Suami dan handphone
Sakit hati rasa. Saya ni fulltime housewife, seharian jaga anak umur 4 bulan. Kadang takda masa untuk diri sendiri. Suami bekerja office hour, tapi dia mmg jenis pukui 7 baru sampai rumah. Bila sampai rumah, sibuk dengan handphone. Tengok fb la tengok instagram la. Langsung tak cara ke anak. Kalau kita suruh jagakan anak pun, tangan tak lekang dengan hp, ralit dengan hp sampai anak tah jadi apa. Dia tu waktu bekerja dah ada masa dengan kawan kawan dengan environment orang sekeliling. Dari pukul 8-5 tu takkan la asyik hadap laptop je kan. Mesti ada tengok hp jugak. Tak cukup ke masa dia kat luar tu. Kat rumah ni berapa jam je ada masa dengan anak? Maghrib sampai rumah, anak biasa pukul 9.30 dah masuk tidur. Esok dah kerja. Macam tu la rutin hari hari. Lain kali, kalau nak cara ke hp sahaja, jgn sibuk nak ada zuriat nak ada anak. Lelaki ni kadang menyusahkan lah.