Kerap scan baby

Salam and hye mommies semua. Saya nak tanya, bila kita kerap scan baby boleh berikan kesan kepada perkembangan baby dalam kandungan? Maaflah kalau soalan saya ni mcm kurang cerdik sikit 😅 pertama kali mengandung. Dulu saya pernahlah cakap kat depan ahli keluarga yg saya cadang nak pergi scan, kemudian ada yg kata tak elok kerap sgt scan ni, nnt bg kesan kat baby. Kemudian dia tambah, sbb tu dekat KK tak scan selalu. Masalahnya, saya dr mula buka buku sampailah kandungan dah masuk 6 bulan ni, tak pernah sekali pun scan di KK. Saya faham jer kesibukan di KK mcm mana sebab itulah saya pergi scan kat private. Setakat ini, saya baru 2 kali scan kat private iaitu scan biasa masa kandungan dlm 14w dan details scan. Kita ni teruja nak tgk perkembangan baby sebenarnya. Terima kasih sekiranya sudi jawab dan berkongsi pengalaman dgn saya

5 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

pegi je scan, paksu saya setiap bulan gi scan alhamdulillah sihat walafiat je anak ii dia. dah 3 orng dh pon anak dia. tkyh pedulikan ckp orng, nnti jdi mcm saya awak sama kes macam saya. okay saya pon nak luah. kak ipar saya marah ii saya sebab nak buat scan. saya last scan kt kk masa 8w bkk buku. masa saya 20w nk buat detail scan. mak mertua mula ii mcm tk bgi sbb dia kata kecik lgi. pstu saya pon diamkan jelah. tpi husb bagi je.. lepastu malam sebelum saya nak pegi tu husb pegi bgithu nk gi scan. dh saya kne marah apa smua. dh tnye doc kk blh ke nk buat detail scan sbb kak ipar kata radiasi bagai. doc kata boleh. takde masalah. and then dia kata "habiskan jelah duit laki kau tu,scan je tiap ii bulan" saya taktahu apa masalah dia. dengki sngt tngk saya bahagia tk mcm dia mungkin. and perkara nie almost sebulan happened. tak bertegur langsung saya dgn kak ipar even sebumbung tau dengan dia. and husb saya pon mengadu kt mak ckp knp akk tu sibuk sngt, nk gi scan bkn nya mahal sngt pun, anak dia juga dia kata kt mak mertua. saya malam tu nangis mcm apa smpai semput tau. saya balik je rumah dia dok perli ii "eh cptnya balik tk gi scan ke".. saya tk mintk duit dia pon masalahnya. busuk hati sngt kan.. hahahha.. and saya cuma bgithu gender dkt mertua, kak ipar yg sorng lgi dia baik dgn saya. family saya, yg kak ipar sorng tu je saya mmng tk ngam langsung,dia suka cari pasal dgn orng. mcm ada je tk kena kt mata dia.. ahhaha.. so saya buat jelah mcm biasa, mcm dia tk wujud.. yela toxic people knp nk kne buat baik plk dgn dia.. huhuhu.. lega rasa dpt luah 😂😂

Đọc thêm
6d trước

Saya pun masa awal2 kehamilan kerap scan juga sbb dulu pernah ada history gugur & baby tk membesar. Skrg alhamdulillah ada rezeki tgh mengandung balik tiap bulan ajak husband pergi scan, kadang tu tgok gelagat baby pun boleh happy. Tak sabar nak tunggu baby keluar

Tak betul tu awak. 😊 Gelombang USG tak membahayakan baby. Saya checkup di hospital swasta. Attended by OBGYN herself. Frequency checkup 2 minggu sekali. So 2 minggu sekali akan scan. Tak scan selalu kat KK tu bukan sebab tak elok untuk baby. It's more to kekangan masa dan kepakaran. Awak pun tahu kan gov macam mana. Yang in charge nurse dan medical doctor je. Bila ada kes yang serious atau luar daripada bidang mereka, baru di rujuk ke pakar di hospital.

Đọc thêm

Kebanyakan kk xbuat scan kerap sbb kekangan masa n peralatan terhad, pesakit ramai kan..tp kk tempat sy ni ada kerjsama dgn 1 kolej prubatan ni, so kk akan refer kita kesana. just set appointmnt je..nt scan, growth scan, details scan sy blh buat free je cuma kena jd bahan latihan student sikitlah. student² yg akan buat scan tu dan lecturer diorang akan pantau. report diorang akan bg kat kita.

Đọc thêm
Thành viên VIP

xde effect pada baby mcm xray...pelik tu puan kalo KK xscan langsung..ke mesin scan rosak dan diminta scan kat private..sepatutnya kk kena scan masa bukak buku, 18 ke 20minggu (optional), 28minggu, 36 minggu dan pada bila2 waktu ibu komplen pasal baby dlm perut

7d trước

Kk sy scan ikut jadual mcm sis azizah ckp tu. 2x pregnant gitu jgk pelik dia xscan langsung

klau checkup bulanan kat swasta.. tiap2 bulan doc akan scan