Sekadar bertanya dan meluah

Salam, ada tak anak yg membesar dgn ibu bapa kita atau atok nenek mereka. Dipendekkan cerita anak perempuan sulung saya dari kecik hidup dengan atok nenek dia. Dia tak nak duduk dgn saya. Dah macam² cara saya pujuk dulu utk bawak dia dduk dgn saya sekali. Sampailah tahun lepas dia ambik keputusan nak ikut saya. Tapi lain pula yg terjadi, pada mulanya ok cuma dia tak reti buat kerja rmh. Bila saya tegur suruh bantu masa cuti sekolah dia seakan memberontak. Tak cukup dengan tu dia sekarang dah berenti sekolah. Kalau ikutkan dia sekarang form 4. Form 3, 3bulan sebelum cuti dia bergaduh tu dgn rakan² disekolah. Bila rujuk dgn guru takdela masalah besar mana. Bila saya paksa pergi sekolah dia sampai lari sembunyi di hutan belakang rumah kami sampai kes polis tu. Dan masalah tak habis sampai situ sekarang perangai makin menjadi tak nak dgr cakap, tak nak dtegur, balik kerja terus msuk bilik kunci pintu. Makan sendiri di bilik. Sekarang sy tgh mgandung ank ke 3. Nak kata stress tu memang stress tengok perangai dia macam tu. Kadang2 rasa sy jadi ibu yg gagal , ibu yg tak pandai jaga ank. Kalau dia nak balik tgl dgn atok dan nenek nya di kampung sy izinkan saja, daripada tgk perangai dia mcm tu. Bila kita berkeras suruh dia buat kerja rmh cth cuci gelas pinggan dia sendiri , dia akan cakap nenek tak pernah paksa sy. Bercakap dgn kita tak, adik nya dh mcm musuh bg dia. Ank saya yg kedua ni pun takut nak dekat dgn dia. Lg 1 dalam bilik dia tu dh mcm bilik stor bnyk smpah. Perlu ke sy rujuk dia dekat pakar psikologi. Makin nak dekat due ni macam² saya pikir. Saya dgn suami betul² dah tak tahu nak pikir apa lg. Sy pernah ajak dia berubat kampung kot terkena buatan ke apa, tapi perangai msih mcmtu. Dia sampaikan buruk2 kan nma saya dan suami dekat kedai tempat dia kerja sekarang, kata kami tak nak hantar dia sekolah, tak nak pindahkan dia ke sekolah yg baharu sdgkan kmi dah usaha tapi pejabat pendidikan yg tak luluskan dia pindah sekolah sbb sekolah yg lain tu semua jauh dari rmh kmi sekarang ni. Adakah saya ibu yg gagal ? Atau saya yg tak faham kehendak anak2 saya? 🥹saya tak pernah pilih kasih sedangkan apa yg dia mahu semua kami turutkan. Cuma saya nak dia berdikari cuci baju pinggan sendiri, kemas apa yg patut. Yela dia kan perempuan. Anak remaja pula tu. Si adik perempuan berusia 11 tahun tula yg selalu bantu² saya walaupun saya tak minta bantuan dari dia. Terima kasih sebab dengar luahan saya ni.😔😔

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Anak2 kita bila dok dengan nenek atok memang dorang dimanjakan… Segarang2 sebaran2 abg saya tapi bila dengan cucu terus lembut… abg n kakak saya bela cucu dorang 2 orang, macam tu jugak laa… tak pernah disuruh buat kerja2 rumah… p sekolah balik sekolah main makan tidur itu ja kerja cucu2 dia… memang tak pernah nampak disuruh atau di ajar buat kerja2 rumah… Mungkin macam tu jugak situasi anak sis bila duduk dengan atok nenek dia… Saya rasa better sis n suami ajak anak sis duduk sama2, slow talk… tanya dia ada masalah apa2 ka.. tanya siapa kawan2 dia… ada masalah dengan kawan ka… Mungkin dia ada rasa marah or sedih sebab sis biar dia tinggal dengan atok nenek dia… hal ni better kena bercakap bertanya… nak2 anak2 usia remaja ni jiwa dorang tengah memberontak… sis jangan paksa2 dia buat kerja rumah sebab dia tak pernah di ajar sebelum ni… lebihkan kepada mengajak buat sama2… contoh sis sabun pinggan sis panggil dia cakap tolong bilaskan… sidai baju sama2 lipat kain sama2… Jangan marah2 takut dia buat keputusan tak baik nanti… sekarang kan banyak kes anak2 lari rumah ikut kawan… mungkin dia cuma kurang kasih sayang atau kurang perhatian…

Đọc thêm