9 Các câu trả lời

TapFluencer

Hi DR S 1) Bolehkah ibu yg breastfeeding mengambil jamu herba contoh seperti jus campuran dengan herba manjakani semasa bayi dalam keadaan jaundice? S2) Ada tak cara kaedah yang efektif untuk beri susu kambing kepada bayi yang fully breastfeed? S3) Dr boleh bagi suggestions tak produk susu kambing yang terbaik untuk diberikan? Adakah yang semata hanya boleh susu kambing saja ke atau susu kambing pra campuran atau kedua2nya boleh? kena consume berapa Kali sehari untuk bayi yg kena jaundice? S4) Jika bayi tak sesuai dengan susu kambing, apakah ada cara atau kaedah lain yang boleh diambil untuk kurangkan jaundice? sekian itu sahaja. Terima Kasih

1. ibu yang sedabg breastfeeding digalakkan utk memantau diet pemakanan/ pengambilan ubat traditional kerana sesetengah kajian mendapati ubat traditional boleh menyebabkan baby dapat jaundice. 2. baby yang exclusively breastfeeding tidak memerlukan susu tambahan. ibu hanya perlu feeding on demand. 3. baby berumur bawah 1 tahun tidak digalakkan utk mengambil susu kambing sebagai gantian. 4. jaundice bayi boleh dikurangkan dengan effektif menerusi phototherapy ( jikalau paras bilirubin terlalu tinngi) atau menerusi feeding regular setiap 2 hingga 3 jam untuk memastikan bayi ada kencing / berak 4 hingga 5 kali setiap hari.

VIP Member

Hello doktor S1. Benarkah susu kambing lebih efektif berbanding susu lembu yang diminum oleh ibu untuk menurunkan kadar bacaan jaundice baby? S2. Adakah benar dari sudut perubatan ibu atau bapa yang mempunyai status darah O, bayi mereka lebih berisiko untuk mendapatkan jaundice S3. Kenapa jaundice ni terjadi? Apakah solusi yang boleh di lakukan oleh ibu yang mengandung untuk mengelakkan berlakunya jaundice kepada baby yang bakal dilahirkan nanti. Terima kasih doktor atas penjelasan dan pencerahan

1. susu kambing atau susu lembu tidak membantu dalam penurunan paras bilirubin. 2. ibu yang kumpuolan darah O dengan bayi yang kempulan darah A ada risiko yang lebijh tinggi untuk mendapat jaundice teruk. 3. jaudice terjadi secara physiological kerana sel sel darah merah bayi yang dilahir akan mati dan ditukar menjadi bilirubin dan seterusnya dikeluarkan dari badan menerusi kencing/ berak. oleh kerana ini, masalah jaundice adalah lebih kepada masalah badan bayi dan tidak banyak kena mengena dengan isu ibu yang mengandung.

Hi doc, previously my baby was diagnosed with prolong jaundice, about 2 month++. We had to refer her to paeds, do full check up twice, result are all normal and we come into conclusion that this might be breastfeeding jaundice. (My blood is A+, didnt consume any jamu/herba/blackpepper/ginger at all). My question is, what are the factors that might contribute to this, and how can i avoid this from happen again for next pregnancy. Thank you!^^

breastmilk caused prolonged jaundice is not harmful. it just need a longer period for baby's liver to clear up the bilirubin. hence mummy you no need to worry and please do continue breast feeding .

TapFluencer

Adakah semua bayi yg dilahirkan ada jaundice? Jika ya, dlm pengetahuan saya, ibu bapa perlu kawal bacaan kadar jaundice tu dgn pantauan doktor. 2. Adakah baby perlu aktif untuk kurangkan bacaan jaundice? (maksudnya, newborn memang banyak tidur. Jadi, perlukah kira aktifkan dia dengan penyusuan, bermain dengannya, dan bawa dia keluar?

jaundice berlaku agak agak 60% dalam semua kalahiran baru. ini adalah phenomena normal. jikalau baby ada jaudice, ibu bapa dinasihatkan supay membawa baby utk dr check kerana jikalau jaundice itu teruk, maka pemeriksaan darah- bilirubin level harus dibuat den dipantau seterusnya. tahap aktiviti baby tidak membantu dalam mengurangkan jaundice baby, malah baby yang ada jaundice tinggi memerlukan phototherapy.

VIP Member

Hi Dr. Bayi yang menghidap jaundice disaran untuk kerap menyusu supaya bacaan bilirubin dapat menurun dengan cara pembuangan najis & air kencing bayi. soalan saya : bagaimanakah logik bacaan bilirubin bayi yang 'dirawat' dengan kaedah tradisional dapat diturunkan? contoh: dimandikan dengan bancuhan air sirap,dimandikan dengan bancuhan herba dan sebagainya.

cara traditional yang disebutkan tidak dapat menurun paras bilirubin dengan berkesan. jikalau bayi didapati ada jaundice, saya masih menasihatkan ibi bapa membawa bayi untuk check paras bilirubin dan doktor akan memutuskan kaedah rawatan seterusnya.

TapFluencer

Hai Dr, Apa penyebab bayi mengalami jaundice dalam jangka masa yang lama? Pengalaman anak saya kena sehingga 25 hari dan hampir doktor ingin ambil air tulang belakang anak untuk pemeriksaan selanjutnya. Jika susu ibu penyebab jaundice apakah alternatif untuk menyembuhkan anak? Terima kasih.

sebab- sebab prolonged jaundice adalah seperti hati/ pundi hempedu bayi ada masalah, jangkitan kencing kotor atau pun paras thyroid hormone rendah. penyakit genetik juga boleh menyebabkan prolonged jaundice tatapi rare. susu ibu boleh menyebabkan prolonged jaundice tetapi keadaan ini tidak merbahayakan kesihatan bayi. ibu ttidak perlu berhenti susu ibu semata mata untuk merawat prolonged jaundice sebab ini. paras bilirubin akan turun gradually.

TapFluencer

Hi Dr Tay Chee Pin, 1. Bolehkah jaundice pulih tanpa rawatan? 2. Bagaimana nak elakkan bayi terkena jaundice? 3. bolehkah kita prepare semasa mengandung lagi? 4. Betul ke susu kambing boleh turunkan bacaan jaundice? Thank you Doctor

1. jaundice yang ringan boleh pulih sendiri. 2.jaundice tidak dapat dielakkan kerana ia berlaku secara physiological. 3. masalah jaundice bayi tidak ada kaitan dengan ibu mengandung. 4. susu kambing tidak dapat menurunkan paras bilirubin dengan berkesan.

hi doctor, betul ke tak elok bagi newborn minum susu kambing? saya dengar orang kata sebab ia punca sembelit, badan anak naik ruam dan lain2

susu kambing tidak digalakkan untuk bayi berumur 1 tahun ke bawah. susu kambing yang "fresh" yang tidak diproses dengan betul mungkin membawa jangkitan kuman kepada bayi.

pl xm mnmmnnnnnnnnnmmtoyyyyuiiiiihjh

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan