19 Các câu trả lời
Kalau duit saya byk, and byr bil tak rasa semput lepas tu..Saya akan pilih hospital swasta yang besar. Sebab takut complication ke apa, so baik ambil hospital swasta yang established. Bukan yang kecik. Tapi tiada kemampuan nak sediakan 15k-20k incase emergency, saya masuk je la gov. Gov pun okay je, setakat 2-3 hari layankan je la. Tengok reputation hospital jugak kot. Saya dengar byk cerita tak elok tentang hospital ampang dengan kajang. Pengalaman saya hospital putrajaya, servis tiptop cuma suami tak boleh teman. Kakak saya hospital serdang pun servis okay. Adik saya bersalin andorra servis tersangatla okay.
Saya suka swasta, lebih cepat, selesa, teratur. Saya takut nak ke gov sebab nurse selalu garang 😂 Saya ni hati tisu tapi bila fikir balik ramai orang keliling kelam kabut last minutes kena call satusatu, cari hospital gov sebab ada masalah lain dan kena tolak pindah hosp sebab takde mesin/takde pakar/swasta taknak ambil risiko. Macam waswas pula. Kalau awak rasa suka swasta untuk keselesaan sendiri dan takde masalah okay je swasta. Tapi kalau rasa akan ada masalah lain, nak jimat duit lebih untuk buat benda lain, gov pun okay je. Ada kelebihan & kekurangan tersendiri.
Kalau kandungan jenis berisiko seeloknya pilih government shj. Umum tahu, kebanyakan pakar hanya ada di gov. Kalau ada emergency case pun, swasta akan tolak ibu ke gov hosp. Tetapi sekiranya mmg hajat nak ke swasta boleh shj, pilihan sendiri. Nakkan keselesaan dan layanan yg lebih, mstilah rasa seronok. Boleh pilih doc. dan sbgnya. 😊Jika ada duit lebih, mungkin saya pilih government juga. 😊
Saya belum bersalin lagi tpi pilih utk ke hosptl government.Awal2 suami da bgthu srh bersalin kat hsptl swasta,tpi sy tegas nak government sbb kat sana nnti klau bersalin bkn seorg doc tpi team work of doc..pakar pum semua ada klau apaw jdi..pengalaman saya jg bila kakak bersalin kat hsptl swasta tpi ada mslh,last2 goverment jg y pergi.ap2 pum ats pilihan masing2
Untuk saya, saya pilih swasta. Saya pernah merasa warded gov dan pengalaman yang saya dapat sangat la tak happy untuk di ingat semula. Dekat swasta nurse, dr semua layan elok. Lepas bersalin pun anak di jaga di nursery. Dapat lah rest lebih lepas bersalin. Tapi ikut la pilihan masing2. Duit pun kena keluar berganda2 kalau dekat swasta 😁
Pengalaman kawan saya, lepas bersalin (czer dan bius penuh) baby terus nurse bagi kat dia suruh susukan. Lepas dia sedar. Dengan husband tak boleh teman. Just boleh datang waktu melawat sahaja. Dengan susu tak keluar. Baby dia nanges nurse marah suruh senyapkan 😌 macam saya bersalin swasta, memang Alhamdulillah sangat dipermudahkan. Husband sentiasa ada teman dalam ward siang & malam. Baby pun duduk nursery. Nak tengok baby atau nak susukan minta je nanti nurse hantar. Bila nak sambung rehat, nurse akan ambil semula baby 😊
kalau mampu mmg teringin bersalin swasta. tp apakan daya,sy ni byk penyakit. mcm2 komplikasi nnti,dorang akn refer gov jgk. sy pernah bersalin hosp gov. setakat ni ok je. xde la pulak nurse mulut puaka. hosp shah alam,misi2 sume baik2. terutama wad bersalin. cuma kalau bukan warganegara tu,sy nmpk lynn berbeza. sekadar pendpt sy bersalin hosp gov
dari sebelum kahwin lagi mmg saya dah kumpul duit nak bersalin swasta 😂 bukan nak kata gov tak bagus. tapi preference saya sendiri sebab suka mudah dan cepat. kalau gov macam kawan saya suggest cari yg ada fpp. service pun ala ala swasta dan harga jauh lebih murah. tapi kena book awal tak silap
kalau saya pon mmg nk branak swasta .. tapi xboleh sebab pernah bedah otak .. swasta xnak ambil risiko .. swasta bilik selesa , suami boleh teman if normal , makanan sedap , misi dan dokter baik² nk buat prosuder apa pon akan buat dgn lembut dan berhemah .. kerajaan pon xkurang jgk .. cuma antara nasib baik atau x ja ..
pilih bersalin government biar pun tahu diri mampu .. tapi fikir masa akan datang daripada berhabis duit untuk swasta baik saya simpan duit tu untuk kepentingan anak .. misalnya buka buku bank untuk si baby ..
tgk keadaan u, kalau high risk pregnancy, precious baby, better ke govt sebab kalau u pilih swasta ada komplikasi dia tolak ke govt jgk. tapi sedia tadah telinga ye. nurse govt mulut puaka. kalau pregnancy tiada masalah dan ada duit lebih better go private. lebih ketenangan
Farrah Yahya