Pandemik Covid19

Perintah Kawalan Pergerakan bukan sahaja menyeksa jiwa ibubapa tetapi juga anak. Saya baru saja menjadi ibu hampir 4 tahun. Saya tidak ada sebarang pengalaman menjaga apa lagi membesarkan anak. Tambah lagi zaman sekarang lebih kepada teknologi. Tahun lalu, apabila PKP dilaksanakan di Malaysia, saya nampak betapa tertekannya jiwa anak saya. Saya terpaksa bekerja dan tidak dapat diganggu, dia terpaksa bermain sendirian dan dunia hanya di dalam rumah. Mahu tidak mahu, terpaksa memberikannya gadget. Sungguh, saya amat tertekan dan tidak suka membuat kerja pejabat di rumah. Bagi saya, rumah adalah untuk bersama keluarga dan hal pejabat perlu berada di luar rumah. Pandemik C19 ini sangat merosakkan kualiti hidup saya dan keluarga saya. Sungguh, keadaan saya telah merosakkan masa depan anak saya. Terlalu memberi gadget dan saya tidak banyak memberi masa kepadanya menyebabkan dia speech delay, sensory nya tidak berkembang dengan baik, fokusnya kurang. Saya menangis kerana terlalu mementingkan kerja sehingga mengabaikan amanah yang Allah berikan. Sekarang, saya grab semula masa dengan anak. Tahun ini saya mulai kutip ilmu tentang pelbagai hal untuk membantu perkembangan anak. Ya, saya lewat tetapi saya tidak mahu terlewat. PKP 3.0 ini saya luang masa dengan banyak anak. Walaupun apa yang saya buat saya rasa bosan sebab anak kurang beri kerjasama tapi saya kena buat. Kalau saya tak buat, anak saya jauh ketinggalan. Anak sebaya dia sudah pandai bercakap, menulis, menunjukkan emosi tetapi anak saya seperti baru berusia setahun ½. 3 tahun ketinggalan. Saya target, sekurang²nya tahun ini anak saya mampu bercakap dan membuat ayat seperti "Mummy, nak susu". Doakan saya Nota : Sekadar luahan

 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời