Baby meneran

Pls lah help macam mana nak tenangkan / slow kan baby meneran ni.. harian dia macam meneran 24jam.. tengah tidur pun meneran.. mmy ddy dia langsung lah tak boleh tidur 🐼.. meneran sampai merah muka, sampai menangis.. ada cara ke nak bagi dia relax sikit.. Kesian tengok tidur pun macam tak lena..

5 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Baby sis umur berapa ye? Saya tak sure sama atau tak dengan experience baby saya ni. Masa baby saya masuk usia 1 bulan, dia kerap menggeliat mengerang & kadang-2 meneran sampai merah-2 muka. Benda ni berlanjutan sampai lah umur baby 2 bulan lebih baru slow-2 hilang bila dia dah masuk usia 3 bulan. Baby saya mengerang & meneran tak kira waktu. Kadang waktu tidur pun dia akan berkelakuan mcm tu sampai kita yg dengar & tngok ni pun rasa tak selesa, rasa risau tambah-2 first baby. Bila tngok dia kerap sangat menggeliat, mengerang & meneran dalam waktu yg sama buatkan saya rasa baby saya ok ke tak atau ada apa-2 yg buat dia tak selesa ke.. saya tngok dia mcm tidur tak lena. Dengan saya sekali rasa terganggu sbb saya tak paham apa yg sedang menggangu baby saya.. setiap minit bkan time dia tidur je kadang time dia berjaga mesti dengar dia mengerang pastu kejap-2 mcm meneran. Saya sampai search dekat dalam tt, dalam apps TAP utk cari jawapan. Baby saya mengerang sampai pusat dia tertimbul keluar (sedangkan pusat dia sudah masuk ke dalam sepenuhnya). Sampai lah suatu hari, kami suami isteri pergi ke hospital kanak-2, jumpa dr (dr ckp baby saya kena angin pasang sbb tu pusat dia terkeluar btw baby saya boy & dia ada bagi appt utk jumpa pakar bulan 7 ni). Saya still jgakk cari jawapan sampai lah saya jumpa beberapa video dekat tt (dalam video tu, baby mengerang & kadang-2 seolah-2 meneran tu sbb dorang nak belajar skill utk buang angin & berak, dorang nak belajar guna otot-2 dorang). Baby sis lepas meneran dia akan berak tak? Baby saya lepas meneran, dia mesti akan berak atau kentut. Daripada situ saya thu yg baby saya bila mengerang & meneran ni rupanya dia nak kentut atau berak. Saya jumpa dr, dr ckp as long as baby meneran then dia ada kentut & berak so no need to be worry. Selagi mana dia aktif, tak demam, perut dia lembut. Tapi kalau baby sis takde kentut atau berak lepas meneran tu mungkin sis boleh cuba bawak jumpa dr kanak-2, takut baby sembelit. Alhamdulillah baby saya skrg dah 3bulan29hari. Berak pun takde teran-2 dah, thu-2 je dah penuh pampers. Mengerang pun takde dah. Oh ya, pusat dia pun dah masuk ke dalam semula. Saya paham sis risau & kesiankan baby sbb saya dulu pun mcm tu jgakk.Tapi masa baby saya dulu, saya tak buat apa-2 pun even ada yg suruh mengurut lah apa.. slow-2 seiring masa berjalan, lama-2 baby akan ok sendiri. Saya baca baby kalau mengerang & meneran tu normal sbb dorang nak belajar guna otot dorang nanti. Baby 2024 mmg mcm tu kot. Hehe.

Đọc thêm
5mo trước

sama dgn baby saya , skg baby saya 1 bulan 11 hri . baby saya start meneran umur dia 3 minggu smpi skg . tp skg bby saya ada kurg sikit meneran . sblm ini tgh malam ja mst meneran . skg bby saya meneran waktu subu tp tdk sekuat sblm ini . ada masa2 bby saya akan meneran .

Faham sangat dengan situasi ini. Memang sebagai ibu bapa, kita rasa risau bila tengok bayi meneran sampai muka merah dan susah nak tidur lena. Ini beberapa langkah yang boleh diambil untuk membantu bayi rasa lebih selesa: 1. **Posisi Menyusu**: Pastikan kepala bayi lebih tinggi daripada badannya semasa menyusu. Ini boleh membantu mengurangkan refluks dan angin dalam perut bayi. 2. **Urutan Perut**: Lakukan urutan lembut pada perut bayi mengikut arah jam. Urutan ini boleh membantu mengeluarkan angin dan mengurangkan ketidakselesaan. 3. **Tummy Time**: Letakkan bayi dalam posisi meniarap beberapa kali sehari (dengan pengawasan). Ini boleh membantu melepaskan gas yang terperangkap dalam perutnya. 4. **Pakaian Bayi**: Pastikan bayi berpakaian longgar dan selesa. Pakaian yang ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan tambahan. 5. **Susu Ibu**: Susu ibu memang terbaik untuk pencernaan bayi. Jika anda menyusukan bayi, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika perlu pam susu, pam susu ibu ini mungkin boleh membantu: [Pam Susu Ibu Terbaik](https://invl.io/cll785h). 6. **Pegang Bayi Dalam Posisi Tegak**: Selepas menyusu, pegang bayi dalam posisi tegak selama 20-30 minit untuk membantu mengurangkan kemungkinan refluks. 7. **Mandi Air Suku Hangat**: Mandi air suku hangat boleh membantu menenangkan bayi dan melonggarkan otot-otot perutnya. 8. **Losyen atau Krim**: Kadang-kadang, masalah kulit juga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi. Boleh cuba gunakan losyen bayi yang lembut untuk menjadikan kulit bayi lebih selesa. Anda boleh mencuba produk ini: [Losyen Bayi Terbaik](https://invl.io/cll782h). Semoga tips ini dapat membantu bayi anda rasa lebih baik dan dapat tidur dengan lebih lena. Ingat, jika masalah berterusan, sebaiknya rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut. https://invl.io/cll7hzz

Đọc thêm

baby berapa bulan ya? biasanya kalau mcm tu perut baby tak selesa. cuba kayuhkan kaki baby, gosok perut urut dengan minyak, urut tapak kaki. bawa jumpa doktor kalau masih berlanjutan

Baby umur berapa? Minum susu apa?

bby sembelit ka..bby umur brpa