Normal ke macam ni?

Saja nak luah. Enam bulan post bersalin masih tak bersama suami. Otak dah penuh dengan urusan anak. Bf baby walaupun tak sepenuhnya. Jadi tak ada masa dan tenaga untuk itu. Cuma bila dah lama sangat ni rasa macam tak normal pulak. Suami pun macam tak bernafsu je. Tak ada nak sentuh ke apa. Setakat cium pipi peluk sekejap masa pergi kerja balik kerja tu jela. Sekarang pulak saya dah mengembang. Dulu dia pernah kata tak minat perempuan besar. Tiber insecure. Nak tanya kat suami takut jawapan dia mengguris hati. Nak kata dia ada yang lain, mungkin tidak sebab kerja long hours. Hari-hari pergi balik kerja naik motor, total dekat 90km pergi balik. Nampak tak ada tenaga untuk curang. Bila dah lama sangat macam ni rasa awkward pulak dengan suami sendiri. Sebelum ni rajin makan pil perancang. Sekarang dah malas.

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Awak kena luah dan tanya sendiri kat suami awak. Elakkan overthinking dan buat assumption sendiri. Jangan pendam. Bila pendam jadi barah. Komunikasi sangat penting untuk hubungan suami isteri. Orang lelaki ni kena direct and straight to the point. Otak lelaki dengan perempuan tak sama. Perempuan suka fikir dengan emosi. Lelaki tak. Kalau lelaki fikir A, A lah. Kalau perempuan, kita fikir A tiba2 jadi A kuasa 2. 🤭 Both husband and wife, masing masing ada struggle dan tanggungjawab dalam rumahtangga sendiri. Jangan compare siapa yang terpaling penat, yang terpaling itu ini. Bila sorang penat, it is penat. Cukup kat situ je. Jangan mula terpaling penat itu ini. Be there for each other. Perlu ada toleransi, kerjasama dan bertolak ansur sesama pasangan. Saya pun 7 bulan lepas bersalin baru bersama suami. Dah bincang awal dan dua2 setuju. Even tho after 7 months baru bersama, tak semestinya tak boleh intimate langsung. My husband and I ada our own love language. Same goes to you. You guys mesti ada love language sendiri. Rekindle your relationship. Cari dan squeeze masa untuk slow talk and heart to heart with your husband. Good luck!🌹

Đọc thêm
Influencer của TAP

normal sis. especially if BF & cosleeping, hormon untuk bersama tu rendah. suami pun sama. if tidur sama2 dgn anak, hormon testosterone dia akan rendah dr biasa jd kalau tak ada rasa nak bersama tu normal. lagipun kata suami kerja long hours kan. mungkin tu pun buat dia penat, fikir ada lagi satu mulutnak disuap lagi. selain tu jugak mungkin tu cara suami hormat awak. tahu awak penat jd dia tanak ganggu, risau awak masih belum selesa dgn badan sendiri, masih belum sembuh sepenuhnya etc. kalau kami outsiders nak tolong fikirkan sebab, 1001 sebab boleh bagi. yg +ve pun ya yg -ve pun ya. tp tak penting semua tu. yg penting apa yg sebenarnya dalam fikiran awak dgn suami. mulakan dgn bercakap dulu. kalau tanak cakap direct, boleh try set the mood sikit2. awak tahu suami sendiri mcm mana, tahu nak goda mcm mana orang lain tak perlu ajar.

Đọc thêm