Ibu boleh share tips?
Salam ibu2. Saya decide nak berpantang sendiri dengan husband untuk first born ni. Saya ada beberapa soalan. 1. Nanti baby dah lahir, dalam seminggu dua, dah boleh mandikan dia dengan sabun baby ke? Berapa kali mandikan dia dalam sehari? 2. Macam mana nak jaga tali pusat baby? Boleh ajarkan? 3. Untuk newborn ni, kalau takda kuning, kena kejutkan dorang juga ke 2-3 jam sekali? Atau tunggu dia nangis dulu? Bab cara menyusu inshaAllah saya dah faham sebab dah join kelas menyusu. 4. Nanti dekat hospital, yang paling basic kita boleh bawak dekat baby apa ya? Baju + pampers + wet tisu + minyak okay dah ke? Saya rasa setakat ni tu je soalan saya. Terima kasih ibu ibu yang baik disayangi Allah.

Wassalam. 1. Lepas 2 minggu boleh dah kalau nak pakai sabun baby. Kalau tak pakai selama sebulan pun takpa. Sebab kulit baby masih nipis, kalau pakai sabun baby takut kulit cepat kering. Boleh pakai sabun baby waktu nak cuci berak dia. Tapi seminggu dua jangan pakai sabun baby dulu lebih baik. 2. Tali pusat baby tu boleh bersihkan keliling dia yang attached dengan pusat tu, guna cotton bud, basahkan dengan air suam. Buat pelan2 je, bersihkan setiap kali tukar diaper, atau setiap kali lepas mandi. Selain air, boleh juga guna alcohol swab lagi senang, just dab dab pelan je kat keliling tali pusat tu. Lepastu boleh pakaikan barut baby untuk cover tali pusat tu, lepastu boleh pakai diaper. Biasanya lepas seminggu, tali pusat tu akan jatuh sendiri, lepas tu, tak pakai barut pun tak apa. Boleh sapu minyak telon kat area perut, belakang badan & tapak kaki. 3. Untuk newborn, walaupun tak ada kuning, kena juga kerap menyusu setiap 2 jam sekali untuk tumbesaran baby. Tak perlu tunggu dia nangis, kalau tidur, boleh kejutkan untuk menyusu. Set alarm tiap 2 jam supaya tak terlajak lama. Kena jaga2 juga, walaupun baby lepas lahir kadang tak ada jaundice, tapi jaundice tu boleh naik balik lepas sehari. Jadi kena kerap je menyusu untuk elakkan jaundice. Andai baby nanti ada jaundice, kena menyusu setiap 1-2 jam, kalau ada susu badan, tak perlu mix feeding. Susu badan paling baik untuk baby jaundice. Teruskan direct feeding untuk galakkan susu badan. 4. Betul dah tu, bawa basic je, sebab kat hospital nanti pakai muslin hospital. Boleh bawa, - Baju - Mittens & Booties - Baby Muslin / Swaddle - Topi baby newborn - Diaper - Wet Tissue Nanti baby akan pakai baju yang kita bawa waktu nak balik, bila dah discharge. Biasanya kat hospital nanti akan dapat diaper, tapi boleh je bawa 1 pack newborn diaper untuk jaga2.
Đọc thêmWaalaikumsalam. Ni saya share based on experience saya berpantang anak first haritu: 1. Lepas baby dah boleh discharge hosp, mummy dah boleh mandikan baby macam biasa guna air suam + sabun baby. Ikutkan rutin, CL saya mandikan baby 2x sehari masa dia jaga saya dalam pantang. Awal pagi & petang 2. Untuk tali pusat, saya suggest mummy standby kan cotton ball (yang bulat) sebab kalau guna cotton bud takut kecil sangat untuk dab dab nanti. Lepas discharge selalunya hosp akan bagi antiseptic untuk sapu di sekeliling pusat baby. Mummy guna je antiseptic tu, dab dab kan di cotton ball dan sapu di keliling pusat baby setiap kali lepas mandikan baby sampai tali pusat tu tertanggal sendiri. Nanti dah tertanggal, boleh masukkan tali pusat dalam plastic ziplock dan bagi pada suami untuk tanam ya. 3. Bayi baru lahir walaupun takda kuning, mummy tetap perlu kejutkan 2-3 jam sekali untuk menyusu. Kalau ada kuning, tetap juga perlu susukan lebih kerap, untuk cepat hilangkan kuning. Kes saya, sebab susu badan di awal2 kelahiran baby masih sikit jadi saya banyakkan bagi susu formula. Alhamdulillah anak saya 10 hari dah boleh disharge KK untuk jaundice, maknya pun boleh lah tenang sikit sambung berpantang 4. Betul mummy, bawa barang basic baby (pakaian, baby oil, wet tissue dan juga pampers). Jangan lupa bawa bedung juga, saya sarankan mummy lebihkan wet tissue & pampers. Sebab kes saya, masa admit untuk bersalin saya cuma bawa 1 pack wet tissue & 8pcs pampers. Sekalinya wet tissue & pampers tak cukup sebab baby kena admit SCN untuk pantauan, bacaan kuning lebih 240. Semoga dipermudahkan urusan mummy & suami untuk bersalin dan berpantang nanti ya! 🥰😘
Đọc thêmni pengalaman Sy msa first bby lh 1. mandikn bby 2 kli sehari dngan air suam2,tpi klau hri hujan Sejuk Sy just lap dngan kain lembab Dan Guna air suam.. 2.tali pusat bby boleh beli cotton ball untuk lap2 tepi pusat bby tu,nnti kt hospital msa nak discharge ada nurse bgi ubat kuning untuk dab dab kt pusat bby, pkai tu je smpai kelip pusat bby tu lpas sndri,jngan cabut..just jga elok2 je bhgian pusat dia tu.. 3.klau nak breast kan bby kejutkan je ini ajaran dri nurse lh,jngan tunggu bby nngis minta susu dlu,sbb mmng kena bngunkn untuk bgi dia menyusu,melainkn bby tu tolak susu tknk menyusu means dia msih knyang,tpi slgi dia msih menyedut tu bgi je smpai dia stop menyusu sbb kdng2 bby ni msa menyusu dlam 10mnit ke 15mnit ke dia tertidur nnti boleh lh mulut dia lpas puting tu🤭 4.brng bby bawa mitten 2or3pasang,baju bby sma jga bwa lbih untuk persediaan,wet tissue, pampers Bwa dlm 4,5 pcs,bedung,kain untuk balut bby klau bby balik,topi bby.. tak sangka Sy pun akn merasa jga tahun dpan set dah awal2 kt otak pastikn msih ingat ilmu lma🤭dah awal siap sediakn mental untuk bngun pgi2,smngat2 ibu2 yng tngh pregnant and bakal melahirkan bby termsuk sya,🥰🥰
Đọc thêm1. Klu nak mndi pkai sabun xde mslah. Boleh je. Atas masing2. Klu sy, sy mmg pkaikn sabun. Msa pantang sy mndikn sekali je sbb x larat lg, tu pn tgu husbnd blik nak minta tlg juga. Pantang sendiri. Klu nak mndikn lebih 1 kali pn boleh. 2. Lpas dpt ubat dri hospital kerapkn sapu ubat tu. klu sy biar bukakn bhgian pusat cpt kering. Wlaupun dah tanggal boleh je teruskn letak ubt smpai yakin dah btl2 kering. 3. Ya perlu. Perut newborn sgt kecil so mmg kerap kna bgi mnyusu klu x lapar/dehydrated baby. Apa lg klu susu bdan mmg cpt lpar sbb sng hadam berbnding formula. Klu baby nak mnyusu stiap jam tu normal ye, jgn pula anggp sbb susu bdan x cukup. Ada demand, ada la supply. 4. List sis tu pn ok je. Klu kurang nti boleh minta husbnd bawakn lg. Maybe blh tmbah towel kecil nak lap apa2.
Đọc thêmwassalam 1. newborn xperlu mandi dgn sabun sis, ckup sekadar bilas dgn air suam. sye mandikan 2x shari. pgi around pukul 9 keatas and ptg pulak before pukul 6ptg. 2. nnt lps mandi lap kering2 lepastu dapkanndgn ubat yg hospital bagi. usually around 1week nnt tali pusat tu dh tanggal sendiri. boleh mntk husband tanamkan nnt. 3. ya, baby newborn kena kerap menyusu setiap 2-3jam. kebiasaannya newborn mmg akan ada jaundice cuma tinggi dgn tak je bacaannya. kalau baby ada, boleh jugak ikhtiar dgn mandian daun sensei (blh beli dkt kedai ubat cina) 4. untk beg hospital brg baby xyh bwk bnyk2. ckup pampers ( bwk lebih) ,wet tissue, 2-3pasang baju, mitten n botties & bedung sehelai dua. minyak xperlu pun xpe.
Đọc thêm1. Boleh mandikan guna sabun..xada masalah pon. Tapi bergantung pada masing2. Anak sy pramatang 32 weeks so mandi xbersabun. Cukup bulan baru guna sabun. Mandi bergantungvpd cuaca. Kalau sejuk sekali sehari. Kalau panas, 2 kli sehari 2. Boleh guna alcohol swab paling senang. Gosok dekat akar tali pusat tu lembut2 stiap kli tukar pampers n mandi. Lepastu keringkan 3. Kalau ada kuning kena susukan sejam sekali. Kalau kurang menyusu nnt kuning bole naik lebih tinggi.kalau xde kuning bole susukan setiap 2-3 jam sekali sbb takut dehydrated atau hypo. 4. Bawa baju 3 set, pampers, tisu basah,n bedung.
Đọc thêmwaalaikumsalam... kalau sy dri anak first & no 2 dlu ... lepas kuar je hosptal sy dh mndikan dgn sabun n shampoo .. bab tali pusat blh ke kenakan air untk cpt kering siap mndi nnti lap Pusat to bg kering n sapu ubt... xda kuning pun ttp kna kejutkan untk minum susu ... list bawak ke hostpl blh buka tiktok untk chek list barang yg kna bawak
Đọc thêm1. lepas lahir boleh terus mandi pakai sabun 2. bersihkan guna antiseptic yang hospital bagi guna cotton ball 3. kena kejut menyusu 4. bawa -baju -pampers lebih -swaddle -wet tissue lebih -topi -mitten booties
Đọc thêm