Pendarahan spotting semasa mengandung sah ke solat?

Salam mommies.. Nak tanya pandangan sikit, sah ke solat semasa pendarahan spotting pada awal kehamilan? “Menurut mazhab Syafi’ie jika seorang wanita yang sedang mengandung melihat darah keluar dari farajnya dan darah itu ada tanda-tanda haid (seperti warnanya hitam atau merah kehitaman sebagaiman warna darah haid dan tempoh keluarnya tidak kurang 24 jam) dan hari keluarnya menepati hari-hari kebiasaan haid (sebelum ia hamil), wajiblah ia berhenti dari mengerjakan solat kerana darah yang keluar itu dikira darah haid.” Disini saya share petikan artikel dlm blog. Ni adalah pengalaman pertama saya. Harap momies dapat membantu ?

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Permasalahan di atas berkait dengan masalah; apakah wanita yang mengandung ada kemungkinan didatangi haid atau tidak? Berlaku khilaf di kalangan ulamak; 1. Jumhur (kebanyakan) ulamak berpandangan; perempuan mengandung tidak boleh didatangi haid. Maka jika seorang wanita melihat darah keluar melalui farajnya semasa ia sedang mengandung, darah itu bukan darah haid, tetapi darah istihadhah. Oleh itu, ia hendaklah mengerjakan solat sebagaimana biasa. 2. Namun menurut mazhab Syafi’ie (dan juga Maliki); perempuan mengandungi boleh didatangi haid dengan syarat darah yang datang itu menepati hari-hari kebiasaan haidnya dan terdapat tanda darah haid padanya. Jika datangnya bukan pada hari-hari kebiasaan haid dan tidak nampak tanda-tanda darah haid padanya, maka ia bukan haid, akan tetapi darah istihadhah (atau fasad). Berdasarkan pandangan kedua ini, jika seorang wanita yang sedang mengandung melihat darah keluar dari farajnya dan darah itu ada tanda-tanda haid (seperti warnanya hitam atau merah kehitaman sebagaiman warna darah haid dan tempoh keluarnya tidak kurang 24 jam) dan hari keluarnya menepati hari-hari kebiasaan haid (sebelum ia hamil), wajiblah ia berhenti dari mengerjakan solat kerana darah yang keluar itu dikira darah haid. Kalau sis confirm pregnant, kena solat macam biasa. Gunakan pantyliner untuk elak terkena pada telekung, etc. Wallahu'alam.

Đọc thêm