RAJIN BACA - PENYUSUAN SECARA EKSKLUSIF
Penyusuan yang Eksklusif (Exclusive breastfeeding) --------------------------------------------------- Kerana ramai ibu masih lagi bertanya, saya letakkan di sini apakah saranan penyusuan bayi dan apakah maknanya 'Penyusuan yang Eksklusif' Semua ibu digalakkan menyusukan anak secara eksklusif sejak lahir sampai 6 BULAN. Ini lah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, American Academy of Pediatrics (Academi Pakar Kanak-Kanak Amerika) dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Sila lihat gambar 1, 2 dan 3. Apakah Penyusuan yang Eksklusif? Ini bermakna hanya bagi susu ibu selama 6 bulan. Tidak boleh bagi air. Tidak boleh bagi air bergula. Tidak boleh bagi bubur. Tidak boleh bagi nestum. Tidak boleh bagi makanan langsung. Tidak boleh tambah susu formula. Tidak boleh tambah susu kambing. Tidak boleh tambah susu lembu. Tak boleh bagi minum jus. Tak boleh bagi pisang. Tak boleh bagi milo. Jangan bagi minum air kunyit. Jangan bagi makan produk mencerahkan kulit. Jangan bagi makan ubat tinggi. Jangan bagi pil minda mengarut-ngarut. Tak payah jus sunnah. --------------------------------------------------- Kenapa 'Eksklusif breastfeeding' (EBF) Kajian menunjukkan jika 1) EBF selama 4 bulan jika dibandingkan dengan susu formula atau penyusuan tidak eksklusif, jangkitan kuman paru-paru dikurangkan 72%. Jika EBF 6 bulan, dikurang lagi sebanyak 4 kali ganda. 2) EBF selama 3 bulan mengurangkan jangkitan kuman di dalam telinga sebanyak 50%, tetapi EBF 6 bulan boleh mengelak jangkitan kerongkong dan telinga yang lebih serious 3) Penyusuan ibu saja mengurangkan kejadian Sudden Infant Death Syndrome sebanyak 45% tetapi EBF mengurangkan sebanyak 73%. 4) EBF selama 3-4 bulan mengurangkan asthma, eczema dan alahan kulit sebanyak 27%. 5) EBF 3 bulan mengurangkan risiko anak mendapat diabetes di masa depan sebanyak 30%. 6) EBF 6 bulan mengurangkan risiko leukaemia sebanyak 20%. Ada banyak lagi kebaikan tapi saya tak larat nak senaraikan. --------------------------------------------------- Kenapa 6 bulan EBF? Selepas 6 bulan, bayi memerlukan lebih zat dan makanan yang lain untuk melengkapkan keperluannya selain daripada susu ibu saja. Susu ibu perlu diteruskan secara sambil-sambilan disamping memberi makanan untuk melengkapkan keperluan bayi yang membesar, tetapi tidak perlu lagi penyusuan secara eksklusif sahaja (iaitu susu ibu sahaja). Berikan makanan yang lembut dan lumat sambil menyusu. Tukarkan menu setiap hari supaya bayi mendapat zat-zat daripada pelbagai sumber yang lain untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang. Tambah dengan penyusuan ibu mengikut selera anak yang membesar. Ada anak-anak yang ada selera makan yang baik, maka ibu boleh beransur-ansur mengurangkan penyusuan ibu untuk menggalakkan anak makan. Ada anak-anak yang cerewet sedikit maka teruskan penyusuan sambil menggalakkan anak mencuba makanan yang lain. Pada umur 8-9 bulan ke atas bayi mula belajar menyuap diri sendiri dengan makanan kecil 'finger food' kerana mula memahirkan diri untuk memetik dan memegang dengan jari-jari nya. Ini juga membantu perkembangan bayi dari segi 'hand-eye-coordination'. Bayi juga belajar cara menguyah makanan dan dibiasakan dengan macam-macam rasa pemakanan. Ada yang mengatakan jika bayi mula makan lambat, selepas usia satu tahun, bayi itu mungkin akan lebih cerewet nak makan sebab tak biasa. Ibu-ibu juga digalakkan untuk meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun atau lebih, secara sambilan, jika boleh, tetapi TIDAK secara eksklusif. Paling kurang sekali teruskan menyusu sehingga satu tahun, jika anak-anak memakan makanan seimbang dengan cukup seperti yang disarankan oleh American Academy of Pediatrics. Susu lembu segar atau susu kambing segar (bukan yang mentah yaa) hanya boleh diberikan selepas usia satu tahun. Di negara barat mereka senang dapat susu lembu segar, sebab itulah mereka suka beri anak mereka susu lembu bila usia 1 tahun ke atas. Saya tak pernah lagi lihat fatwa dari mufti di Malaysia yang menyatakan yang penyusuan secara eksklusif ialah wajib sampai 2 tahun. Yang disarankan hanyalah penyusuan ibu sehingga 2 tahun, tetapi bukan penyusuan secara eksklusif sampai 2 tahun. Ini boleh memudaratkan kesihatan anak-anak kecil yang aktif kerana mereka memerlukan lebih lagi kalori dan zat-zat yang seimbang selepas 6 bulan. Anak kecil 12-24 bulan memerlukan di antara 1000-1400 kcal sehari bergantung kepada kecergasan dan aktiviti nya. Kalori banyak ini bersamaan dengan 1500ml atau 8 cawan mug susu ibu sehari. Susu ibu sebanyak ini mengandungi hanya 15g protein dan 0.5mg calcium, tidak cukup untuk anak kecil yang aktif, dan tidak akan mendapat zat besi untuk membuat darah merah. Keperluannya sehari ialah 1.5g protein untuk setiap 1kg berat badan, 700mg calcium dan 7mg zat besi serta zat-zat lain yang hanya boleh didapati dalam pemakanan yang seimbang. Sebab ini lah tidak ada Pertubuhan Kesihatan yang menyarankan 'Penyusuan yang eksklusif' sampai 2 tahun, tetapi menggalakkan ibu-ibu meneruskan penyusuan secara sambilan sehingga 2 tahun. --------------------------------------------------- PENGUMUMAN PENTING Walaupun susu ibu lah yang terbaik, terdapat masalah yang menyebabkan perubahan terhadap 'Fed is Best' Ini bermakna, pada 6 bulan pertama, hanya jika ibu-ibu mempunyai masalah menyusukan bayi, apa yang penting ialah JANGAN BIARKAN BAYI KEBULURAN dan berilah susu formula yang khas untuk bayi sebagai tambahan jika terpaksa (Jangan bagi makanan yang lain, hanya susu formula khas untuk bayi). Ini pengetahuan yang mustahak demi kesihatan bayi, kerana sudah berlakunya kejadian yang tidak diingini dengan lebih kemasukan bayi ke hospital. Walaupun terdapat ibu yang ada kesulitan yang menyebabkan ibu tidak boleh menyusu, ada yang merasa takut meminta bantuan atau berasa tertekan dan tidak memberikan bayi penyusuan yang lain. Ini kerana ramai ibu takut dikecam oleh masyarakat. Jangan lah sampai bayi pula sengsara. Ketahuilah tanda-tanda bayi yang baru lahir yang tidak mendapat cukup susu ibu dan kelaparan: 1)Tidak habis menyusu selepas 30 minit, kemudian minta lagi susu ibu dengan lebih kerap daripada setiap 2 jam dan sentiasa menangis. 2)Bayi yang letih tidak bermaya dan tidur lama 3)Suhu badannya rendah, sawan, tangannya terketar, kulit warna kebiruan kerana kandungan gula dalam darah yang rendah (Hypoglycaemia) 4)Nappynya kering selama 6 jam atau sedikit saja kencingnya 5)Jaundice Jika bayi anda menunjukkan perubahan ini, sila bawa ke hospital dengan segera. Akhir sekali, berikan ibu pengetahuan ini dan bagi galakan, tapi jangan kecam ibu yang tidak boleh menyusukan bayinya sampai 2 tahun. Dr Imelda Balchin Pakar Kesihatan Wanita