kerana mereka rasa susah untuk berpisah bersama anak dan lebih yakin menjaga anak sendiri dari hantar kepada pengasuh atau taska. Walaubagaimana pun, ini boleh menyebabkan ibu yang menjadi rumah merasa tertekan dan kurang keyakinan diri. Tahukah anda cara tingkatkan keyakinan diri? Adakah keyakinan diri ini penting untuk suri rumah? Bagaimana cara untuk kurangkan tekanan sebagai suri rumah sepenuh masa? Apakah faktor yang menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan dan hilang kayakinan diri? Di sini saya, Kristy Yong (BS (PSYCH)), M.Coun, Internationally Licensed Counsellor with Australian Counselling Association di Oasis Counselling Services ingin berkongsikan sedikit soalan dan jawapan dari sesi kita haritu. Semoga dapat membantu anda semua!

Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)
21 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Hi Puan Kristy, Bagaimana ingin mewujudkan suasana yang gembira setiap hari sebagai suri rumah tangga? Terima kasih.

Đọc thêm
12mo trước

Hai Puan Nora, ini soalan yang bagus. Suasana gembira tercipta apabila kita redha dan bahagia sendiri. Kita tidak boleh memberikan apa yang kita tidak ada dalam diri kita. Jadi, suasana gembira hanya boleh diwujudkan apabila anda menumpukan pada perkara yang berada dalam kawalan anda untuk membuat anda berasa gembira dan apabila anda berasa gembira, ia akan melimpah ke suasana yang anda berada kerana anda mempunyai limpahan. Jikalau kita gembira, kita akan share happiness, sebab itulah sangat penting untuk kita menjadi diri kita terlebih dahulu kalau tidak orang orang penting di sekitar kita akan merasai emosi yang kita membawa kepada suasana di rumah tangga. Harap jawapan ini membantu anda.