21 Các câu trả lời

Salam Dr.. macam saya cek gula awal pregnant gula alhamdulillah memang ok.. 4.4.. tapi sy tak tau bila dah 4 bulan ni mungkin naik atau tak gula sy.. sebab sebelum pregnant disahkan pcos.. sy macam ensecure sikit berkaitan insulin sampaikan berat turun 1 kg sbb terlalu kawal manis..manis hanya minum susu je.. perlu ke sy ambil metformin sebab sebelum pregnant pon sy on metformin? Macamana ye Dr

Aamiin ya nikmal mujib🤲 terima kasih ye sudi jawab..😊

1) Adakah ibu hamil GDM on diet boleh perlu had kan pemakanan sampai 4 jam sekali atau 2 jam sekali bagi mengimbangkan kadar gula dlm darah? Sy GDM on diet..selalu lapar tapi sy terpaksa tahan sampai 4 jam sekali sebab nak pastikan insulin tak spike naik. Atau boleh shaja setiap 2 jam ambil apa2 makanan cuma kena pastikan 12 pertukaran dalam sehari tidak exceed?

Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Pengambilan karbohidrat mengikut pertukaran yang telah ditetapkan secara konsisten setiap kali waktu makan mampu mengawal gula darah. Digalakkan untuk menjarakkan waktu makan utama dan snek sekurang-kurangnya 2 jam dan tidak lebih 4 jam bagi menstabilkan gula darah dan ambil snek dengan kuantiti karbohidrat yang konsisten. Sebagai contoh, puan boleh makan 5-6 kali sehari (jika rasa lapar) dengan 2 pertukaran karbohidrat setiap kali makan. Pastikan waktu makan utama seimbang dengan sumber karbohidrat, protein dan sayur-sayuran. Jika waktu snek, ambil snek sihat seperti 2 keping roti bersama susu rendah lemak. Untuk pelan pemakanan lebih terperinci, rujuk pakar pemakanan di hospital atau klinik kesihatan. Semoga bermanfaat🙂

Saya sangkut GDM last week. 8.2 bacaan lepas 2 jam. Masa awal awal tahu tu saya sangat down. Start semalam sy dah start GDM on diet. Soalan sy, adakan probability gdm akan hilang sebelum bersalin? Saya perlu repeat minum air gula ke selepas ni?

Terima kasih 💕💕💕💕

TapFluencer

Assalamualaikum Puan Nunu. Adakah GDM ada kaitan dgn rintangan insulin? Adakah kedua-duanya kena amalkan diet no sugar less carbohydrates? 2. Adakah dengan kerap bersenam boleh mengawal GDM semasa hamil ?

Terima kasih puan

saya GDM on diet.. tiap kali BSP, utk ambil bacaan 2/4jam selepas main meals tu, antara waktu tu xleh makan atau minom ke? pastu.. adakah GDM ini akan kekal selepas bersalin? terima kasih

Assalamualaikum puan. Terima kasih kerana bertanya. Digalakkan untuk menjarakkan waktu makan utama dengan snek dalam tempoh 2 jam dan boleh minum air tanpa gula. Pastikan pengambilan porsi karbohidrat terkawal setiap kali waktu makan dan boleh bertanya pada dietitian atau pegawai pemakanan di KK untuk pelan pemakanan lebih terperinci. Jika dikawal dengan baik, GDM akan beransur pulih selepas bersalin. Namun, digalakkan tetap menjaga pemakanan selepas bersalin kerana risiko untuk mendapat diabetes adalah tinggi pada individu yang mempunyai sejarah GDM.

Salam doktor. Maaf saya nak tanya. Saya dah masuk 2nd trimester. Boleh minum air kelapa tak? Sebab masa 1st trimester mertua saya tak bagi minum.

Waalaikumussalam Puan. Terima kasih kerana bertanya soalan🙂 Setakat ini, tiada kajian saintifik yang mengatakan air kelapa membahayakan kesihatan. Maka, ia boleh diambil sepanjang kehamilan. Jika ada GDM, kekerapan pengambilan perlu dipantau kerana air kelapa mengandungi karbohidrat yang mampu menaikkan gula darah. Semoga bermanfaat🙂

seawal bila GDM ini dikesan? adakah pada usia awal kehamilan? Bagaimana penjagaan makanan pada usia awal kehamilan untuk elakkan GDM?

Assalamualaikum Puan Azy. Terima kasih kerana mengajukan soalan. GDM selalunya dikesan sewaktu minggu ke 24 - 28 kehamilan. Jika individu berisiko tinggi seperti berat badan berlebihan, ada GDM pada kehamilan lalu, sejarah bayi melebih 4 kilogram atau ada masalah lain semasa kehamilan (tekanan darah tinggi) mungkin pihak hospital/klinik akan melakukan pemeriksaan lebih awal iaitu semasa lawatan pertama. Doktor akan menjalankan ujian darah Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) atau 'minum air gula' ke atas puan untuk mengesan GDM. Penjagaan pemakanan pada usia awal kehamilan bagi mengelakkan masalah GDM termasuklah: - Lengkapkan pengambilan nutrisi seharian dengan hidangan seimbang mengikut pinggan sihat SUKU-SUKU SEPARUH. - Makan dalam kuantiti sikit tetapi kerap bagi mengelakkan pengambilan porsi bersaiz besar setiap kali waktu makan. - Kurangkan pengambilan makanan atau minuman bergula semasa lapar. - Gantikan dengan snek lebih sihat seperti buah-buahan segar bersama susu b

assalamualaikum dr..nak tanya,saya ni bf kepada ank 1tahun 3 bulan..la ni preggy 2month...bileh ke saya teruskan bf kepada ank saya?

"Waalaikumussalam Puan. Tiada masalah untuk teruskan bf kepada anak puan. Cuma, jika puan mengalami tanda-tanda seperti keletihan, kelesuan, susu badan mula berkurangan, dinasihatkan puan untuk cuba 'wean off' atau kurangkan kekerapan penyusuan memandangkan anak puan juga dah boleh makan daripada sumber makanan sebenar🙂 Boleh juga berbincang mengenai topik ini dengan pakar perubatan atau pakar pemakanan di klinik kesihatan untuk jawapan lebih terperinci. Semoga bermanfaat🙂

VIP Member

nak tanya dktor klu baby berat 1.7 mcm tu normal ke dktor 34mnggu dah.. ada tak tips nak naikkan lgi berat bby dlm kandungan sya

Terima kasih puan kerana bertanya soalan🙂 Saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat untuk soalan ini kerana saya bukan doktor perubatan. Harap puan boleh berbincang dengan pakar perubatan mengenai berat badan bayi puan dengan lebih lanjut. Walau bagaimanapun, puan dinasihatkan untuk mengikut keperluan nutrisi yang dicadangkan kerana janin membesar melalui pengambilan nutrisi ibu🙂 Semoga bermanfaat🙂

Assalamualaikum DR. nak tanya kalau GDM on diet biasa ye tarikh untuk bersalin ikut EDD atau akan dipaksa untuk bersalin ?

Waalaikumussalam. Terima kasih puan kerana bertanya. Maaf, saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat pada jawapan ini kerana ia perlu pengesahan dan pemantauan daripada pakar perubatan. Jika tiada komplikasi dan gula darah terkawal, kemungkinan puan tiada masalah untuk ikut EDD. Harap puan boleh mengikut nasihat pakar perubatan di hospital dan klinik🙂

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan