Dr, bayi saya baru usia 16 hari. Kadang kadang dia muntah susu selepas disusukan dan makin kerap menyusu sehingga mencecah 4oz sekali. Adakah normal? Memandang bayi saya ada kuning, Doc KK suggest utk mix susu dgn susu formula. Saya dapati bibir anak saya jadi gelap selepas minim susu formula...Ada kah normal Dr?
Hi Dr. Saya dah sendawakan anak saya yang berusia 30 hari. Bila dia dah sendawa, tak lama tu dia muntahkan susu. Adakah itu susu lebihan atau macam mana? Dan satu lagi muntah susu yang mengeluarkan lendih susu. Thanks doc
Memang biasa untuk bayi muntah sedikit selepas susu. Saluran pemakanan bayi ada 'pintu' yang bertujuan untuk menghalang susu yang masuk ke dalam perut daripada 'naik ke atas' semula. 'Pintu' dalam sistem penghadaman bayi masih tidak matang dan mungkin tidak berfungsi dengan elok. Oleh kebab itu, susu lebih cenderung unduk 'naik atas'. Cara- cara untuk mengelakkan bayi muntah adalah berdasarkan konsep ini - memberi susu dalam upright position boleh mengurangkan kejadian susu 'naik atas' - sekiranya jumlah susu yang diberi terlalu banyak pada masa yang sama, risiko susu 'naik atas' lebih tinggi. Sebab itu, kita akan sarankan untuk memberi jumlah susu kurang tetapi lebih kerap Sekiranya bayi muntah dengan banvak dan berat bayi tidak meningkat, sila bawa bayi untuk pemeriksaan yang lebih lanjut dari doktor. Muntah bayi yang mengandungi lendir adalah normal. Tetapi sekiraya bayi kerap muntah dan setiap kali muntah bayi mengandungi banyak lendir, ini mungkin tanda yang bayi ada jangkitan
Hai Doktor, Saya ada membaca tentang ibubapa perlu bantu sendawakan bayi hingga dia pandai duduk. Anak saya berumur 8 bulan, sudah boleh duduk dgn sokongan. Dalam keadaan begitu, perlukah kami sendawakan dia?
Baik, terima kasih Doktor
hai doc,anak sy pramatang brumur 3 bulan sjak akhir ni lpas minum susu n dsendawa adakala akn muntah..perlu sy menukar susu..
Dr, Bagaimana cara untuk elak bayi muntah dan colic bila anak susah untuk sendawa selepas menyusu. Tq Dr
Bayi yang breastfeed mungkin akan lebih susah unduk sendawa. Sekiranya bayi susah sendawa, cuba posisi yang berlainan contohnya letak bayi pada bahu atau sendawakan bayi 'in sitting position. Sekiranya tak berjaya, mak boleh cuba mengurut perut bayi dan gerakkan kaki bayi macam 'riding a bike'. Mak juga boleh cuba peluk bayi sambil berjalan-jalan. Sekiranya masih tidak berjaya untuk sendawakan bayi dan bayi tidak kelihatan tidak selesa, jangan khuatir. Gas dalam perut bayi, kalau tidak dapat dikeluarkan melalaui sendawa, bayi akan keluarkan gas melalui kentut. Cara- cara untuk elakkan muntah: - memberi susu kepada bayi secara menegak (in upright position) - selepas minum, jangan terus baringkan bayi. letak bayi dalam posisi di mana kepala bayi lebih tinggi daripada perutnya - kurangkan jumlah susu tapi memberi susu dengan lebih kerap
👍
Livia Chow