Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Ibu bapa baru pasti terkejut apabila bayi baru lahir mereka tiba-tiba muak, jeluak atau muntah selepas menyusu, walaupun sudah di sendawakan. Jangan risau, ini perkara yang biasa dilalui cuma janganlah kita mengambil mudah pula kerana muntah yang berlebihan boleh menyebabkan masalah lain juga. Tahukah anda cara menjaga bayi yang kerap muntah bagaimana? Anda pernah dengar tak tentang gastroesophageal reflux (GER)? Kenapa bayi muntah susu? Apakah punya yang menyebabkan ini berlaku? Berapa lamakah ia akan berterusan? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang cara untuk menjaga bayi yang mempunyai refluks atau gastroesophageal reflux (GER) bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician dan Neonatologist di Pantai Hospital Ayer Keroh pada 18 Mei 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, di Pantai Hospital Ayer Keroh
24 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

bayi saya suka menyusu botol dalam buai.. puas saya pujuk bagi botol tanpa masuk buai, tapi waktu menyusu saya tidak mengayunkan buai tersebut. adakah ia selamat doctor? anak umur 1 thun, sy risau

2y trước

Memang ada risiko tersedak susu sekiranya minim susu dalam buai sebab anak dalam keadaan baring