Hb asyik lowwww sajelahhhhhh 😔
Penat la nak jaga hb ni. 3 kali checkup semua asyik turun je. Last last doc bagi zincofer, zincofer okay tak? Ada orang kata bau ubat tu tak sedap😖 help meeeeeeee.. dah makan pati delima, buah jambu, kurma tapi tetap sama. 😫😫😫 ni next checkup lagi 3 minggu. Tak naik lagi tak tahu lah.
Zincofer kalau tak tahan boleh muntah 😂 tapi InshaAllah boleh naik kalau makan ubat dan jaga pemakanan yg betul. Meh saya share sikit jadual makan saya. 8am Makan zincofer dgn orange juice 10am Sayur buah 1pm Makan berat 5pm Buah sayur / oat 8pm Makan berat 10pm Susu/yogurt 12pm dried fruit Zincofer makan dgn air masam akan lagi cepatkan penyerapan iron dan kurang rasa mual. Sayur tu apa apa jenis hijau. Salad, broccoli, bayam, kangkung, pape lah yg hijau. Buah tu semua jenis saya makan. Tapi saya lebihkan jambu batu dan oren. Makan berat tu kalau boleh include jugak yg ada daging/kerang. Dried fruit tu macam kurma, kismis, buah tin, plum, tu semua tinggi iron. Dalam plain oat pun ada kandungan iron. So boleh consider ambil jugak. Yang makan tengah malam tu optional kalau masih berjaga dan masih lapar 😂 boleh makan dried fruit sebagai snacking jugak bila bila nak. ⛔️ Elakkan terus teh, coffee, chocolate dan semua yang bercaffein ⛔️Jangan makan zincofer dengan susu All the best!
Đọc thêm