Ibu boleh share tips?

Salam ibu2. Saya decide nak berpantang sendiri dengan husband untuk first born ni. Saya ada beberapa soalan. 1. Nanti baby dah lahir, dalam seminggu dua, dah boleh mandikan dia dengan sabun baby ke? Berapa kali mandikan dia dalam sehari? 2. Macam mana nak jaga tali pusat baby? Boleh ajarkan? 3. Untuk newborn ni, kalau takda kuning, kena kejutkan dorang juga ke 2-3 jam sekali? Atau tunggu dia nangis dulu? Bab cara menyusu inshaAllah saya dah faham sebab dah join kelas menyusu. 4. Nanti dekat hospital, yang paling basic kita boleh bawak dekat baby apa ya? Baju + pampers + wet tisu + minyak okay dah ke? Saya rasa setakat ni tu je soalan saya. Terima kasih ibu ibu yang baik disayangi Allah.

8 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Waalaikumsalam. Ni saya share based on experience saya berpantang anak first haritu: 1. Lepas baby dah boleh discharge hosp, mummy dah boleh mandikan baby macam biasa guna air suam + sabun baby. Ikutkan rutin, CL saya mandikan baby 2x sehari masa dia jaga saya dalam pantang. Awal pagi & petang 2. Untuk tali pusat, saya suggest mummy standby kan cotton ball (yang bulat) sebab kalau guna cotton bud takut kecil sangat untuk dab dab nanti. Lepas discharge selalunya hosp akan bagi antiseptic untuk sapu di sekeliling pusat baby. Mummy guna je antiseptic tu, dab dab kan di cotton ball dan sapu di keliling pusat baby setiap kali lepas mandikan baby sampai tali pusat tu tertanggal sendiri. Nanti dah tertanggal, boleh masukkan tali pusat dalam plastic ziplock dan bagi pada suami untuk tanam ya. 3. Bayi baru lahir walaupun takda kuning, mummy tetap perlu kejutkan 2-3 jam sekali untuk menyusu. Kalau ada kuning, tetap juga perlu susukan lebih kerap, untuk cepat hilangkan kuning. Kes saya, sebab susu badan di awal2 kelahiran baby masih sikit jadi saya banyakkan bagi susu formula. Alhamdulillah anak saya 10 hari dah boleh disharge KK untuk jaundice, maknya pun boleh lah tenang sikit sambung berpantang 4. Betul mummy, bawa barang basic baby (pakaian, baby oil, wet tissue dan juga pampers). Jangan lupa bawa bedung juga, saya sarankan mummy lebihkan wet tissue & pampers. Sebab kes saya, masa admit untuk bersalin saya cuma bawa 1 pack wet tissue & 8pcs pampers. Sekalinya wet tissue & pampers tak cukup sebab baby kena admit SCN untuk pantauan, bacaan kuning lebih 240. Semoga dipermudahkan urusan mummy & suami untuk bersalin dan berpantang nanti ya! 🥰😘

Đọc thêm