Ruam gatal atau Urticaria boleh berlaku ketika anda sedang stress.
Apabila ia mula timbul, mulalah anda menggaru “krukkk.. krukkk” dan rasa lega hanya terasa untuk seketika.
Selepas beberapa minit, semakin banyak ruam akan timbul menyebabkan anda semakin rimas. Keadaan bertambah buruk jika anda panas atau berpeluh. Kesan garuan menyebabkan kulit terasa pedih dan sakit.
Selain dari stress, ruam urticaria juga boleh berpunca dari persekitaran sejuk/ panas, alahan persekitaran atau makanan.
Jika sedang alami masalah ini, ubat alahan jenis antihistamine seperti Piriton, loratidine mungkin membantu. Disamping krim penyejuk seperti Calamine Lotion
*NOTA : LIKE & IKUT POST INI sebagai rujukan masa hadapan.